Sah Cerai, Ini Luah Bekas Isteri Aman Ra – “Saya Hanya Mahu Pandang Ke Hadapan, Tak Mahu Lagi Toleh Ke Belakang.”

Share

Bekas isteri Aman Ra, Natiqah Rahmat,33, lega apabila mengumumkan status perkahwinannya bersama penyanyi dan rapper itu berakhir pada 5 Ogos lalu.

Menerusi satu perkongsian, lafaz secara taklik dibuat pada 29 Mac 2020 dan disahkan mahkamah 5 Ogos lalu. 

“Seperti yang dah dimaklumkan status perkahwinan antara saya dan bapa kepada anak2 saya telah sah bercerai. Bukanlah nak besarkan, sekadar nak tutup apa yang telah dibuka before.

“Saya belajar untuk bersuara, untuk terbuka, untuk face the realiti And terima realiti dalam keadaan yang sangat bergelut dengan bermacam emosi. Saya bukan orang yang saya kenali selama ini.

“Siapa salah siapa betul siapa yang mula siapa yang melaratkan semua tu dah jadi sejarah. Segala jasa baik segala tindakan yang tak disenangi saya serahkan segalanya kepada yang Maha Esa.

“Memang betul banyak sangat impact apabila struktur kekeluargaan hancur tetapi ini bukan pengakhiran kehidupan. Masih ada banyak pilihan2 kehidupan , masih ada banyak jalan2 masih ada lagi panjang masa jika diberi Allah rezeki umur yg panjang,” jelasnya.

Berkongsi kapsyen panjang di Instagram, Natiqah turut memohon maaf kepada semua pihak.

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang selama ini memberi sokongan, yang tak henti doa, kepada saya dan anak-anak. Saya doakan anda dan keluarga juga diberi pelindungan dunia dan akhirat.

“Dan tak lupa juga setinggi2 penghargaan dan terima kasih kepada media, wartawan2 yang sentiasa berdedikasi dengan tuntutan pekerjaan anda. Maaf kalau sebelum ni saya belum bersedia untuk memberi statement.

“Dari lubuk hati saya dengan rasa rendah diri saya minta maaf kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Sesungguhnya saya manusia biasa yang banyak kekurangan,” tulisnya lagi.

Natiqah pada masa sama hanya mahu pandang ke depan dan menjadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran dalam untuk menjadi insan yang lebih baik.

“Saya belajar, sebagai seorang ibu, sebagai seorang anak, sebagai seorang ahli keluarga, sebagai seorang wanita. Banyak saya belajar walaupun perjalanannya sukar. Apa yang penting saya belajar dari apa yang terjadi.

“Dengan itu juga, saya hanya mahu pandang ke hadapan. Tak mahu lagi toleh kebelakang. Dan segala yang terjadi telah saya anggap sebagai sejarah yang menjadi pengajaran untuk saya menjadi lebih baik untuk masa hadapan.

“Kepada semua wanita, jangan berhenti. Teruskan. Ini perjalanan bukan destinasi. Ada kehidupan yang lebih baik dihadapan menanti,” katanya lagi.

Natiqah dan Aman Ra atau nama sebenarnya, Aman Jamaluddin,34, dikurniakan sepasang cahaya mata, Ratu Raiqa, 3 dan Tuah Khalifa yang kini berusia 2 tahun.

Published by
MH