Dalam ramai selebriti tempatan yang mengikat tali perkahwinan bersama pasangan masing-masing, namun ada di kalangan bintang kita ikatan cinta yang akhirnya terputus di pertengahan jalan.
Selepas Jue Aziz dan terbaru penyanyi yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia 8, Daus Eli yang mengakui sudah bercerai dengan isterinya, terkini pelakon Sharifah Sofia turut mendedahkan hal sama.
Memetik laporan Astro Gempak menerusi HLive!, pelakon berdarah kacukan itu sudah pun berpisah, dan kini memegabg status ibu tunggal.
Bagaimanapun, Sofia yang pernah beraksi menerusi filem Pisau Cukur tidak pula mendedahkan tarikh perpisahan mereka tetapi semuanya berlangsung dengan baik.
“Saya baru sahaja melepasi episod perceraian bersama suami. Keputusan untuk berpisah bukanlah sesuatu yang mudah.
“Saya mengambil masa dua tahun untuk berfikir mengenainya. Saya mengambil keputusan untuk berpisah dan berbincang dengan bekas suami.
“Ia merupakan perpisahan yang baik dan kami masih berhubung sehingga ke hari ini sebagai kawan baik.
“Kami mengambil keputusan untuk menjaga anak-anak secara bergilir-gilir. Alhamdulillah, saya gembira dengan keadaan sekarang,” kata Sofia.
Sofia atau nama sebenarnya, Sharifah Sofia Syed Hussein yang dilahirkan di England, berkahwin dengan Syed Ismail Syed Ibrahim Al-Ali pada 18 Oktober 2009.
Hasil perkongisan hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Sharifah Ariana dan Sharifah Ameera.
Foto: Instagram Sharifag Sofia
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI