Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul apatah lagi setelah kehilangan bapa tersayang.
Mungkin itulah yang dirasai pelakon Jehan Miskin di atas pemergian bapa, Miskin Parkir pada jam 10.35 minit malam di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh pada Jumaat.
Berita tersebut dikongsikan pelakon berkenaan menerusi sebuah entri yang ditujukan khas bagi memperingati Allahyarham itu di laman Instagram.
“Bapa kesayangan kami telah pun pergi buat selama-lamanya. Dia merupakan seorang insan yang paling jujur pernah saya kenali. Dialah yang membentuk saya seperti mana saya ketika ini. Tanpa dia saya bukan siapa-siapa.
“Kami berasa beruntung kerana dapat berada disisinya sepanjang hari-hari terakhirnya. Menenangkannya saat dia menghembuskan nafas terakhirnya. Itu adalah salah satu saat terindah dalam hidup saya, tulisnya.
Dalam pada itu, Jehan turut memohon orang ramai supaya menitipkan surah Al-Fatihah buat bapanya itu semoga rohnya sentiasa tenang.
Di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis menitipkan ucapan takziah selain turut meminta supaya Jehan turus bersabar menghadapi dugaan ini.
Dikesempatan ini, MH juga ingin mengucapkan takziah buat Jehan dan keluarga. Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman.
Al-Fatihah
Foto: Instagram Jehan Miskin