Transisi perubahan dalam hidup, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui dia kini lebih peka terhadap apa yang dikongsikan di media sosial termasuk dalam soal gimik demi meraih perhatian.
Malah bapa berusia 36 tahun ini menyifatkan keputusan yang dibuat menjadikan hidupnya kini lebih tenang.
“Kalau perasan, semenjak enam bulan kebelakangan ini, saya lebih suka duduk diam, menjauhkan diri tanpa terpalit dengan kontroversi.
“Saya mengakui, dahulunya ketika saya menceburkan diri dari dunia perniagaan ke dunia seni, saya kejar populariti. Saya mahu glamor.
“Ketika itu, saya sedar yang saya ni bukan artis, tapi rupa-rupanya populariti tanpa duit pun, tak memberikan sebarang makna.
“Sekarang, kalau nak cari kontroversi, sangat mudah. Asal ada orang buat isu atau buat hal, saya boleh nak menyelit dan turut memberikan komen sebab pengikut saya di media sosial sangat ramai.
Ads
“Saya bukan nak bangga diri, tapi itulah hal sebenarnya. Namun, sekarang saya dah tak mahu perkara sebegitu. Kini saya nak lebih matang, saya rasa lebih tenang.
“Bila tengok orang lain buat gimik itu, buat gimik ini, saya rasa tak mengapalah, semuanya saya dah rasa dulu. Sekarang, saya cuma nak cari ketenangan,” katanya.
Hero filem Badang ini juga menambah, dia tak mahu isu panas yang membelenggu boleh memberikan kesan terhadap anak-anaknya yang kian meningkat dewasa.
“Saya bernikah di usia yang muda jadi anak-anak saya semakin besar. Anak sulung dah masuk tingkatan tiga pun. Bila ada benda viral membabitkan saya, saya segan bila anak-anak tanya.
Ads
“Jadi saya fikir, tak mengapa, walaupun kurang panas berbanding dahulu, maruah saya lebih penting,” katanya yang mahu memberikan perhatian terhadap perniagaan.
Terdahulu, Aliff ditemui di majlis Malam Aspirasi D’Herb yang diadakan di Hotel One World, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Tidak hanya sukses dalam perniagaan kosmetik dan penjagaan diri, Aliff dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida turut memperkenalkan AS Hijab dua tahun lalu, ketika pasaran terjejas teruk akibat pandemik Covid 19.
Ads
Keberanian ini membuahkan hasil sehingga AS Hijab juga berjaya dipasarkan sehingga ke Singa pura, Brunei dan Indonesia dan menjadi antara pilihan ramai dalam pasaran hijab di negara ini.
Lalu kejayaan tersebut turut didorong oleh keazaman pasangan ini untuk terus membantu mereka yang berjaya di dalam perniagaan juga menjadi titik tolak kepada perancangan untuk menubuhkan Akademi DSS (Datin Seri Shahida) yang bakal dilancarkan pada tahun ini.
Akademi DSS ini akan mensasarkan golongan belia dan remaja yang ingin memulakan perniagaan, tetapi tidak tahu bagaimana untuk bermula atau yang ingin mengembangkan perniagaan mereka.
Menerusi laman Facebook Zack Idreamsilver, dimaklumkan Yazit Search telah meninggal dunia kira-kira jam 11.53 pagi tadi di Unit Rawatan Rapi Hospital Besar Kuala Lumpur.
“Innalillah,
“As salam semua. Dengan perasaan berat hatinya ingin diberitahu bahawa Abang Yazit Search telah kembali ke rahmatullah pukul 11.53 pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur. Ucapn takziah kepada keluarganya.
“Marilah kita sama-sama berdoa ruh abang Yazit dicucuri rahmat dan ditempatkan di bersama para mukmin.
“Jenazah akan dibawa ke Masjid Salehuddin Al Ayubi Taman Melati untuk dikapankan dan disolatkan selepas dibenar keluar dari hospital.
“Seterusnya selepas itu ke Raudhatul Sakinah Taman Selasih untuk pengebumian. Wallahualam,” kongsinya.
Sebelum ini Yazit disahkan kritikal akibat kecederaan otak yang berpunca daripada kekurangan oksigen di dalam badan.
Allahyarham dikejarkan ke hospital kira-kira pukul 3.30 pagi pada Selasa lalu selepas mengadu sesak nafas.
Al fatihah dan salam takziah buat keluarga Allahyarham.
Pelakon, Fadzil Zahari memaklumkan isterinya yang juga aktres, Yana Samsudin telah dikejarkan ke hospital di Shah Alam selepas mengalami gejala pening kepala dan muntah-muntah.
Menurut Fadzil, pada mulanya dia menyangka isterinya itu hanya mengalami sakit kepala biasa, namun, setelah mengalami gejala muntah yang agak kerap, hatinya mula berasa risau.
“Adoii… rasa bersalah pulak abang. Semalam masa kami shooting dia cakap sakit kepala, abang cakap satgi bawak pi shopping elok la tu sakit kepala…
“Pastu dia cakap nak termuntah, abang ucap tahniah Puan Yana ini mungkin anak ke 3. Pastu lama sikit, tengok dah lebih 5 kali muntah abang dah ghisau,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan bapa kepada dua cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram.
Tambahnya lagi, Yana juga telah dibawa ke sebuah hospital swasta setelah selesai menjalani satu sesi pengambaran.
Hasil pemeriksaan doktor mendapati Yana tidak mengalami sebarang masalah kesihatan dan punca-punca gejala muntahnya itu masih lagi belum diketahui.
“Siap kerja di KL terus gerak, dekat kul 1am jugak la baru sampai Avisena Shah Alam. Suhu normal, takdak demam, takdak batuk, tak pasti yana food poisoning ka apa.
“Laaa ni dia dok rehat dulu, doakan @yanasamsudin sembuh,” kongsinya lagi.
Melihat di ruagan komen, rata-rata peminat turut menzahirkan rasa risau selain turut mendoakan semoga Yana lekas sembuh.
“Semoga Yana lekas sembuh.
“Semoga cepat sembuh. Dia suruh bercuti tu.
“Semoga cepat sembuh dan diberikan kesihatan yang baik.
“Cepat sembuh Kak Yong. Jaga elok-elok nah. Mungkin ada silap makan apa-apa tu,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Penyanyi Zamani akhirnya berkongsi mengenai perubahan personalitinya daripada seorang yang gembira berubah mulai menjadi pendiam, tak gembira dan tak ceria.
Perkongsian yang dibuat menerusi program Di Balik Idola siaran Astro tidak lama dulu itu turut dikongsi menerusi YouTube, di saluran Papa Entertainment akhir tahun lalu.
Jelas Zamani, fasa tersebut tidak pernah diceritakan.
“Saya tak pernah ceritakan kat orang benda ni, jadi hari inilah saya bercerita dengan you all semua. Sebabnya salah satu ialah di mana waktu Slam tengah bergolak arwah ibu saya sakit tenat, akhirnya masuk hospital.
“Nak pergi show pun waktu tu tiada ada, hingga buat show di fun fair pada masa sama waktu tu saya lebih fokus pada mak saya. Saya pun dah tak berapa fokus pada grup kerana sebetulnya mak saya sakit.
“Tanggal 1 November 1997 mak saya meninggal,” kata Zamani yang turut memberitahu, kehilangan ibunya masih lagi dirasai sehingga kini bagai baru sahaja berlaku.
Berkongsi lanjut, Zaman seperti yang dipetik turut menambah, sebelah mata ibunya sempat memandang ke arahnya sebelum menghembus nafas terakhir di hospital.
“Waktu dia nak meninggal, saya ada persembahan dan ibu sangat nak jumpa. Saya terus ke sana, dia tengah koma dan saya betul-betul di tepi katilnya dan dia pandang saya. Dia buka mata sebelah dan…,”kongsinya.
Dek hubungan ibu dan anak yang terlalu rapat, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Gerimis Mengundang ini juga turut memberitahu hidupnya ibarat kosong selepas kehilangan ibu tersayang, hingga pernah alpa terhadapNya.
“Memang waktu tu macam dah habis kehidupan. Bila hilang orang yang paling kita sayang, saya rasa putus asa. Bertimpa-timpa masalah. Slam berpecah, sebelum tu kereta hilang dan akhir sekali orang yang saya sayang pun putus.
“Benda ni dekat-dekat berlaku dalam tempoh yang sangat rapat…
“Bila benda ni berlaku…maaflah kalau saya cerita. Sebab pada waktu tu saya macam tertanya kenapa saya kena nasib macam ni. Klimaksnya bila saya dah tak nak sembahyang. Tak tahu nak cakap, rasa lost.
“Apa pun saya bersyukur pada Allah SWT sebab Dia masih sayangi saya dan cubaan pernah telan pil 20 biji pil Panadol… benda ni janganlah diikut. Dalam Islam larang tapi itulah yang saya buat sebenarnya. Mula dari situlah saya mulai berjinak-jinak dengan apa yang korang sudah tahu.
Bila saya berjinak-jinak dengan benda tu, karier saya jadi huru-hara, tak ada disiplin dan hidup saya teruk,” kongsi Zamani jujur sambil memberitahu abang dan kakak merupakan individu yang bertanggungjawab mengubah hidupnya kembali.
Terkini, Zamani muncul dengan single terbaru berjudul Aduh.
Foto: Instagram Zamani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!