Berita

Sah Bercerai 6 Bulan Lepas, Rakan Artis Kongsi Status Terkini Irma Hasmie

Share

Pengacara Amin Idris berkongsi status terkini mengenai isu rumah tangga pelakon dan hos, Irma Hasmie dan suaminya, Redza Syah Azmeer.

Melalui hantaran di Insta Stories, pada Selasa, Amin berkongsi kenyataan daripada individu yang mendakwa dirinya sebagai sahabat kepada Irma yang mendedahkan hubungan mereka sebagai suami isteri sudah berakhir.

“Assalamualaikum… Untuk menjawab kepada persoalan apakah status mereka (Irma dan Redza) sekarang dan untuk mengelakkan dari terus timbul fitnah.

“Saya dengan ini mewakili sahabat saya ingin mengeluarkan kenyataan (dengan izin dia sendiri).

“Untuk pengetahuan.. Mereka sudah sah bercerai 6 bulan lepas. Dengan persoalan yang dah terjawab, saya mohon pada semua beri ruang untuk sahabat saya,” tulis individu dipercayai sahabat kepada Irma iaitu Reen Emran

Sementara itu, kenyataan sama turut menjelaskan Irma berada dalam keadaan baik bersama anak-anaknya.

Malah Reen bersyukur kehidupan sahabatnya itu kini lebih indah dan bakal mengerjakan ibadah haji tidak lama lagi.

“Alhamdulillah dia dan anak-anak okay dan sihat saja. Alhamdulillah Allah kurniakan sesuatu yang lebih baik dan indah.

“Insya-Allah dia akan mengerjakan ibadah haji tak lama lagi. Mohon semua doakan yang baik baik buat sahabat saya. Terimah kasih semua,” tulisnya lagi.

Terdahulu, hantaran Redza mencetuskan tanda tanya apabila menulis keterangan berkaitan perjalanan baharunya sebagai suami dengan wanita, Nur Hafiza Mohd Salim selain mendoakan agar orang ramai dipertemukan dengan kebahagiaan yang dicari.

Sebelum ini, timbul dakwaan rumah tangga Irma dan suami dikatakan sedang dilanda badai susulan jarang memuat naik foto bersama sejak Ogos 2023.

Irma bagaimanapun dilaporkan, enggan bercerita lebih mengenai berita itu sebaliknya memaklumkan dirinya berada dalam keadaan baik.

Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan kenyataan rasmi daripada Irma berhubung berita perceraian itu tidak berjaya.

Untuk rekod, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH