Pengguna media sosial meninggalkan pelbagai reaksi terhadap sebuah video yang dimuat naik usahawan sensasi, Nur Sajat di akaun Instagram miliknya, @nursajat23 pada Isnin.
Di dalam video berdurasi kurang 40 minit itu, Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman antara lain menceritakan situasi sebenar yang menyebabkan dirinya digari pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) 6 Januari lalu sehingga ditahan di Pusat Penahanan Sementara, Kuala Kubu Bharu.
Pada masa sama, Sajat turut mendakwa mendapat layan yang tidak wajar meski sudah hadir bagi memberikan kerjasama apabila dipanggil untuk siasatan oleh pihak JAIS.
Siasatan tersebut dilakukan berhubung laporan yang dibuat pada 23 Ogos 2018 lalu terhadapnya.
Sementata itu, pada ruangan komen video yang sudah pun ditonton lebih sejuta kali itu, warganet memberikan pandangan masing-masing dan turut menitipkan nasihat serta ucapan buat pemilik NurSajat Gold itu.
Rakan usahawan, Safiey Illias misalnya dilihat turut meninggalkan komen, meminta agar Sajat bersabar dan terus kuat demi orang tersayang.
Safiey memberi reaksi tersebut menerusi dua entri komen berbeza.
Ads
“Sabar sayang.
“I felt you Sajat Sayang. Sabar tau. Kuat demi ayah mak dan anak-anak ok?,” respon Safiey yang turut mendapat perhatian daripada pengggna Instagram lainnya.
Ads
Selain Safiey, pelakon Betty Rahmad turut mendoakan yang baik-baik buat Sajat seisi keluarga.
Dalam pada itu, Sajat turut membuat beberapa menerusi Insta Stories sejak semalam dan dalam beberapa kenyataan dimuat naik, Sajat seolah-olah menyatakan rasa kesal dengan diskriminasi sesetengah pihak terhadap golongan sepertinya.
Foto: Instagram Sajat, Safiey Illias
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru sahaja selesai menyempurnakan jenazah anaknya yang meninggal dunia sewaktu dalam kandungan, Datin Almy Nadia menyatakan dia perlu terus kuat untuk suami dan anak-anak.
Jelasnya, walaupun sedih, namun dia reda dengan takdir yang ditetapkan Allah SWT.
“Alhamdulillah selesai dgn sempurnanya.. al fatihah.. tenang disana wahai anakku.. allah lebih sygkan kami wahai anakku.. mama tak kuat syg.. tp mama kena kuat demi kakak kakak kamu.. mama tahu papa sedih.. cuma papa tak tunjuk.. maafkan mama syg @fizzfairuzofficial .. maafkan mama wahai anakku MOHAMMAD .. jumpa disana,tunggu mama dan papa di sana.. AL FATIHAH,” jelasnya.
A post shared by Almy Nadia (@almynadiaofficial) on
Difahamkan, kandungan Almy telah meninggal dunia ketika berusia 14 minggu.
Terdahulu, Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.
Penyanyi rap, Tuju mendedahkan nama anak sulungnya bersama Loca B, ketika ditemu bual secara langsung menerusi MeleTop, malam tadi.
Di dalam temu bual yang dilakukan secara virtual itu, bintang berkenan memberitahu dia dan isteri memilih nama Bintang Aiko buat bayi lelaki yang baru dilahirkan itu.
Tuju antara lain turut berkongsi mengenai perkembangan terkininya yang melakukan inisiatif sendiri dengan melakukan kuarantin meski ujian swab yang dilalukannya baru-baru ini adalah negatif.
“Alhamdulillah, Loca B pun sekarang berpantang di rumah. Selama dua minggu ini tidak dapat bersama anak yang baru lahir.
“Nama baby saya Bintang Aiko,” jawab Tuju ketika ditanya Nabil sambil disambut dengan ucapan tahniah buat Tuju sekeluarga dari rakan hos, Uyaina Arshad.
Selain berkongsi mengenai perkata tersebut, Tuju antara lain turut memberitahu setakat menjalani tempoh kuarantin, dia banyak menghabiskan masa dengan menulis lagu.
Terdahulu pada Oktober lalu, Tuju yang juga anggota kumpulan K-Clique itu mengakui sudah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi rap Loca B.
Bagaimanapun, mereka memilih untuk tidak berkongsi perihal tarikh perkahwinan kerana lebih selesa untuk tidak bercakap mengenai hal peribadi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Datin Alyah menempelak tindakan sesetengah pengguna media sosial yang dikatakan memberikan kata-kata sindiran atas posting yang dimuat naik bintang berkenaan.
Alyah, 40 menambah, dia tidak kisah sekiranya kata-kata berbentuk provokasi itu dilontarkan kepadanya pada ruangan lain. Namun, apabila ia ditinggalkan menerusi ruang media sosialnya, hal tersebut dilihat seperti tidak berhemah.
Luahan tersebut dibuat isteri kepada Datuk Ramlis MS itu menerusi satu posting di Insta Story pada Selasa.
“Tak fahamlah orang-orang busuk hati ni. Kita post moment bahagia kita, perkongsian kita, rasa syukur kita. Rasanya tak kacau orang pun.
“Tapi masih juga ada yang masuk IG (Instagram) kita bagi ayat-ayat sindir. Kalau awak caci, maki, hina saya kat ruangan lain, saya memang tak ambil hal.
“Tapi bila awak masuk IG saya dengan teks ayat sindiran yang awak sendiri tak tahu cerita dari awal bermakna awak masuk rumah saya dan buat hal dalam rumah saya.
“Tak kan saya nak diam? Saya mesti simbah air panas orang macam ni. Biar dia tahu adab masuk rumah orang,” tulisnya sambil disertakan dengan emoji ekspresi marah.
Perkara tersebut dipercayai ada kaitan dengan beberapa posting yang dimuat naik penyanyi Meluruh ini melibatkan majlis perkahwinan anak perempuan Ramli hasil perkahwinan terdahulu, baru-baru ini.