Ruhainies dilapor terkandas di Manila, Filipina selepas penerbangannya yang dijadualkan ke Kuala Lumpur semalam dibatalkan ekoran letusan gunung berapi.

Pemilik nama lengkap Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas seperti yang dipetik Harian Metro menjelaskan, dia yang berada di negara berkenaan bersama ibu bapanya terpaksa mencari alternatif lain dengan membeli tiket penerbangan baru.

“Saya sepatutnya pulang ke tanah air jam 9.30 malam tadi. Namun, kerana letusan gunung berapi itu, kesemua penerbangan dibatalkan. Saya dimaklumkan, pihak syarikat penerbangan hanya boleh mengatur untuk pembelian tiket baru selepas seminggu.

“Mahu atau tidak, saya bersama ibu dan ayah terpaksa mencari alternatif lain dengan membeli tiket pulang ke Kuala Lumpur dari Lapangan Terbang Antarabangsa Clark yang terletak dua jam dari Manila.

“Disebabkan pada saar akhir, jadi harga pun mahal hingga mencecah RM15,000. Tapi, saya tidak ada pilihan lain kerana harus pulang juga sebab ada komitmen kerja lain yang perlu diselesaikan,” katanya seperti yang dipetik.

Bintang Jejak Karmila ini turut menambah, penerbangan baru ituakan transit di Korea Selatan terlebih dahulu sebelum berlepas ke Kuala Lumpur tengah hari tadi, waktu tempatan.

Ads

“Pesawat ini bukanlah penerbangan terus ke Kuala Lumpur. Dari Cebu, kami akan transit di Korea Selatan terlebih dahulu.

“Harapnya, perjalanan ini akan dipermudahkan kerana daripada apa yang saya dengar, penerbangan di sebelah petang dan malam dari Clark juga akan dibatalkan,” jelas Ruhainies.

Adik kepada pelakon Nur Risteena itu berada di Manila bagi menghadiri majlis Anugerah Televisyen Asia ke-24 yang berlangsung di Manila.  Dia berada di negara terbabit sejak 10 Januari lalu.

Ads

Susulan kejadian yang berlaku, Ruhainies turut berkongsi perkembangannya menerusi Insta Stories selain turut meminta maaf kepada semua kerana tidak dapat melayan sebarang panggilan dan teks kerana sibuk atas situasi yang berlaku.

“Saat Akhir, Harga Pun Mahal Mencecah RM15,000,” – Terkandas Akibat Letusan Gunung Berapi, Ruhainies Terpaksa Tempah Tiket Baru

Ads

“Saat Akhir, Harga Pun Mahal Mencecah RM15,000,” – Terkandas Akibat Letusan Gunung Berapi, Ruhainies Terpaksa Tempah Tiket Baru

 

“Saat Akhir, Harga Pun Mahal Mencecah RM15,000,” – Terkandas Akibat Letusan Gunung Berapi, Ruhainies Terpaksa Tempah Tiket Baru

Sumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI