Selain peminat pasukan bola sepak kebangsaan, bekas penyerang Harimau Malaya, Safee Sali juga merupakan antara individu yang turut meluahkan rasa kecewanya di atas mutu pengadilan berat sebelah pengadil dari Jepun, Ryuji Sato dalam perlawanan kumpulan B, Piala AFF, Malaysia menentang Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, pada malam Selasa.
Menerusi laman Instagram miliknya, penyerang kelab Kuala Lumpur City itu mempertikaikan tindakan Ryuji memberikan sepakan penalti kepada Vietnam yang mana terang-terangan menunjukkan pemain Malaysia tidak melakukan sebarang kesalahan atau tackle keras terhadap pemain lawan selain melayangkan kad merah tanpa sebab munasabah terhadap Azam Azmi.
“Famous dia ni semalam, bukan sekali…
“Pandangan saya, dia ni tak pernah dan tak pandai bermain bola sepak. Permainan bola sepak sukan yang dimainkan dengan menggunakan tubuh fizikal, dalam masa yang sama ia menggunakan mental dan emosi.
“Bila mana orang yang tidak tahu menahu sentuhan secara keras demi perjuangan nama megara, itulah tindakan dan layangan kad yang tidak sepatutnya terjadi,” tulis Safee di ruangan kapsyen.
Menurut Safee lagi, mutu pengadilan Ryuji boleh dipertikaikan kerana terang-terangan bersifat bias dan berat sebelah.
“Berat sebelah dan nampak ketidakadilan di situ. Suruh dia rembat bola lepas tu ada defend boy contact dia… apa dia rasa,” luah Safee lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan pendapat Safee termasuk pelakon Sharnaaz Ahmad yang turut memerli cara pengadilan Ryuji.
“Dulu dia main catur,” tulis Sharnaaz.
Ads
“Kalau dah legend bola bersuara. Itu pun orang Vietnam kemain kutuk kita tak tentu hala. Banyak kali pemain no.5 Vietnam tu body contact macam main rugby tapi pengadil mabuk ni diam je.
“Suruh dia pergi ambil kelas lagi macam mana nak jadi pengadil.
“Dia ni memang patut tarik balik lesen (pengadil).
Ads
“Tak profesional langsung,” komen beberapa netizen.
Dalam perlawanan tersebut, pasukan negara kalah 3-0 kepada Vietnam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Safee Sali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Tak ada rezeki, kalau ada job selepas ini bolehlah.”
Demikian kata penyanyi Tom kepada anak-anaknya yang sebelum ini tidak menyangka perjuangan ibunya di program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) terhenti di pertengahan jalan.
Menurut Tom, dua anak lelaki yang dibesarkannya iaitu Putera Edler dan Putera Evans Ezra ada bertanya mengenai perkara tersebut dan dia cuba untuk menjelaskan dengan sebaik mungkin.
“Mereka kata kalau keluar (tersingkir) nanti tak dapatlah nak beli permainan video games, ‘VR’. Saya kata insyaAllah suatu hari nanti, kita akan beli.
“Mereka masih kecil, tak faham apa-apa. Tapi mereka tahu sebelum ini saya sertai GV9. Malah sebelum ini pun mereka ada juga temani saya ketika sesi latihan.
“Jadi bila aktiviti tersebut tidak lagi berlaku, itu yang membuatkan mereka tanya. Jadi saya cuba jelaskan,” katanya kepada MH.
Kini cuba mengorak langkah baru untuk kembali aktif dalam dunia nyanyian, Tom akui percaya kepada soal rezeki.
“Masa ketika awal saya terima tawaran sertai GV9, saya ada kongsikan hal tersebut dengan anak-anak. Saya kata macam pertandingan dulu yang sebelum ini pernah saya masuk. Lalu mereka tanya, kalau menang akan dapat duit ke.
“Sebeb saya memang ada berkongsi mengenai kerjaya seni saya kepada mereka. Kemudian saya beritahu mereka, kalau ada rezeki akan menang. Apa pun saya percaya kepada rezeki,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mengambil keputusan untuk membela kambing selepas kucing liar eksotik peliharannya yang dinamakan sebagai Dodi kian mengganas.
Mencuri tumpuan, pengasas kosmetik yang turut aktif menyanyi itu memuat naik video ‘membawa pulang’ dua ekor kambing ke kediaman mewahnya di Kota Damansara menerusi IG TV.
Malah versi penuhnya juga boleh ditonton menerusi saluran YouTube rasmi Aliff.
“Penganti dodi..come tak? Saya sedih sangat sebab Dodi dah tak nak dengan saya dan semakin ganas.
“Sebab tu sekarang ini saya cuba jinak kan kambing pula untuk dijaga di dlm rumah saya .. korang rasa boleh dijinakkan tak?
“Kalau korang nak tahu apa yang berlaku dekat kambing saya yg saya kasi nama Siti Zubaidah, korang boleh tengok dekat YouTube saya.. sy dah posting,” tulisnya pada kapsyen entri tersebut.
Rakaman video tersebut juga antara lain turut menyaksikan isterinya, Datin Seri Nur Shahida yang kelihatan berang dan terkejut dengan kehadiran binatang peliharaan tersebut yang dibawa masuk ke dalam rumah.
Sementara pada ruangan komen pula, wargamaya meningalkan pelbagai reaksi.
Foto: Instagram Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bekerja secara profesional, vokalis Kristal, Ewal Ismail berkata hubungannya dengan adik-beradik bekas tunang iaitu Rody dan Acap tidak pernah tergugat.
Menurut Ewal atau nama sebenar Ikhwan Hafiz Ismail, 31, dia tidak berasa kekok untuk bekerja dengan abang dan adik bekas tunangnya iaitu Adda yang merupakan ahli kumpulan Butterfly.
“Saya tak rasa kekok bersatu dalam sebuah band dengan abang dan adik kepada bekas tunang saya kerana kami profesional.
“Lagipun kami sudah berkawan lama sejak awal belasan tahun jadi apabila tiada jodoh saya dengan Adda, itu bukan satu isu yang boleh pecah belahkan Kristal.
“Sebenarnya Rody dengan Acap terkejut masa kami kata nak bertunang, berbanding ketika pertunangan itu berakhir.
“Kalau tiada jodoh kita pun tak boleh buat apa-apa. Masing-masing sudah ada kehidupan sendiri.. Adda pun dah jadi isteri orang,” katanya.
Pertunangan Ewal dengan Adda atau Nur Syuhada Baharuddin, 33, pada September 2021 hanya mampu bertahan sebulan lebih, bagaimanapun mereka tidak menguar-uarkan bila ikatan itu berakhir.
Dalam perkembangan terbaharu, Ewal yang merupakaan anak kepada vokalis Wings, Mel itu akan beraksi minggu ini di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang sempena Fiesto Fest @Penang 2.0.
Antara penyanyi-penyanyi yang turut menghiburkan pengunjung ialah Azlan Typewriter, Ronnie Hussein, Baby Shima, Asheed Def Gab C, Klangit, D_va dan Akar Band.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“It wasnt me guys, jangan risau ok.”
Demikian reaksi penyanyi Misha Omar sebagai mengulas berita yang memaparkan penyanyi wanita terkenal Kelantan ditahan bersama lima yang...