“Rupanya Sangat Cool Orangnya,” – Pertama Kali Berlakon Bawah Arahan Along Kamaludin, Lia Natalia Punya Takut Sampai Tak Boleh Tidur!

Share

Bagi yang mengikuti drama rantaian yang berjudul Cukup Derita Itu, sudah pasti mengenali gadis kolej, Salwa yang dilakonkan oleh Lia Natalia.

Lia atau nama sebenarnya Alia Afiqah Abden memberitahu, ini merupakan pertama kali dirinya berkerjasama dan berlakon bawah arahan pengarah terkenal Along Kamaludin.

Meski hanya mendukung watak sampingan, pelakon berusia 28 tahun ini mengakui berasa takut serta gementar untuk bekerjasama dengan Along namun sangkaannya personalitinya nyata tidak seperti yang dijangkakan.

Menurut Lia, dia menyifatkan Along sebagai seorang pengarah yang sangat teliti dan tidak kedekut untuk berkongsi ilmu mengenai dunia lakonan.

“Drama Cukup Derita Itu yang diarahkan oleh Sutradara @alongkamaludin buat pertama kalinya Lia bekerjasama dengan beliau. First, takut giler nak shoot bawah arahan beliau sampai tak tido la.

“Rupanya abang Along sangat cool orangnya, sangat details tentang skrip, calltime & banyak ilmu yang Lia belajar dari Beliau. Terima kasih abang @alongkamaludin atas peluang yang diberikan,” tulisnya.

Selain Lia, drama yang berkisahkan konflik kekeluargaan dan percintaan ini dibintangi pelakon Ruhainies, Hisyam Hamid, Chacha Maembong, Jasmin Hamid, Rosnah Johari dan ramai lagi.

Cukup Derita Itu bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda, TV3.

Foto: Instagram Lia Natalia

Published by
Nazar Rafiqhi