“Saat Meniti Usia 42 Tahun,” – Dedah Ada Masalah Kesihatan, Lisdawati Mohon Maaf

Share

Pelakon, Lisdawati mendedahkan dirinya kini sedang diuji selepas dilaporkan ada mengalami masalah kesihatan sejak akhir-akhir ini.

Menurut Lisdawati, dia percaya ujian yang sedang dilalui ini adalah asbab untuk menjadikan dirinya lebih kuat berbanding sebelumnya.

 “Kita tak tahu bila kita akan diuji. Jadi kita belajar untuk terima apa sahaja yang terjadi dengan mencari kesilapan diri bukan nya kesilapan orang lain.

“Saat saya meniti usia 42 tahun.. YE saya diuji. Saya kurang sihat untuk beberapa hari. Saya tahu Allah swt sayang saya. Untuk menjadikan saya lebih dewasa,” tulisnya di Instagram.

Bagaimanapun, sehingga kini Lisdawati dilihat masih belum berkongsi mengenai masalah kesihatan yang sedang dialaminya ketika ini.

Dalam pada itu, pelakon filem KL Menjerit ini juga dilihat ada membuat permohonan maaf seandainya ada terguris hati mana-mana pihak dengan percakapan atau tingkah lakunya sebelum ini.

“Saya minta maaf la kepada sesiapa saja yang terguris dengan saya. Saya tak terniat nak sakiti sesiapa. Andai saya tak lama.

“Saya minta maaf pada semua atas segala salah silap saya. Halalkan makan minum saya. Saya hanya hambaNYA yang tak sempurna,” kongsinya lagi.

Sementara itu, isteri kepada pelakon, Fauzi Nawawi ini turut berterima kasih kepada semua pihak yang telah menitipkan ucapan bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-42 baru-baru ini.

“Terima Kasih atas doa yang baik-baik dari semua. Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalasnya. Semoga semua diberkati dan dirahmati Allah swt. Selamat hari jadi untuk semua yang menyambut ulang tahun bulan DISEMBER,” akhirnya.

Sumber: Instagram Lisdawati

Published by
Aizam Manaf