Pasangan selebriti Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson mengumumkan tarikh perkahwinan mereka.
Bagaimanapun Aiman menjelaskan, tarikh sebenar masih belum ditetapkan lagi.
“Bulan Februari cukup istimewa memandangkan bulan itu merupakan bulan kelahiran Zahirah.
“Namun tarikh sebenar belum ditetapkan buat masa ini kerana bagi saya perkahwinan bukanlah satu benda yang remeh-temeh.
“Banyak hal yang perlu diambil kira, termasuk lokasi dan sebagainya,” katanya.
Terdahulu, pasangan selebriti tersebut ditemui pada majlis sidang media pengumuman tarikh perkahwinan Aiman dan Zahirah yang berlangsung di Bikersfellas Cafe, di Ara Damansara.
Lebih romantik, Aiman turut sempat melafazkan “Will You Marry Me” dengan nada bergurau sewaktu pengumuman tersebut.
Setakat ini, Aiman memaklumkan majlis perkahwinan mereka hanya akan berlangsung di Kuala Lumpur.
Sebarang perubahan lain akan diberitahu kemudian, bergantung kepada situasi.
Terdahulu, Aiman dan Zahirah mengikat tali pertunangan pada Jun lalu sejurus berkongsi gambar majlis yang berlangsung di akaun media sosial masing-masing.
Kongsi Aiman lagi, lamaran darinya buat kekasih hati untuk mendirikan rumah tangga pada November lalu.
https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/461781807706384?s=1593216724&v=e&sfns=cl
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jenis Tak Puas Hati Kalau Tak Letak Sabun,”- Syafiqah Aaina Resah Kulit Anak Timbul Ruam,Kini Lebih Berhati-Hati
Bintang media sosial, Syafiqah Aaina sedikit kesal apabila menggunakan sabun dan syampu ketika memandikan anaknya,Raisya Arissa,2 bulan.
Akibat dari penggunaan bahan tersebut, kulit bayi comel itu kelihatan timbulnya ruam dan menjadi kemerah-merahan.
“Ni jugak skin Raisya masa Mommy dalam pantang. Silapnya sbb Mommy & Daddy jenis tak puas hati kalau tak letak sabun & shampoo pada Raisya last last jadi macam ni
“Tips untuk new Mommies, elakkan pakai any sabun, shampoo or oil pada skin baby.
“Sebab skin baby sangat nipis & sensitive lepas lahir. Jadi kalau boleh elakkan letak anything pada skin. No worries, peluh baby tak buat badan diorang berbau macam Mommy & Daddy pun 🤪
“Nanti baby dah besar sikit dah masuk 2months ke baru try pakaikan sabun. But still kena try & error. Sometimes skin baby tak sesuai dengan certain brand. Jadi kena try dulu tengok okay ke tidak.
“But still, depends on baby juga if mandikan pakai sabun & shampoo tkada masalah, then teruskan je. Ok Mommies?,” tulis Syafiqah yang merupakan usahawan produk kecantikan.
View this post on InstagramA post shared by Raisya Arisa (@raisyaarisa) on
Menerusi ruangan komen,rata-rata netizen telah memberikan pendapat masing-masing.
Terdahulu, Hafiz dan Syafiqah mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan dikurniakan cahaya mata sulung,Raisya Arissa 24 Jun lalu.
Foto: Instagram Syafiqah Aaina
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Yang Memohon Macam Menakutkan, Mendesak Lain Macam,” – Abby Abadi Mohon Bersabar Tunggu Sumbangan, Akui Ada Terlepas Pandang
Abby Abadi menerusi laman Instagram miliknya mengakui runsing terhadap Wallet Kasih PKP yang diusahakan.
Jelas pelakon Gerak Khas itu, niat awalnya ialah bagi membantu golongan tersepit akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan.
Bagaimanapun, semakin ramai yang tampil mengharapkan sumbangan sehingga di luar kemampuannya untuk membantu.
Disebabkan itu wang dana dikumpul menerusi Wallet Kasih PKP.
Namun lebih merungsingkan apabila terdapat segelintir pula yang mendesak.
Jelas Abby lagi, ada kalanya dia terlepas pandang memandangkan jumlah permohonan yang diterima terlalu banyak.
“Darda cam runsing kenapa? Tapi nk bgtau Mama lagi runsing skrg ni, sbb apa? Wallet Kasih PKP.
“Ceritanya begini: Niat awal ajak kumpul Dana dalam Wallet Kasih PKP ini ialah utk membantu, supaya takde yg kelaparan.. terutamanya anak kecil, baby… tak sampai hati dengar ada yg tak mampu nk belikan anak susu sampai bg minum air sirap, teh o sampai muntah, cirit birit anak2 tu.
“Tak nak juga anak2 kehabisan pampers sampai ada yg ikat plastik dekat badan anak.
“Sebab taknak itu semua berlaku, jadi Sy usahakan membantu. Selalu Sy bantu sorang2, guna dana sendiri, tapi bila terlalu ramai yg minta dibantu, diluar kemampuan Sy dah.. sbb sejujurnya Sy ni sedang2 aje.
“Makin hari makin ramai merayu2 nk minta tolong, nk pinjam duit, sbb putus sumber pendapatan dalam tempoh PKP ni, jadi Sy tergerak nak ajak Sahabat2 disini bersama sebab klau guna duit sendiri, sehari rm5/10k, Sy mmg tak terkejar.
“Cumanya makin runsing bila hampir sebulan Wallet Kasih PKP ni, yg memohon mcm menakutkan pulak. Mendesak2 lain mcmz Dah dpt, minta pula utk mak ayah adik beradik, jiran tetangga.
“Pastu bila Sy masuk gambar ,suruh tengok DM, Sy masuk video suruh baca DM. Sabar jeee! Tambah Tension2 bila ada yg tulis kata dah DM 2/3 hari Sy tak respon, Sy tak baca. Kenapa?
“Aduhai.. Tak terkejar dik abg kakak, achik semua. Itu yg sebenarnya. Ramai sangat dalam DM Sy tu. Sy semalam buleh tag kurang dari 30org. Kadang Sy kurangkan sbb dah nak naik juling rasa transfer duit tak berhenti.
“Sejujurnya memang akan ada yg terlepas pandang, memang takkan mungkin Sy mampu penuhi kehendak semua.Jadi sabar & solat k.
“Mohon pada ALLAH supaya anda semua terpilih utk rezeki dari Wallet Kasih PKP ni ye,” kongsinya panjang lebar.
https://www.instagram.com/p/CAH4FGBDcGcSTm6VqVgy03FrkxbTlJ0JYyPE0s0/?igshid=1nk7b5dohtn60
Foto : Instagram Abby Abadi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Reda Itu Pasti, Sebab Belum Rezeki,” – Fasha Sandha Keguguran, Ini Reaksi Tenang Suami, Aidil Aziz
Beberapa jam selepas Fasha Sandha memaklumkan berita sedih alami keguguran, suaminya pelakon Aidil Aziz turut tampil memberikan reaksi menerusi media sosial.
Perkongsian tersebut dibuat Aidil sebentar tadi dengan menyatakan dirinya reda terhadap segala ketentuanNya.
“REDHA ITU PASTI , SEBAB BELUM REZEKI ,
KAMI AKAN USAHA LAGI , DOAKAN YG TERBAIK UTK KAMI,” tulisnya ringkas bersama foto yang merakamkan dirinya sedap mengucup dahi Fasha.
Menjengah ke ruangan komen, para peminat tidak henti-henti mendoakan yang terbaik buat pasangan ini selain mengharapkan agar suami isteri tabah dalam menghadapi ujian.
Terdahulu, pasangan selebriti mendirikan rumah tangga pada pada 30 Mac lalu.
Fasha sebelum ini pernah berkahwin bersama Jejai pada 27 April 2012 sebelum berpisah pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Putra Rayfal berusia 5 tahun dan Putri Raysha Jemyma, 4.
Foto: Instagram Aidil Aziz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI