Mungkin ada yang sudah sedia maklum mengenai minat pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Azman terhadap pelakon popular Korea Selatan, Lee Dong Wook yang dikatakan mempunyai wajah seirasnya itu.
Masakan tidak, kebanyakan foto Lee Dong Wook yang terbaru di akaun Instagram pasti akan dikomen oleh PU Azman dengan elemen humor yang nyata mencuri perhatian wargamaya.
Terbaru, menerusi sebuah entri yang dimuat di akaun Instagram, PU Azman atau lebih mesra disapa Cik Man ada menitipkan ucapan sempena ulang tahun kelahiran bintang tersebut yang ke-39.
“Selamat hari lahir Wook. Saengil Cuka Hamnida. 6 November 1981. Moga Allah membimbingmu,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat perkongsian tersebut selain turut menitipkan ucapan hari buat bintang Korea itu.
Pada masa sama, ada juga yang memuji wajah kedua-dua mereka yang serupa dan berharap pelakon itu terbuka hati untuk menjadi saudara baru.
Dalam perkembangan lain, PU Azman difahamkan bakal muncul menerusi sebuah telefilem berjudul Petaka yang akan disiarkan menerusi Astro First bermula Disember ini
Foto: Instagram PU Azman