Tahniah diucapkan buat kakak kepada usahawan terkenal Neelofa, iaitu Noor Nabila, 36, yang telah pun selamat melangsungkan pernikahan dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin, 46, kira kira jam 10.02 pagi tadi di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail.
Dengan sekali lafaz, pasangan ini dinikahkan berwalikan adik Nabila sendiri iaitu Mohamed Aqief Mohd Noor sebagai wakil.
Noor Nabila menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin. Bagaimanapun tiada dulang hantaran diberi dan dibalas pasangan pengantin berkenaan.
Jumlah wang hantaran juga tidak dimaklumkan sementara dekorasi dan pelamin direka cantik Rekateemor.
“Alhamdulillah semuanya berjalan serba ringkas dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
“Hanya dihadiri ahli keluarga, sanak saudara dan kenalan rapat sekitar 20 ke 30 orang tetamu saja. Kita buat yang wajib saja selain bersederhana.
Ads
“Apa yang penting kami mahukan keberkatan. Kami pun tak merancang nak buat majlis lain selepas ini,” kata Nabila.
Nabila turut menafikan desas desus yang mereka mengikat tali pertunangan seperti digembar gemburkan sebelum ini.
“Memang kami tak bertunang seperti yang disangka. Saya mula mengenalinya sekitar Ogos tahun lalu. Waktu itu kami hanya berkawan.
“Hanya sekitar hujung tahun lalu, kami mula rapat. Malah sama sama berkongsi minat sama termasuk dalam sukan berbasikal,” katanya.
Ads
Mengenai suami, Nabila menyifatkan hubungan antara mereka mekar tanpa diduga.
“Kami pernah melalui pengalaman berumah tangga sebelum ini. Jadi masing masing sudah matang dan dah tahu apa yang diinginkan dalam pasangan hidup.
“InsyaAllah kami akan buat yang terbaik dan sentiasa ada untuk satu sama lain,” katanya.
Terdahulu pasangan berkenaan sebelum ini mencetuskan tanda tanya apabila timbul gosip mengaitkan mereka kononnya sedang menjalinkan hubungan cinta.
Ads
Pasangan berkenaan juga masing-masing berkongsi gambar aktiviti berbasikal bersama teman lain melalui paparan foto dalam laman sosial.
Lebih hangat, apabila foto Engku Emran yang dikatakan menyertai majlis usrah bersama Ustaz Wadi di kediaman Nabila, tular dan diperkatakan ramai baru baru ini.
Nabila bercerai dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, Julai tahun lalu selepas hampir setahun berdepan kemelut rumah tangga. Mereka dikurniakan anak lelaki diberi nama Jebat Jayden.
Engku Emran juga berpisah dengan Laudya Cynthia Bella, Julai tahun lalu, selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.
Dia sebelum ini juga pernah berkahwin dengan aktres, Erra Fazira dan dikurniakan cahaya mata, Engku Aleesya.
Foto: Insta Story Neelofa, Ameera Khan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel yang sebelum ini pernah disahkan positif Covid-19 sebanyak dua kali tahun lalu mengakui ada ketikanya dia berdepan masalah migrain selepas bebas daripada virus itu.
Menurut Aeril, hampir tiga bulan dia mengalami sakit kepala sehingga perlu mendapatkan ubat penahan sakit bagi meringankan masalah berkenaan.
“Gejala paling teruk yang dialami selepas dijangkiti Covid-19 buat kali kedua adalah migrain. Hampir dua bulan saya mengalami sakit kepala yang teruk secara tiba-tiba.
“Jika saya makan lewat, sakit kepala akan menyerang sehingga perlu makan ubat penahan sakit untuk saya kembali okay. Alhamdulillah keadaan kesihatan saya sekarang baik-baik saja,” katanya.
Suami kepada pelakon Wawa Zainal itu turut menambah, disebabkan gejala selepas Covid-19 yang dialami itu, dia juga telah menjalani ujian x-ray bagi mengenal pasti punca sebenar.
“Saya terus buat ujian x-ray di bahagian paru-paru. Alhamdulillah semuanya normal dan tiada sebarang masalah.
“Saya dimaklumkan ramai juga pesakit Covid-19 yang mengalami kerosakan pada bahagian paru-paru dan sukar pulih,” katanya lagi ketika ditemui pada majlis Wawa Royal Majestic Appreciation Gala Night di Tenera Hotel, Bangi, baru-baru ini.
Dalam majlis yang meraikan stokis dan ejen jualan Wawa Cosmetics itu, turut dilancarkan siri mandian baharu yang terdiri daripada gel mandian dan scrub pencerah. Produk terbabit dikeluarkan dalam dua varian iaitu Japanese Rose dan Cherry Blossom.
Terdahulu, Aeril menerusi media sosial mendedahkan dirinya dijangkiti Covid-19 sebanyak dua kali iaitu pada Januari dan Ogos lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah buat pelakon, Fasha Sandha yang sudah mengesahkan dirinya hamil. Bagaimanapun, bintang ini tidak akan berkongsi usia kandungannya.
Berikutan hal itu, pemilik nama lengkap Nur Fasha Sandha Hassan ini menjelaskan, pengalaman keguguran pada Jun lalu membuatkan dirinya masih fobia.
“Maaf, sama seperti dulu, saya masih tidak mahu komen mengenai usia kehamilan saya. Minta peminat doakan yang baik-baik.
“Pengalaman beberapa kali pernah keguguran dulu membuatkan saya kurang bercakap mengenai perkara ini. Saya masih fobia atas pengalaman lalu.
“Apa pun, terima kasih kerana ramai yang mendoakan saya dan suami cepat dikurniakan anak,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.
Justeru, ibu kepada dua cahaya mata itu juga sedang berehat daripada terbabit dalam mana-mana penggambaran naskhah drama.
“Saya sedang berehat seketika daripada berlakon dan hanya fokus dalam komitmen untuk promosi drama dan sebagai duta,” katanya lagi.
Terdahulu, aktres berusia 35 tahun itu ada berkongsi berita kehamilannya pada Mei, sejurus mendirikan rumah tangga dengan aktor, Aidil Aziz Mac lalu.
Namun, Fasha dilaporkan mengalami keguguran beberapa minggu selepas pengumuman tersebut dibuat.
Sekali lagi, Fasha dikhabarkan hamil November lalu. Bagaimanapun, tetap dengan pendirian untuk tidak berkongsi lebih, sebaliknya meminta peminat untuk mendoakan yang baik-baik.
Menerusi perkahwinan pertamanya, Fasha dikurniakan dua anak, Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 5, menerusi perkahwinan terdahulu.
Sumber/Foto: Harian Metro, Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Industri hiburan Korea Selatan kehilangan seorang lagi bintang berbakat apabila pelakon Kang Myung-joo disahkan meninggal dunia pada 27 Februari 2025.
Pelakon berusia 54 tahun ini yang pernah membintangi drama popular Extraordinary Attorney Woo dilaporkan menghembuskan nafas terakhir setelah bertarung dengan penyakit kanser.
Karier hebat
Kang Myung Joo bukanlah nama asing dalam dunia lakonan, khususnya dalam teater dan drama bersiri Korea. Sejak memulakan kariernya pada tahun 1992 dengan kumpulan teater eksperimental ‘Kooni, Nara’, beliau telah terlibat dalam pelbagai pementasan teater seperti Hamlet, Circle of Life, Humans or Gods, dan Coriolanus.
Penampilan Kang Myung-joo dalam Extraordinary Attorney Woo
Bakatnya yang luar biasa turut membuka peluang untuknya membintangi pelbagai drama bersiri seperti Shooting Stars, Dr. Romantic, See You In My 19th Life, A Time Called You, Doona! dan Castaway Diva.
Wataknya sebagai seorang hakim dalam Extraordinary Attorney Woo telah meninggalkan impak yang mendalam di hati penonton. Keunikan dan ketelitiannya dalam membawa watak menjadikan setiap lakonannya hidup dan penuh dengan emosi.
Pemergian yang ditangisi
Majlis pengebumian Kang Myung-joo telah diadakan di Hospital St. Mary, Seoul, dan beliau telah dikebumikan pada 2 Mac 2025. Kehilangan ini bukan sahaja dirasai oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat, malah peminatnya di seluruh dunia.
Suami beliau, pelakon Park Yun Hee, serta dua anak mereka, turut hadir memberikan penghormatan terakhir.
Anak perempuannya yang juga seorang pelakon, Park Se Young, meluahkan kesedihannya melalui media sosial dengan kata-kata yang penuh emosi.
“Ibu saya meninggalkan kami semalam. Kami akan sentiasa mengenang pentas yang beliau cintai dan detik-detik beliau bersinar dalam dunia seni,” ujarnya.
Para peminat dan rakan selebriti turut membanjiri media sosial dengan ucapan takziah dan penghormatan kepada mendiang, mengenang jasa serta sumbangannya kepada industri seni Korea Selatan.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.