Seorang peminat tampil meluahkan rasa kecewa dengan cara penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mempromosikan album terbaharunya yang berjudul SITISM.

Menurut individu berkenaan, album tersebut sudah tidak lagi diberikan perhatian dan diperkatakan ramai susulan strategi promosi yang dikatakan sangat lapuk.

“Jadi, sekarang album Sitism sudah diam sepenuhnya. Marketing tak jalan langsung dan strategi zaman batu. Tiada penambahbaikkan langsung.

“Puji tu puji juga. Perkara yang tak bagus kita tegur,” tulisnya.

Luahan itu dikongsikan oleh individu berkenaan menerusi sebuah hantaran di aplikasi X.

Tidak lama selepas itu, Siti tampil membalas hantaran tersebut dan menjelaskan mengenai promosi albumnya itu.

“Sabar Sikit, Palestin Lebih Perlukan Perhatian,” – Dakwa Promosi ‘Sitism’ Macam Zaman Batu, Padu Respon TokTi

Ads

Jelas penyanyi lagu Menyapa Dunia itu, promosi album tersebut akan bergerak perlahan buat sementara waktu bagi memberi ruang terhadap isu yang lebih penting iaitu konflik peperangan yang berlaku di negara bergolak Palestin.

“Sabar Sikit, Palestin Lebih Perlukan Perhatian,” – Dakwa Promosi ‘Sitism’ Macam Zaman Batu, Padu Respon TokTi

“Sabar sikit ya. Ada saudara kita di Palestin yang lebih perlukan perhatian,” jawab Siti ringkas.

“Sabar Sikit, Palestin Lebih Perlukan Perhatian,” – Dakwa Promosi ‘Sitism’ Macam Zaman Batu, Padu Respon TokTi

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Siti selain turut mendoakan semoga kekejaman yang berlaku di Palestin akan segera berakhir.

Ads

“Senyap seketika tidak bermakna sesuatu usaha itu tidak berhasil cuma dalam situasi sekarang perhatian dan tanda sokongan di beri kepada saudara kita di Palestine itu lebih penting. Mendoakan keselamatan mereka di sana.

“Suka jawapan Kak Iti. Balas pun dengan penuh budi bahasa tanpa menyakitkan mana mana pihak. Love you.

“MasyaAllah alhamdulillah. Faham sahaja inshaAllah.

“Ya betul tu. Kita utamakan mana yang sepatutnya dahulu.

Ads

“Bangga dengan pendiri Siti Nurhaliza,” antara komen-komen netizen.

“Sabar Sikit, Palestin Lebih Perlukan Perhatian,” – Dakwa Promosi ‘Sitism’ Macam Zaman Batu, Padu Respon TokTi “Sabar Sikit, Palestin Lebih Perlukan Perhatian,” – Dakwa Promosi ‘Sitism’ Macam Zaman Batu, Padu Respon TokTi

Terdahulu, album Sitism telah pun dilancarkan secara rasmi pada 8 September lalu manakala edisi deluxe yang mengandungi empat karya tambahan pula mula diterbitkan dua minggu kemudian.

Album terbitan Universal Music Sdn Bhd dan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd itu turut dikeluarkan dalam bentuk fizikal.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram & X Siti Nurhaliza

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI