
Pelawak, Man Raja Lawak berkongsi sepotong video di laman Instagram miliknya menyatakan inilah rutin setiap pagi sebelum si isteri pergi ke kerja.
Man atau nama sebenarnya Abd Rahman Kassim dilihat menyolek wajah suri hatinya dengan penuh kasih sayang sambil kedua-duanya berbicara isu kehidupan.
Jelasnya, dia belajar teknik solekan daripada jurusolek terkenal dan diaplikasikan buat isteri tercinta.
“Assalam JUMAAT yg barokah kengkawan…sowy ar bideo terbalik..ini jer ade..rutin setiap pagiku..cantik kan isteri sebelum gi keje..ok ar tu belajar sikit2 dlu ngan sifu @epie_temerloh bukan tuk owg lain..tuk isteri tercinta dunia akhirat syg sampai kiamat..10 minit jer pun,” kongsinya.
View this post on InstagramA post shared by Man Raja Lawak (@manrajalawak) on
Terharu dengan perkongsiannya, netizen memberikan reaksi.
Sekadar makluman, Man dan isteri, Azlina binti Awalludin berkahwin pada 28hb dec 2003 dan dikurniakan dua anak, Putri Nurdarina, 15 dan Abdul Danish,13.
Foto : Instagram Man Raja Lawak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tidak Ada Manusia Yang Benar-Benar Sempurna, Termasuk Diri Sendiri,” – Datin Shahida

Setuju dengan kenyataan Datin Seri Shahida mengenai cabaran hidup berumah tangga. Baik suami mahupun isteri, masing-masing perlu bijak menangani ujian melayari bahtera perkahwinan agar ikatan cinta yang dibina sentiasa mekar dan berkekalan.
17 tahun berkahwin dengan usahawan ternama, Dato’ Seri Aliff Syukri pastinya satu tempoh yang mencabar bagi Datin Seri Shahida. Walau hampir dua dekad namun dia mengakui masih dalam fasa mengenali karakter suami dengan lebih mendalam.
Rahsia Rumahtangga ‘Bahagia’ Dua Dekad Datin Shahida
Mengulas menjaga keharmonian rumah tangga, ini jawapan jujur yang diberikan oleh Datin Seri Shahida, ketika ditemubual oleh team MH.
“Dalam rumah tangga ada pasang ada surutnya, ada mesra ada gaduhnya dan ada bertengkar dan ada romantiknya. Nikmati saat-saat manis bersama kerana momen manis itulah yang akan memujuk hati kita bila bergaduh.
“Terima baik buruk pasangan kita kerana dia juga manusia biasa. Tidak akan ada manusia yang benar-benar sempurna termasuk diri kita sendiri.
“Setiap suami ada busuknya, semua isteri ada masamnya. Terima dengan redha dan carilah wanginya untuk kita nikmati bersama,” ujarnya.
Datin Seri Shahida berkata demikian ketika menghadiri majlis gilang-gemilang Nona Superwoman Award bersama Dato’ Seri Aliff Syukri.
Dia yang kini bergelar ibu kepada enam cahaya mata akui sudah masak dengan ujian rumahtangga. Malah, kini lebih berilmu untuk menangani masalah demikian. Datin, Shahida yang kelihatan berseri-seri akui kini hidup bahagia di samping suami dan anak-anak tersayang.
Dalam pada itu, Datin Seri Shahida turut meluahkan rasa bangga melihat ramai usahawan-usahawan wanita hebat dan berkaliber yang menerima pengiktirafan pada majlis berkenaan. Malah, dia berharap lebih ramai lagi individu berjaya pada masa akan datang.
Datin Seri Shahida dan Dato’ Seri Aliff berkahwin pada Ogos 2007, dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi Raudhah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber Foto: Instagram Datin Shahida
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Paling Kecewa Bila Hilang Nikmat Makan,” – Makan Pedas Melampau, Azhar Osman Dedah Hidap Penyakit GERD. Pesan Jagalah Usus!

Penyanyi, Azhar Osman mendedahkan kian beransur pulih daripada penyakit (Gastroesophageal Reflux Disease) GERD atau Asid Reflux yang dihadapi sejak awal tahun ini.
GERD yang juga dikenali sebagai Asid Refluks adalah keadaan dimana asid di dalam perut mengalami refluks dan naik semula ke dalam saluran esofagus.
Menurut Azhar, untuk melawan penyakit tersebut bukanlah mudah dan ia juga sedikit sebanyak telah menyebabkan dia hilang nikmat makan.
”Melawan penyakit GERD atau Asid Reflux sepanjang tahun ini bukanlah sesuatu yang mudah buat saya. Sekarang saya beransur sembuh dan memasuki fasa pemulihan.
“Yang paling kecewa bila hilang nikmat makan. So, nasihat aku jangan kuat sangat makan pedas melampau-lampau.
“Anda tidak akan tahu apa akan jadi pada masa akan datang. Jagalah usus anda. By the way, mind if I make a little comeback?” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bekas peserta Akademi Fantasia (AF) 2013 itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan semoga Azhar lekas sembuh dan boleh memulakan perjalanan kariernya seperti biasa.
Terdahulu, Azhar sebelum ini pernah popular bersama grup duo, Azhael yang dianggotainya bersama, Hael Husaini sebelum masing-masing memilih untuk meneruskan kerjaya secara solo.
Sumber: Instagram Azhar Osman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pada Usia Muda Ini, Saya Tak Mahu Dijadikan Alasan Untuk…,” – Eyra Hazali Rehat Lama Lepas Bersalin, Mahu Manfaat Masa Pada Bisnes

Pelakon Eyra Hazali yang sedang hamil anak kedua mendedahkan dia terpaksa meletakkan syarat untuk setiap tawaran yang hadir demi memastikan fasa kehamilan berjalan dengan baik.
Meski menghargai setiap sokongan yang diterima, Eyra,23, atau nama sebenarnya, Hazirah Qasdina Hazali bagaimanapun bukan mahu menolak rezeki, tetapi ini adalah pengorbanan yang perlu dilakukan sebagai ibu hamil.
“Tawaran memang ada malah saya juga baru sahaja habis penggambaran di Terengganu untuk drama RTM. Sebenarnya tawaran ini saya terima sejak tahun lepas lagi, jadi memang perlu habiskan juga.
“Dalam keadaan mengandungkan anak kedua ini memang saya akui agak lemah sedikit pada fasa awal. Mujur dapat habiskan juga penggambaran, bukan mudah memandangkan terpaksa menguruskan semua sendiri tanpa suami ketika itu.
“Sebab itu saya bersyukur keluarga sangat memahami keadaan sekarang,” katanya yang merancang mengambil cuti panjang selama setahun sejurus bersalin anak kedua.
Eyra menjelaskan, selain mahu memastikan dia benar-benar sedia untuk kembali ke bidang lakonan, waktu tersebut juga akan dimanfaatkan dengan belajar ilmu perniagaan, khasnya menerusi bisnes minyak wangi yang diusahakan sejak dua tahun lalu.
Mengulas lanjut mengenainya, dia bertuah kerana diberikan kepercayaan pihak Nori Malaysia Sdn Bhd. untuk muncul dengan wangian pilihanya sendiri.
“Bila mereka memilih saya untuk menjalinkan kerjasama, ketika itu apa yang muncul dalam fikiran adalah langkah awal untuk bergelar seorang usahawan. Dengan usia muda ini saya tidak mahu ini dijadikan alasan untuk tidak berani mencuba.
“Tetapi siapa sangka selepas dua tahun, apa yang cukup membanggakan ketiga-tiga produk wangian di bawah jenama Eyra Hazali mendapat sambutan cukup baik. Buat masa ini saya sudah kenalkan empat wangian berbeza dengan tiga darinya menggunakan nama tiga kota terkenal. Bermula dengan wangian London, Barcelona, Qasdina dan Paris,” katanya.
Isteri kepada penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli ini pada masa optimis selain mahu terus timba ilmu dalam soal menambat hati lebih ramai pembeli selepas ini.
“Selain memastikan produk ini berkualiti untuk mendapatkan kepercayaan pengguna. Apa yang dititikberatkan saya juga bagaimana wangian di bawah jenama Eyra Hazali Beauty ini juga berbeza dengan produk wangian di luar sana.
“Bila perbincangan dilakukan dengan pihak Nori Malaysia mereka setuju jika tumpuan produk ini juga turut diberikan perhatian terhadap pembungkusan. Tidak sekadar botol yang berkualiti, saya juga muncul dengan idea untuk memastikan bahagian atas minyak wangi ini tiada penutup.
“Sebab sebagai salah seorang pengguna tegar wangian kita tahu kehilangan penutup botol minyak wangi memang selalu berlaku. Siapa sangka idea itu menyebabkan wangian saya diterima baik sehingga kini,” katanya lagi.
Wangian di bawah jenama Eyra Hazali Beauty itu sudah berada di rangkaian pasaraya Aeon di seluruh negara antaranya MidValley, Maluri Bukit Tinggi, Cheras Selatan, Nilai dan banyak lagi selain di outlet terpilih serta di aplikasi membeli belah.
Lebih mengujakan, rangkaian wagian berkenaan turut berada di 28 rangkaian Watson sejak awal tahun ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI