“Sabar, Belum Masa Awak Diuji..”- Jawab Sharnaaz Ahmad, Netizen Kritik Rumah Tangga, Ini Balas Sharnaaz Ahmad

Share

Baru-baru ini, isu rumah tangga pelakon, Sharnaaz Ahmad dan Nabila menjadi perbualan di laman media sosial.

Semuanya gara-gara status mereka yang dikongsi menerusi media sosial masing-masing hingga menimbulkan spekulasi.

Lalu ada segelintir netizen yang memberi kecaman dan pendapat berbaur negatif kepada Sharnaaz di laman media sosial Twitter.

“Sharnaaz Ahmad ni dulu waktu Fattah frust dengan Lofa kemain la dia mengata back up adik beradik bini dia tu.

“Sekarang dh kena batang hidung boleh tahan jugak tengok dia meroyan kat igs. Siap nak keluaq buku puisi jugekkk” tulis netizen.

Lantas, twit tersebut telah dijawab oleh Sharnaaz dengan memberi nasihat kepada individu tersebut.

“Sabar, belum masa awak diuji.. nanti bila sampai jangan tanya kenapa aku diuji.. ni semua ada sebab, dosa silam kita tak nampak dan sedar, Allah bayar cash.. sabar ye cik masa awak akan tiba nanti” tulisnya.

Rata-rata netizen mendoakan rumah tangga Sharnaaz dalam keadaan yang baik baik sahaja dan mengharapkan segala urusan dipermudahkan.

Sebelum ini, kecoh di laman media sosial mengatakan Sharnaaz menghadapi masalah rumah tangga bersama isterinya. Namun, sehingga kini tiada kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua-dua pihak mengenai isu ini.

Untuk rekod, Sharnaaz telah mendirikan rumah tangga bersama Noor Nabila pada 31 Mac 2017 dan telah dikurniakan satu cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden Ahmad.

Foto : Twitter Sharnaaz Ahmad

 

Published by
Nazar Rafiqhi