Penerima Anugerah Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular ke-29 (ABPBH29), Neelofa hari ini membuat pengumuman untuk menarik diri daripada menyertai Anugerah Bintang Popular Edisi terbaru yang akan dinotbatkan para pemenangnya tidak lama lagi.
Pengesahan tersebut dibuat hos program MeleTop ini sebentar tadi.
Lofa menerusi kenyataannya terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada pihak penganjir dengan pengumuman penganjuran Anugerah Bintang Popular Ke-32 (ABPBH32) untuk tahun ini.
“Lofa pasti, acara berprestij tersebut akan disambut dengan penuh gemilang dan warna-warni.
“Begitupun, dengan rasa rendah hati, Lofa ingin mengumumkan penarikan diri daripada Anugerah Bintang Popular (ABPBH) untuk edisi ini dan juga edisi akan datang,” jelasnya.
Penarikan diri itu dibuat atas faktor kekangan yang sukar di antara kerjaya seni dan bisnes.
“Buat masa ini, Lofa agak sibuk dengan penjenamaan semula Naelofar Hijab dan beberapa hal berkaitan perniagaan. Justeru, agak sukar untuk menyeimbangkan karier seni dan bisnes.
Lofa bukan menarik diri sepenuhnya. Tetapi mungkin berehat untuk tahun ini dan tahun depan.
“Insyaallah, jika Lofa sudah tidak lagi sibuk dengan bisnes, Lofa akan kembali aktif dalam seni. Jika Lofa sudah kembali aktif, baru rasa berbaloi untuk terlibat dalam majlis anugerah,” kongsi Lofa.
Pun demikian, herion filem Azura ini tetap manu memberikan sokongan dan tidak akan melupakan memori terindah saat bersama.
“Walaupun Lofa tidak lagi bertanding dalam ABPBH tahun ini, Lofa masih memberikan sokongan.
“Mana mungkin melupakan kenangan-kenangan indah yang tercipta sepanjang bersama kalian?
“Lofa doakan agar ABPBH terus maju dan terus megah berdiri dalam penganjuran edisi-edisi seterusnya,” akhirinya.
Foto; Instagram Neelofa, Carian Google