Suasa sedih dan sayu mengiringi upacara pengebumian jenazah Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan atau Abam Bocey di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu sekitar jam pukul 7.30 malam tadi.
Dianggarkan seramai 2,000 tetamu hadir bagi memberi penghormatan terakhir pada Allahyarham.
Antara rakan artis yang hadir seperti Achey, Black, Fasha Sandha, Fizo Omar, Zamani, Datuk AC Mizal, Mark Adam dan Hairul Azreen.
Turut hadir bersama, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dalam pada itu, Achey yang merupakan sahabat terdekat arwah bersyukur kerana upacara pengebumian berjalan lancar.
Ads
“Dalam keadaan dia pergi saya bersyukur dan reda kerana dia pergi dengan tenang dan tidak meninggalkan apa-apa kontroversi.
“Saya harap doa orang ramai sampai kepada arwah dan semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman,” kata Achey seperti dipetik IGTV Awani.
Berkongsi momen indah bersama arwah, Achey yang sama-sama menganggotai kumpulan Bocey ada cerita sendiri.
“Kami (Abam, Fad dan Achey) ada berkongsi untuk menambah anak kerana kami suka bercerita mengenai hal demikian. Itulah antara momen kami kongsikan bersama
Ads
“Dia (arwah) ada cakap dia nak tambah anak lagi seorang. Saat dia pergi, saya pegang anak arwah memang sangat sayu. Tambahan pula, anak arwah masih kecil,” kata Achey dalam nada sebak.
Sementara itu, Achey menjelaskan bahawa mereka sudah membuat persediaan untuk bekerjasama dalam sebuah program menerusi platform media sosial.
“Kami ada perancangan untuk membuat satu program yang menggunakan platform media sosial. Malah, persiapan sudah pun dilakukan dan itu juga merupakan idea arwah.
“Saya dan Fad akan teruskan karier dan tanggungjawab ini. Kami juga ada periuk nasi masing-masing. Kami akan cuba kembangkan apa yang kami ada. Kami tak akan lupakan dia,” akhiri Achey tenang.
Ads
Terdahulu, Allahyarham Abam meninggalkan seorang balu, Siti Nur Hidayah Mohd Ali, 28, dan anak lelaki mereka Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini mencecah usia 5 bulan.
Arwah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak pada pagi Isnin, sebelum jenazahnya dihantar ke Hospital Selayang bagi proses bedah siasat.
Jenazahnya kemudian dibawa ke Masjid Zakaria, Gombak kira-kira jam 5.30 petang semalam dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu sekitar jam pukul 7.30 malam.
Menerusi entri terkini di akaun Instagram milik pelakon Nazim Othman, pelakon tersebut ada berkongsi beberapa keping gambar ketika dia sedang bercuti di Pulau Maldives.
Hakikatnya, lokasi berpulau itu cukup menyenangkan buat sesiapa sahaja yang mengunjunginya.
“A moment like this… is priceless. @kandima_maldives #mykindofplace,” tulisnya.
Terpegun melihat bintang tampan itu sedang bercuti lalu perkongsian Nazim tersebut telah menjadi perhatian netizen.
Lantas, pelakon berusia 34 tahun itu menerima komen yang pelbagai daripada netizen.
Sementara itu, ada netizen mempersoalkan siapakah individu yang menjadi jurufoto bagi setiap gambar yang dikongsi bintang Cindai itu.
“sapalah rajin sgt dok amek gambaq hg time mandi dlm tab baju tak pakai. nak kata bini.. bini pn xdak,” tulis individu tersebut.
Untuk rekod, Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang model, Bella Dally pada 10 September 2016 namun mereka telah bercerai pada 2 Mei tahun lalu.
Penyanyi rap terkenal, Altimet telah berkongsi kegembiraan di akaun Instagramnya apabila dia berjaya menyelesaikan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Menerusi Instagramya itu, dia telah memuat naik sepotong video Boomerang beserta kaspyen.
“Harini aku berjaya settlekan PTPTN aku, memang lega rasa! Nak bayar macam2 cara ada, siap ada diskaun lagi haaa..
Jom tunaikan tanggungjawab untuk yang generasi muda kita pulak ah guys!,” tulisnya.
Tambahan pula, penyanyi lagu Bunga itu telah membayar secara tunai pinjaman PTPTN berjumlah RM26,000 di cawangan PTPTN Kuala Lumpur.
Serentak dengan itu, netizen turut memuji kesungguhan Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad bin Syed Abdul Rahman Al-Hadad melangsaikan pinjaman tersebut.
Altimet,40, sebelum ini mengikuti pengajian di Universiti Perubatan Antarabangsa dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan.
Apa-apa pun, MH ucapkan tahniah kepada Altimet dan dapat dijadikan contoh buat generasi muda.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Aktres jelita, Nur Fazura meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir portal huburan tempatan yang telah memutarbelitkan kenyataannya mengenai isu anak.
Menurut Fazura, artikel yand diterbitkan portal hiburan tersebut adalah tidak benar dan kerana itulah dia jarang memberikan kenyataannya kepada pihak media.
Rasa kecewa itu telah disuarakan oleh Fazura menerusi Instagram story miliknya.
“Ada orang telah menghantarkannya kepada saya. Artikel ini sangat mengelirukan dan tidak masuk akal sama sekali. ‘Buka kilang’ dan ‘bukan kilang’ adalah dua perkara yang berbeza.
“Saya tidak tahu hendak buat apa dan saya ketawa pada masa yang sama. Ini adalah sebab kenapa saya jarang memberikan kenyataan kerana pasti ada orang yang akan memutar belitkannya,” tulisnya.
Dalam pada itu, Fazura turut memberi nasihat kepada para bloggers di luar sana supaya sentiasa mendapatkan fakta yang betul ketika membuat laporan.
“Ini nasihat saya kepada semua bloggers. Tolong berhenti daripada mencuba untuk menjadi wartawan yang sebenar jika anda tidak mempunyai ilmu dan etika ketika membuat laporan atau anda terlalu malas untuk membuat rujukan. Dapatkan fakta sebenar sepatutnya menjadi keutamaan anda,” katanya lagi.
Foto: Instagram Nur Fazura
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...