
Zarina Anjoulie mengumumkan sudah kembali rujuk dengan Eilyas Azhar atau lebih dikenali sebagai Yas.
Pendedahan tersebut dibuatnya hari ini selepas menerima jambagan bunga istimewa.
Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul memberitahu keputusan tersebur dibuat selepas mereka mengetepikan ego masing-masing dan berbincang secara baik, lapor mStar.
Dia pada masa sama menjelaskan, mereka akan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik demi rumah tangga mereka.
“Ya, betul (rujuk)… kami pun dah berbincang dan berbaik-baik, Alhamdulillah. Kami berdua nak perbaiki lagi diri dan rumah tangga. Mungkin sebelum ini, dua-dua ego.
“Tapi selepas berfikir dan berbincang, kami berdua rasa macam tak nak putus asa dengan perkahwinan ini senang-senangkan. Alhamdulillah, sekarang kami pun nak ke arah yang lebih baik.
“Terutama dari segi agama… nak belajar untuk menjadi lebih baik di masa kelak. Kalau jodoh dan cinta itu kuat, Insya-Allah. Saya harap semua orang dapat mendoakan yang baik-baik untuk kami berdua,” katanya seperti yang dipetik.
Sebelum ini, Zarina ada memuat naik video kehadirannya ke Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan bagi menyelesaikan urusan penceraian mereka, 10 Februari lalu.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.
Sebelum ini, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan lelaki Brunei pada tahun 2015 dan mengambil keputusan untuk berpisah pada Disember 2016.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Awangku Gabriel Martin Ezra.
Sumber: mStar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Uruskan Penumpang Mabuk Macam Ni La,” – Lelaki Buat ‘Gangguan’ Dalam Pesawat MH122, Zarul Umbrella Puji Pilot & Anak Kapal MAS

Penyanyi dan pelakon, Zarul Umbrella memuji cara kapten dan anak kapal mengawal insiden melibatkan seorang penumpang yang didakwa membuat gangguan terhadap penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH122 yang dalam penerbangan dari Sydney, Australia ke Kuala Lumpur pada Isnin.
Menurut Zarul yang juga merupakan bekas pramugara disebuah syarikat penerbangan tempatan, situasi seperti ini harus dikawal dengan tenang bagi memastikan para penumpang lain tidak berasa terancam.
“Demi keselamatan penumpang lain penerbangan MH122 berpatah balik ke Sydney. Tahniah kepada anak kapal MH122, dapat handle situasi dengan tenang.
“Penumpang-penumpang macam ni kita kena monitor dan layan dia elok-elok. Cuba jangan bagi dia kacau penumpang lain. Jangan simbah api pada minyak panas.
“Apapun kisah disebaliknya kita tak tahu tapi pengajarannya disini ialah sikap profesionalisme yg ditunjukkan oleh ank kapal MH adalah sangat dibanggakan.
“Keputusan yang bagus daripada kapten, patah balik ke Sydney bagi polis sahaja uruskan. Habis cerita,” tulisnya.
Respon tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Ramalanku Benar-Benar Belaka itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Pada masa sama, Zarul turut mendedahkan dirinya pernah berhadapan dengan situasi yang hampir tetapi ia melibatkan penumpang mabuk.
“Saya pun uruskan penumpang mabuk macam inilah. Layankan sahaja dia asal dia jangan kacau penumpang lain dan tidak menggugat keselamatan kapal dan penumpang lain,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji tahap profesionalisme kapten dan anak kapal MH112 selain turut berharap agar pesawat dapat pulang ke tanah air dengan selamat.
“Malaysian hospitality. Dalam keadaan tegang masih boleh tenang. Terbaik.
“Seram juga. Tapi betul, dalam keadaan begini, kena tenang. Jangan provoke dia lagi. Good job MH crew. Proud.
“Semoga dipermudahkan urusan sahabat-sahabat kita pulang ke tanah air. InsyaAllah.
“Salute dengan kabin krew,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, disebabkan insiden tersebut, sekurang-kurangnya 32 penerbangan domestik telah dibatalkan.
Memetik laporan Astro Awani, Lapangan Terbang Sydney dalam satu kenyataan memaklumkan penerbangan domestik turut berdepan kelewatan sehingga 90 minit akibat insiden tersebut.
Terdahulu, Polis Persekutuan Australia (AFP) memaklumkan seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan tanpa sebarang pergelutan dan dijangka didakwa lewat malam ini (Isnin) kerana membuat gangguan.
Jelas AFP, semua penumpang telah dipindahkan dari pesawat berkenaan dan insiden tidak mencetuskan sebarang ancaman terhadap masyarakat.
Penerbangan itu meninggalkan Sydney pada 1.40 tengah hari waktu tempatan dan mendarat semula di landasan pada pukul 3.47 petang.
Penerbangan MH122 membawa 194 penumpang dan lima kru.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Zarul Umbrella
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Anak-Anak Sempurna Di Mata & Hati Saya, Tak Ramai Ibu Bapa Yang Bertuah, Bernasib Baik,” – Noor Kartini

Ibu kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa, Datin Noor Kartini enggan mencampuri sebarang urusan melibatkan keluarga anak-anaknya.
Menurut Kartini, dia merasakan anak-anaknya yang sudah berumah tangga sudah cukup matang untuk membuat sebarang keputusan di dalam hidup mereka.
“Saya tak mahu jawab mengenai Nabila sebab dia sudah berkeluarga dan dewasa. Kalau nak tahu apa-apa, kena tanya dia sendiri.
“Namun, untuk Amira pula, dia masih dalam perlindungan saya sebab dia masih lagi dibawah jagaan saya.
“Saya sebolehnya tak mahu campur sebab saya nak bergembira sahaja dengan anak-anak dan cucu,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, Kartini merasakan dirinya sangat bertuah kerana dikurniakan kasih sayang daripada anak-anak yang sentiasa menjadi penyejuk hatinya.
“Bagi saya, anak-anak saya sempurna di mata dan di hati saya. Saya rasa tiada lagi perkara yang saya nak rungutkan.
“Tidak ramai ibu bapa di luar sana yang bertuah, bernasib baik dan beruntung yang diberi nikmat Allah SWT seperti mana yang saya dapat iaitu kasih sayang dalam keluarga anak-anak saya,” ulasnya lagi.
Terdahulu, Noor Nabila telah sah bercerai talak satu dengan suami, Engku Emran Engku Zainal setelah hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga.
Lafaz cerai tersebut telah dibuat di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin.
Sekadar informasi, Nabila dan Engku Emran berkahwin pada 19 Mac 2021 namun, tidak dikurniakan cahaya mata.
Sebelum berkahwin dengan Engku Emran, Nabila pernah berkahwin dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Noor Nabila & Ameera Khan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dulu Penah Nak Ngorat Tapi Gua Tak Layan,”- Beby Tora Imbas Detik Perkenalan Dengan Suami, Main Tarik Tali Gitu!

Instafamous, Beby Tora ada berkongsi kisah bibit-bibit di awal percintaan bersama suaminya, Apit Johari di Instagram miliknya.
Malah, perkongsian Beby Tora atau nama penuhnya Atierah Zulfatie telah mendapat lebih 10,000 tanda suka (likes) dari netizen.
“Pernah tak hampa akan trpikir hampa akan kahwin dngn orang yang paling hampa tak suka ..aku siap prnah canang dkat kwan2 aku yang aku takkan pilih suami aku ni sbb aku tak suka dia hahahaha..
“Kwan aku pulak prnah p ambik fon aku and blas chat suami aku sbb dia tngok aku bluetick ja sntiasa okey !! padahal aku tak suka dia sbb dia slalu kol aku ja and kcau aku.. dlam hati tertanya jugak takkan la dia ni takda awek kot ataupun takda sapa2 yang dia nak kacau ? pernah tak trpikir yang dia akan jdi suami hampa ..
“Tambah2 pulak time tu hampa tngah crush dkat orang lain ?siap qeyau2 lagi sbb orang lain sdangkan hampa tak sedaq dn tak nampak pun orang depan mata yang dok tnggu hampa .hampa tetap tunggu orng hat tak prnah pandang hampa pun ? hampa dok terhegeh dkat orang lain tapi orang tu tak tringin sikit pun dkat hampa..
“Hat dok nak jaga hampa ,nak syang hampa,hampa sikit pun tak pandang dia ?tu la belagak sngat siap p hbaq kat mak lagi hampa takmau kat dia ? last2 nah ambik hampa !!dia jdi suami hampa kot.hampa syang bagai nak gila dkat dia,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by atierah zulfatie (@beby_toratora) on
Dalam pada itu, Beby Tora memuji sifat prihatin suaminya yang mengambil berat terhadap dirinya.
“Dia jaga hampa,dia syang hampa ,dia la akan teman hampa smpai akhir nyawa nnti ..sedih bila tringat tu tapi kenangan sebenarnya .kenangan paling manis start kenai dngn suami dn mula bertentang mata tapi prasaan time tu ‘aku tak kenai pun dia ni even satu kampung ‘ yang dia pulak keja qenyeh mcm kerang busuk.oh lupa nak hbaq ..
“Time aku tngah patah hati dngn crush aku tu ,suami la yang pujuk aku ..lawak kan cita kami. dlu dia prnah ngorat tapi gue tak layan ..and then raya tahun lpas dia start ngorat aku balik acah2 ucap slamat hari raya ..dngn whatsupp slamat hari raya dia tu laa brmulanya hbungan seorang kwan dan berakhir dengan suami isteri
“I love my husband so much.tiada kata2 yg boleh aku ckap betapa syangnya aku dkat suami aku ni hehhee taleh move on lagi bila suami kejutkan sahur hari2,” akhiri Beby Tora yang mendirikan rumah tangga bersama Apit pada Mac lalu.
View this post on InstagramA post shared by atierah zulfatie (@beby_toratora) on
View this post on InstagramA post shared by atierah zulfatie (@beby_toratora) on
Foto : IG Beby Tora
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI