Pelakon Nur Risteena menzahirkan rasa bangga dengan usaha yang telah ditunjukkan suaminya yang juga pelakon, Isa Khan dalam mendalami ilmu bacaan Al-Quran.

Jelas Risteena, suaminya itu dilihat begitu bersemangat mengikuti kelas mengaji secara atas talian sejak sejak awal pagi lagi.

“Saat ramai masih tidur sesudah subuh, suami saya pilih untuk mengaji Al-quran sambil video call dengan ustaz untuk pastikan bacaan yang dibaca itu betul.

“Semangat bangun seawal pagi untuk solat tahajud dan solat sunat sehingga subuh dan terus mengaji. Nak kumpul pahala di bulan Zulhijjah ni katanya,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan pelakon drama Bukan Di Kota Langit itu menerusi Instagram buat tatapan umum.

“Saat Ramai Masih Tidur Sesudah Subuh, Suami Saya Pilih Untuk Mengaji…,” – Manfaat & Cuba Kejar Amalan Sunat Bulan Zulhijjah, Risteena Bangga Dengan Isa Khan “Saat Ramai Masih Tidur Sesudah Subuh, Suami Saya Pilih Untuk Mengaji…,” – Manfaat & Cuba Kejar Amalan Sunat Bulan Zulhijjah, Risteena Bangga Dengan Isa Khan

Ads

Dalam pada itu, Risteena turut memaklumkan Isa sebaiknya cuba untuk memanfaatkan kehadiran bulan Zulhijjah ini dengan melakukan pelbagai ibadah sunat.

“Puasa taknak tinggal 10 hari. Inilah suami saya. So proud to share this because I’m blessed to have you as my husband. Semoga Allah merahmatimu suami, dan mudahkan segala urusan awk sayang @theisakhan.

“Sayang sangat kat dia! Esok hari jadi dia.
Nak bagi present apa eh?,” tulisnya lagi.

“Saat Ramai Masih Tidur Sesudah Subuh, Suami Saya Pilih Untuk Mengaji…,” – Manfaat & Cuba Kejar Amalan Sunat Bulan Zulhijjah, Risteena Bangga Dengan Isa Khan “Saat Ramai Masih Tidur Sesudah Subuh, Suami Saya Pilih Untuk Mengaji…,” – Manfaat & Cuba Kejar Amalan Sunat Bulan Zulhijjah, Risteena Bangga Dengan Isa Khan

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang bangga selain mendoakan semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah.

Ads

“Alhamdulillah. Good for him. Especially for you. Moga istiqomah.

“Amin. Semoga dipermudahkan segalanya.

“Alhamdulillah. Beri kopiah pun okay tanda menghargai dan semangat pada suami.

“Semoga istiqomah. Moga awak juga boleh menjadi isteri solehah,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

Ads

Terdahulu, Risteena dan Isa mendirikan rumah tangga pada tanggal 12 Mac 2021 yang lalu.

Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

“Saat Ramai Masih Tidur Sesudah Subuh, Suami Saya Pilih Untuk Mengaji…,” – Manfaat & Cuba Kejar Amalan Sunat Bulan Zulhijjah, Risteena Bangga Dengan Isa Khan

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Sumber: Instagram Risteena

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI