Zarina Anjoulie mengumumkan sudah kembali rujuk dengan Eilyas Azhar atau lebih dikenali sebagai Yas.
Pendedahan tersebut dibuatnya hari ini selepas menerima jambagan bunga istimewa.
Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul memberitahu keputusan tersebur dibuat selepas mereka mengetepikan ego masing-masing dan berbincang secara baik, lapor mStar.
Dia pada masa sama menjelaskan, mereka akan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik demi rumah tangga mereka.
“Ya, betul (rujuk)… kami pun dah berbincang dan berbaik-baik, Alhamdulillah. Kami berdua nak perbaiki lagi diri dan rumah tangga. Mungkin sebelum ini, dua-dua ego.
“Tapi selepas berfikir dan berbincang, kami berdua rasa macam tak nak putus asa dengan perkahwinan ini senang-senangkan. Alhamdulillah, sekarang kami pun nak ke arah yang lebih baik.
“Terutama dari segi agama… nak belajar untuk menjadi lebih baik di masa kelak. Kalau jodoh dan cinta itu kuat, Insya-Allah. Saya harap semua orang dapat mendoakan yang baik-baik untuk kami berdua,” katanya
seperti yang dipetik.Sebelum ini, Zarina ada memuat naik video kehadirannya ke Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan bagi menyelesaikan urusan penceraian mereka, 10 Februari lalu.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.
Sebelum ini, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan lelaki Brunei pada tahun 2015 dan mengambil keputusan untuk berpisah pada Disember 2016.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Awangku Gabriel Martin Ezra.
Sumber: mStar