Ibu kepada ahli perniagaan dan hos, Noor Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed ada berkongsi beberapa pautan foto serta kapsyen yang meraih perhatian peminat.
Memuat naiknya di Instagram petang Ahad, Kartini menitipkan rasa syukur serta menzahirkan rasa yang menyifatkan anaknya itu telah pun bertemu kekasih hati yang diharap boleh membimbingnya ke jalan yang lebih baik.
“Bismillahhirohmanirohim. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. syukur ku padamu Ya Rabb. Saat yang ku tunggu2 dah pun tiba, kau hadirkan insan istimewa yg bakal membimbing bidadari kesayangan ku.
“Aku yakin dgn ketentuanmu, yang mana insan ini dapat membahagiakannya, dapat menyerikan dan melengkapi hidupnya, yang akan menyokong setiap apa saja urusannya.
“Ya Allah jadilah mereka penyebab kami menjadi tetamu istimewamu disyurga mu nanti .. amiinn.
“Neelofaku sayang, jantung hatiku, intan permataku,setiap detik dan setiap saat mama mendoakan yang terbaik untuk mu sayang.
“Mama love you very much,” tulisnya lalu dihujani dengan ucapan tahniah serta reaksi pelbagai warga maya.
Kartini bagaimanapun tidak pula memperincikan mengenai apakah status terkini anaknya itu selain hanya memuat naik foto bersama Neelofa dan PU Riz.
Foto: Instagram Datin Noor Kartini Noor Mohamed