Pelakon Zul Ariffin mendedahkan dirinya bakal mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya yang masih dirahsiakan tahun hadapan.
Sudah melalui pelbagai perkara dalam kehidupannya, aktor bertubuh saaa ini juga kini lebih senang untuk bercinta selepas bernikah selepas ini.
“Harapnya saya dapat kongsikan kepada anda semua yang saya bakal berkahwin pada tahun hadapan. Umur saya semakin meningkat dan saya semakin matang, saya hanya mahu membuatkan sesuatu hubungan itu halal dan terus berkahwin, itu sahaja.
“Bercinta selepas bernikah, itulah yang sepatutnya terjadi. Saya percaya mengenai perkara itu. Saya dah melalui banyak perkara dan beberapa hubungan.
“Saya tak menyesal, tiada apa yang mahu disesalkan. Saya gembira.
“Pengalaman yang lalu membentuk saya. Saya hanya mahu berkahwin sahaja. Saya mahu jadi terbaik, mahu berkahwin, harapnya tahun hadapan,” katanya kepada MH.
Ads
Ditanya mengenai persiapan kahwinnya pula, Zul mengakui semuanya sudah pun dilakukanz
“Perancangan ke arah itu sudah melebihi 70 peratus. Jika ada berita baik yang mahu saya cerita, pastinya saya akan kongsikan.,” katanya.
Enggan mendedahkan identiti individu bertuah itu, Zul hanya memberitahu yang bakal isterinya merupakan seorang wanita bukan muslim yang sedang dalam proses mempelajari agama Islam.
Ads
“Saya tak nak menukar agama seseorang itu hanya kerana ingin bersama semata-mata atau hanya disebabkan perkahwinan, itu adalah perkara yang tidak baik. Biarlah dia mengambil masa untuk mengenali agama Islam,” katanya lagi.
Zul ditemui di majlis tayangan perdana filem Sangkar di e@Curve, Damansara malam tadi.
Dalam pada itu, Zul berharap agar filem ini dapat sambutan yang menggalakkan.
Ads
“Rasa berdebar menanti sambutan peminat itu ada kerana sebelum ini filem yang saya bintangi sering mendapat respon positif.
“Saya berharap lakonan yang saya persembahkan dalam Sangkar dapat mempengaruhi orang ramai untuk bertandang ke pawagam,” katanya lagi.
Filem arahan Kabir Bhatia itu turut menampilkan Remy Ishak, Mira Filzah, Nik Adam Mika, Ray Era, Fadlan Hazim, Niezam Zaidi dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan filem Sangkar bakal muncul di pawagam pada 29 Ogos ini di seluruh Malaysia.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan pelakon, Miley Cyrus dan Liam Hemsworth akhirnya sah menjadi suami isteri dalam satu majlis tertutup pada Ahad lalu.
Khabar angin mengenai perkahwinan mereka itu sudah tersebar di laman media sosial namun pasangan itu hanya mengesahkan perkara itu di laman Instagram mereka, hari ini.
Menerusi beberapa foto yang dikongsi, kelihatan kedua-dua mereka sangat bahagia sekali.
“10 years later,” tulis Miley di ruangan kapsyen
Di ruangan komen, ramai yang menarik nafas lega apabila akhirnya mereka berdua berkahwin.
Pasangan itu bertemu pada tahun 2008 semasa berlakon sama dalam filem The Last Song dan jatuh cinta seterusnya membawa kepada pertunangan.
Sama seperti pasangan lain, mereka juga ada dilanda badai menyebabkan kedua-duanya mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 2013.
Miley kemudiannya bercinta dengan anak Arnold Schwarzenegger iaitu Patrick namun hubungan itu tidak begitu direstui kedua ibu bapa Patrick.
Pada tahun 2015, Patrick dilihat curang terhadap Miley seterusnya membawa kepada perpisahan dan Miley dilihat kembali rapat dengan Liam.
Pada tahun 2016, Liam sekali lagi melamar Miley dan penyanyi lagu We Can’t Stop itu berkata ya dan seterusnya membawa kepada perkahwinan mereka.
Tahniah kepada pasangan ini!
Foto/Instagram: Miley Cyrus
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Zarina Zainuddin menzahirkan rasa syukur selepas anaknya, Muhammad Adam Azrai Abu Raihan meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
Menurut Zarina, anaknya itu memperoleh gred A dalam enam mata pelajaran dan dua ‘B’.
“Allhamdulillah Adam dah dapat keputusan SPM dapat 6 A dan 2 B +. Syukur. Sebagai seorang ibu itu pun saya bersyukur sangat,” tulisnya.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Rajuk Karina itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Katanya lagi, sebagai ibu bapa, dia akan memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan yang terbaik.
“Ibu tak pandai biarlah anak pandai semua. Ibu bapa pun mengharapkan anak berjaya. Saya doakan anak-anak kita semua berjaya. Amin,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut meluahkan rasa bangga selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Adam.
“Tahniah, hebat. Tahniah juga buat Kak Zarina.
“Semoga Kak Ina sentiasa cemerlang.
“Tahniah ibu dan anak. Semoga terus cemerlang.
“Pandainya anak ibu. Tahniah Adam dan ini,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, memetik laporan Berita Harian, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 mencatatkan pencapaian lebih baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.60, berbanding 4.74 pada 2022.
Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan, berkata seramai 11,713 calon memperoleh keputusan cemerlang, iaitu Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran pada 2023, dibandingkan dengan 10,109 calon pada 2022, sekali gus mencatatkan peningkatan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Zarina Zainuddin & Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meski mendapat saingan hebat daripada beberapa drama lain, drama Suamiku Lelaki Pendosa nyata unggul selepas dinobatkan selaku Drama Terbaik di Tontonan Anugerah Drama Sangat 2022 (TADS2022).
Selain Anugerah Drama Terbaik, karya arahan Eyra Rahman ini turut menggondol tiga kategori lain iaitu Pelakon Antagonis Terbaik (Gambit Saifullah), Pelakon Lelaki Terbaik (Aaron Aziz) dan Pengarah Terbaik.
Drama sensasi, Melur Untuk Firdaus mengekori rapat apabila berjaya membawa pulang tiga anugerah
Masing-masing menerusi kategori Drama Adaptasi Novel Terbaik, Pasangan Drama Terbaik (Meerqeen & Anna Jobling) dan Pelakon Wanita Popular (Anna Jobling).
Pelakon, Ummie Nazeera seakan menepati ramalan selepas meraih Anugerah Pelakon Wanita Terbaik.
Jelas Ummie, dia sangat bersyukur kerana akhirnya dia dapat memenangi anugerah pertamanya semenjak 16 tahun berkecimpung di dalam dunia seni.
Pelakon, Redza Rosli mencipta kejutan selepas diumumkan selaku pemenang Anugerah Pelakon Lelaki popular.
Redza mengetepikan beberapa pencabar lain seperti Adam Lee, Meerqeen dan Syukri Yahya.
Berikut adalah senarai penuh para pemenang TADS2022
1. Penulis Skrip Terbaik- Wan Mahani Wan Hassan & Maizura Mohd Ederis (Ayahanda)
2. Anugerah BBNU Tonton- Aniq Suhair (Tahyul)
3. OST Terbaik- Nafaz Cinta (Khai Bahar & Aina Abdul) – Kekasih Hati Mr. Bodyguard
4. Drama Terbaik 8TV- My Dream My Wish
5. Oppa pilihan Tonton- Cha Eun-Woo
6. Drama Popular- Bisik-Bisik Gelora
TADS2022 telah berlangsung dengan gilang gemilang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.
Majlis anugerah ini juga turut menampilkan gandingan dua pupu, Sheery Alhadad dan Sharifah Shahirah selaku hos.
Program terbitan TV3 ini turut diserikan lagi dengan persembahan-persembahan daripada Hael Husaini, Misha Omar dan Liza Hanim.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon Eyka Farhana yang selamat mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya yang juga pemain bola sepak Kebangsaan, Akhyar Rashid.Berita gembira itu dimaklumkan...