Pelakon Nora Danish ada memuat naik sekeping gambar ketika dia bersama suaminya, Nedim Nazri atau sinonim dengan panggilan Bossned di akaun Instagram miliknya.
Kongsi Nora, hobi suaminya itu bermain aplikasi permainan popular, PUBG.
“Abam #pubg. Hati tidak keruan, jari jemari menggeletar…. nak tekan button tembak, telinga pula rindu mendengar bunyi langkah berlari di Sanhok.
“Bibir tebal Itu , rindu nak bergelak ketawa dengan geng #pubg NED For life dia !!!! Sabar la sayang… baru 4 jam tak main, u can do this !!!
“isteri pun Nak ketawa ketawa ngan u…. bagi la sikit masa emas mu itu….. , p/s : I love u hubs. Pls don’t Marah me. Hahah.,” tulisnya.
Lantas, perkongsian bintang drama bersiri Puteri itu mendapat perhatian daripada peminat.
Ads
Rata-rata peminat berasa terhibur apabila membaca kata-kata yang dikongsi oleh Nora.
Ads
Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga bersama Rizal Ashram Ramli atau dikenali sebagai Jejai pada 20 Jun 2006 dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.
Bagaimanapun Nora telah berpisah dengan Jejai pada Julai 2008.
Selepas itu, Nora mendirikan rumah tangga bersama Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl Nedim pada 21 Februari 2018.
Foto : Instagram Nora Danish
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah buat pelakon, Fasha Sandha yang sudah mengesahkan dirinya hamil. Bagaimanapun, bintang ini tidak akan berkongsi usia kandungannya.
Berikutan hal itu, pemilik nama lengkap Nur Fasha Sandha Hassan ini menjelaskan, pengalaman keguguran pada Jun lalu membuatkan dirinya masih fobia.
“Maaf, sama seperti dulu, saya masih tidak mahu komen mengenai usia kehamilan saya. Minta peminat doakan yang baik-baik.
“Pengalaman beberapa kali pernah keguguran dulu membuatkan saya kurang bercakap mengenai perkara ini. Saya masih fobia atas pengalaman lalu.
“Apa pun, terima kasih kerana ramai yang mendoakan saya dan suami cepat dikurniakan anak,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.
Justeru, ibu kepada dua cahaya mata itu juga sedang berehat daripada terbabit dalam mana-mana penggambaran naskhah drama.
“Saya sedang berehat seketika daripada berlakon dan hanya fokus dalam komitmen untuk promosi drama dan sebagai duta,” katanya lagi.
Terdahulu, aktres berusia 35 tahun itu ada berkongsi berita kehamilannya pada Mei, sejurus mendirikan rumah tangga dengan aktor, Aidil Aziz Mac lalu.
Namun, Fasha dilaporkan mengalami keguguran beberapa minggu selepas pengumuman tersebut dibuat.
Sekali lagi, Fasha dikhabarkan hamil November lalu. Bagaimanapun, tetap dengan pendirian untuk tidak berkongsi lebih, sebaliknya meminta peminat untuk mendoakan yang baik-baik.
Menerusi perkahwinan pertamanya, Fasha dikurniakan dua anak, Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 5, menerusi perkahwinan terdahulu.
Sumber/Foto: Harian Metro, Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Dynas Mokhtar tidak menafikan situasi keguguran rambut melampau yang dialami khasnya para ibu sebelum dan selepas melahirkan cahaya mata menjadi antara topik yang sering dibicarakan.
Dynas atau nama sebenarnya, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 39, berkata, menyedari akan hal tersebut, dia serius menitikberatkan kandungan terbaik menerusi produk syampu Wellsen X Dynas, yang eksklusif kerana menggunakan sepenuhnya bahan organik.
“Bagi saya, masalah keguguran rambut bagi wanita yang melalui proses kehamilan adalah suatu perkara normal, termasuk saya sendiri.
“Sudah menjadi kebiasaan apabila kita sering mendengar mengenai masalah atau keluhan mengenai hal tersebut daripada para ibu.
“Sebab itulah bila saya terlibat di dalam kerjasama ini, kunci utama yang saya cuba untuk titik beratkan ialah kesihatan terhadap kulit kepala. Kadang kita sibuk nak jaga rambut, tapi bahagian kulit kepala pula terabai.
“Jadi sebab itulah antara kandungan yang terkandung di dalam syampu ini ialah Aqua Cell yang mampu beri kelembapan 48 jam sekali gus atasi isu keguguran rambut. Selain itu, saya suka elemen ‘mint’ (berangin).
“Saya pernah menggunakan syampu yang dibeli dari United Kingdom sebelum ini. Saya sukakannya kerana ia berangin bila digunakan. Jadi saya terfikir untuk aplikasikannya pada syampu keluaran khas ini, tapi saya tak mahu ia ada bahan kimia yang tidak baik untuk rambut.
“Jadi bila melalui proses penyelidikan dilakukan, kita ambil keputusan untuk letakkan organik Camomile bagi mendapatkan elemen yang segar di samping minyak esensial pudina yang mampu memulihkan folikel rambut,” katanya lagi.
Ibu kepada tiga cahaya mata ini berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Syampu Wellsen X Dynas, di Wanra Cafe, Bukit Jelutong, Shah Alam, baru-baru ini.
Turut hadir pada acara berkenaan ialah Pengarah Eksekutif WeGlobe Marketing Sdn. Bhd, Seng Sin Mon yang mewakili Wellsen.
Berbangga dengan edisi premium istimewa dengan harga mesra milik, bintang drama Korban Kasih ini turut meminta pengguna supaya cakna soal kandungan sesuatu produk sebelum membelinya.
“Sebab itulah saya sarankan kepada pengguna baik lelaki atau wanita untuk ketahui dan ambil peduli apa fungsi bahan yang terkadung di dalam sesuatu produk, lebih-lebih lagi yang melibatkan soal penjagaan diri, termasuk syampu.
“Misalnya apabila berlaku keguguran rambut yang banyak, barulah mula baca label apa isi kandungan pada botol.
“Sebab saya percaya ramai yang kurang tahu bahawa silikon di dalam syampu berupaya membuatkan rambut lembut tetapi penggunaan dalam tempoh lama juga boleh menyebabkan rambut gugur dan rosak.
“Anda perlu tahu apa yang diletak di atas kepala sama seperti apa yang anda makan, sebab kesannya mungkin bukan masa sekarang tetapi akan datang,” katanya lagi.
Syampu Wellsen X Dynas boleh didapati di platform e dagang seperti Shoppee, Lazada dan maklumat semasa mengenainya juga boleh dirujuk menerusi laman media sosial pelakon berkenaan.
Majlis sama turut diserikan dengan persembahan penyanyi Atilia Haron selain kehadiran rakan artis seperti Aishah Sinclair, Daphne Iking, Yasmin Hani, Sasha Abdul Aziz dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Aina Abdul selaku juri undangan konsert Big Stage 2022 minggu kedua yang Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi berpendapat peserta pertama yang tersingkir, Iqbal Zulkefli sebagai bijak dalam mencari peluang.
Aina berkata, dia juga menghormati keputusan usahawan itu untuk sama-sama bersaing di Big Stage musim terbaru selain menyifatkan dia sebagai seorang yang berani.
“Bagi saya dia bijaklah. Bagaimanapun saya tidak pasti mengenai mengapa dan bagaimana dia boleh menyertai program ini. Bukan mahu mengatakan persembahannya ‘teruk’, akan tetapi kalau nak dibandingkan dengan peserta lain, kebolehan dia itu mungkin sedikit ke bawah.
“Apa sahaja Iqbal punya objektif, dia bijak. Dia juga tahu menggunakan peluang yang dia ada. Untuk saya, thats is really brilliant.
“Saya ‘salute’ pada Iqbal sebab dia berani. Saya tak akan seberani itu. Contohnya macam sertai Maharaja Lawak, saya tak akan buat sebab saya sedar diri ini tidak lawak.
“Jadi kepada Iqbal, tak kisahlah komen apa-apa yang awak terima hari ini, saya tahu awak mesti sudah kuat, ‘lali’ dengan semua komen,” katanya.
Turut terlibat dalam seni secara serius selepas menyertai sebuah program realiti, penyanyi lagu Sepi ini tidak menafikan, para peserta miliki semangat yang kuat khasnya ketika berdepan komen para juri.
“Saya jadi ‘anxiety’. Kalau saya yang berada di situ, rasanya saya tidak kuat seperti mereka yang masih lagi boleh senyum.
“Untuk sayalah, bila terdengar komen-komen ‘pedas’, saya pandang tempat lain. Tak sanggup nak tengok sebab saya boleh rasa apa yang mereka rasa,” katanya lagi.
Terdahulu, bagi menyuntik pembaharuan segar, buat pertama kalinya proses pemberian markah oleh panel juri akan dibuat secara langsung atau ‘live marking’ yang mana setiap pemarkahan akan tertera di skrin LED untuk tontonan umum.
Datuk Seri Siti Nurhaliza berada di posisi juri tetap bersama komposer, Ajai manakala juri pedas dan presiden netizen pula masih diisi penyanyi Mas Idayu dan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida minggu ini.
Juara Big Stage 2022 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!