Safiey Illias Tunjuk Surat Bukti Tak Bankrup, Bidas Dakwaan; “Cukuplah Fitnah Nurwanita…”

Share

Usahawan dan pempengaruh sensasi Safiey Illias tampil menafikan dakwaan seorang pengguna di TikTok baru-baru ini yang mendakwa dirinya kini bankrap.

Safiey yang kini menggunakan nama samaran terbaharu, NurWanita menepis tuduhan tersebut dan ia adalah fitnah.

“Baru sempat nak update bila tiba-tiba seorang ejen hartanah dekat tiktok fitnah saya bankrap lah, jual rumah lah dan macam-macam lagi. Sampaikan saya pun terkejut bila kawan-kawan DM cakap nak pindah Bangkok ke.

“Kalau boleh janganlah buat content guna nama saya untuk naikkan view video awak. Berdiri atas kaki sendiri boleh tak? Kalau share benda yang betul tak apa, ni sampai jadi fitnah satu, sampai orang jadi salah faham pulak. Adoi,” tulisnya.

Safiey menjelaskan perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram.

Menerusi hantaran sama, Safiey turut berkongsi paparan skrin dari Jabatan Insolvensi Malaysia yang menyatakan dirinya berstatus tidak bankrap.

“So bankrap celah mana ya? Cukup-cukup lah fitnah Nurwanita. Sabar je lah. Takpe, saya anggap ini sebagai pembakar semangat kepada mulut-mulut yang asyik nak bertepuk tangan tengok orang ditimpa musibah/masalah.

“Bagai anjing menyalak bukit, bukit tak runtuh, suara pula yang serak! Masalah saya bukan kewangan, saya dah lama berbisnes, daripada umur 16 tahun, sampai 25 tahun.

“Tak salah kot saya nak berehat dua, tiga tahun. 2023 saya akan bisnes semula. Tak bermakna kita diam kita down, atau bisnes merudum,” tambahnya.

Safiey kini melalui fasa ‘cooling period’ untuk bertenang dan akan kembali dengan jenama serta konsep perniagaan baharu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
MH