“Saat Melihat Mesej Pagi Itu Dan Jantung Bagai Mahu Luruh,” – Sazzy Falak & Suami Terbang Ke Jakarta, Sifatkan Kehidupan Mampu Berubah Sekelip Mata

Share

Memohon maaf andai tidak mampu memberi respon saat pemergian sahabat baik, arwah Ashraf Sinclair, kongsi Sazzy Falak menerusi Insta Story, sewaktu menerima perkhabaran tersebut, nafasnya seakan terhenti.

Dia seraya mendapatkan suami, Nash Idrus bagi berkongsi berita duka tersebut.

“Saya teringat kembali saat melihat mesej pagi itu dan jantung bagai mahu luruh. Berita yang diterima menyesakkan dada. Saya terus berlari dapatkan Nash, menangis sewaktu menaiki tangga dan tidak mampu berkata apa-apa.

“Saya berikan telefon kepada Nash dan dia membaca mesej tersebut. Dia jatuh terduduk,” jelasnya.

Pasangan ini turut terbang je Jakarta bagi memberikan penghormatan terakhir buat arwah dan menyifatkannya sebagai insan yang cukup baik dan penuh pengertian akan kehidupan.

“Ash sewaktu melihat di luar jendela penerbangan, saya teringat kembali trip perjalanan ke Jakarta pada Mac 2019. Ia menakutkan bagaimana kehidupan boleh berubah sekelip mata.

“Doa saya titipkan kepada Bunga, Pak Mat, Umie, Noah, Aishah, Adam, Yuna dan kepada semua keluarga. Kesakitan yang dilalui sukar digambarkan.

“Saya bersimpati di atas kehilangan. Saya akan memeluk semua dengan erat waktu berjumpa nanti.

“Awak pergi terlalu cepat sahabat. Awak merupakan orang yang akan berikan kepastian jika saya buntu. Awak seorang yang kenal akan diri sendiri, penuh dengan pengertian dan faham bagaimana menyesuaikan diri dengan keadaan.

“Saya tidak tahu bila kesakitan ini akan hilang. Saya harap awak tenang di sana Ash,” tulisnya lagi.

Walaupun luluh hati selepas kehilangan teman rapat, namun Sazzy berbangga melihat pemergian Ashraf dilimpahi dengan kasih sayang dan penuh penghormatan.

“Awak kelihatan damai dan menyenangkan Ash. Semuanya berjalan lancar hari ini dan kami sampai ke sini tanpa sebarang halangan. Semuanya kerana seorang insan yang sangat baik. Awak telah menyentuh hati ramai.

“Hati saya hancur namun dalam masa yang sama, saya bangga kerana kasih sayang yang diterima awak hari ini. Al-Fatihah,” kongsinya lagi.

Terdahulu, Ashraf, 40, menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi Selasa akibat serangan jantung.

Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan San Diego Hills, Karawangan, Jawa Barat.

Foto : Instagram Sazzy Falak

Published by
Noraini Abd Wahab