Penyampai radio dan penyanyi, Haiza ada memuat naik sekeping gambar bersama dengan Allahyarhamah Mya Ruslee yang telah genap setahun kembali ke rahmatullah.
Menerusi entri berkenaan, penyanyi lagu Dag Dig Dug ini meluahkan rasa rindu dengan penyanyi yang sinonim dengan lagu Matahari itu.
“Genap setahun pemergian Kak Mya..Banyak sahabat yang keluar dan masuk dalam hidup kita,tetapi hanya sahabat sejati yang meninggalkan jejak dalam hati.
“Miz u kak Alfatihah buat kakak 18 Mac 2020 #myamatahari #meyanalizaruslee,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat turut meluahkan rasa rindu terhadap arwah Mya yang sentiasa diingati selalu oleh peminat.
Imbas kembali, arwah Mya atau nama sebenarnya Myanaliza Rusli telah meninggal dunia selepas menjalani rawatan penyakit kanser di China, pada 18 Mac tahun lalu.
Allahyarham sebelum ini sinonim menerusi nama komersial, Maya Matahari.
Foto: Instagram Haiza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Dah Tak Suka…,” – Soal Anak Muda Abaikan Akademik, Datuk Rosyam Nor Perjelas Video Bersama Usahawan ‘Kembar 7G’
Sebelum ini, nama pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor pernah hangat diperkatakan gara-gara memuat naik sebuah video bersama pasangan kembar, Ieka Tajudin dan Iera Tahudin di laman Youtube.
Difahamkan, pasangan kembar tersebut kini telah pun berjaya bergelar usahawan meskipun keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka gagal hampir ke semua subjek.
Video berkenaan nyata menimbulkan rasa kurang senang di hati segelintir pihak yang mendakwa Rosyam seperti mahu menggalakkan golongan muda untuk tidak mengutamakan mengenai soal akademik.
Mengulas mengani isu tersebut, Rosyam sebaliknya menjelaskan Allah telah menetapkan rezeki buat setiap individu dan sebagai orang yang lebih berpengalaman, dia berasa terpanggil untuk memberikan nasihat.
“Kejayaan dan rezeki seseorang tu kita tak pernah tahu. Kalau dia dah tak berminat ke arah itu, saya sebagai yang lebih tua harus memberikan motivasi pada dia.
“Dia tak suka pada akademik tapi suka pada perniagaan,” katanya kepada MH.
Tambah Rosyam yang genap 53 tahun usianya hari ini, jika seseorang itu sudah pun menetapkan matlamat hidup mereka, biarlah mereka kejar apa yang mereka impikan
“Kita yang dah ada pengalaman ni, kita bagi nasihat dekat dia. Pada dia mungkin akademik tak penting tapi bagi orang lain penting.
“Jadi, dia dah tak suka, biarlah dia teruskan dengan perniagaan. Saya juga membantu dia untuk mempromosikan perniagaan dia. Itu je niat dia,” jelasnya lagi.
Pelakon filem Misteri Delilah ini berkata sedemikian sewaktu ditemui selepas berakhirnya sesi pengambaran program MHthrowback pada Isnin.
Dalam pada itu, Rosyam turut menegaskan dia sebenarnya enggan mengambil peduli mengenai mereka yang mengecam kerana menganggap semua orang berhak untuk meluahkan pandangan masing-masing.
“Semua orang boleh kecam. Tapi pada saya tak perlulah kecam-kecam ni sebab rezeki masing-masing kita tak tahu macam mana. Cuba saya interview orang yang kecam tu, mesti pun dia suka juga.
“Saya sebenarnya melihat kepada ‘padang’ yang saya pergi. Kalau ia jenis macam ni, saya akan bermain dan mengikut rentak dia. Kalau ke tempat lain, mungkin situasinya berbeza,” akhirinya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tabung Kecemasan Ditutup Isnin Ini, Nad Zainal Masih Di ICU
Pelakon Ungku Aziz sekali lagi berkongsi perkembangan Nad Zainal, setakat Jumaat.
Ungku Ismail memaklumkan, aktres berkenaan masih lagi mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan berada dalam pemantauan doktor.
“Assalamu’alaikum semua. Perkembangan tentang Nad Zainal kini, dia masih di ICU, masih recovering. Alhamdulillah.
“Ramai yang kenal semangat Nad yang kuat, moga bersama sama dia kuat dan terus mendoakan dia.
“Jangan lupa untuk sentiasa titipkan do’a do’a agar dia kembali sembuh dengan paru paru yang sihat sedia kala.
“Moga Allah Lenyapkan segala penyakit dan kesakitan yang ada pada dia. Moga paru parunya baik pulih dari segala akibat penyakit itu,” jelasnya.
Dia berkongsikan mengenai perkara tersebut menerusi satu hantaran yang dikongsikan di Insta Stories.
Dalam pada itu, Ungku Ismail turut berterima kasih atas sumbangan yang telah dihulurkan ramai menerusi Tabung Kecemasan Nad Zainal.
“Juga, terima kasih kepada semua yang telah menyumbang untuk rawatan medik dan post care Nad Zainal.
“Sebahagian sudah pun disalurkan kepada pembayaran sementara menanti jumlah selanjutnya.
TaqobbalAllahu Minna wa Minkum.
“Tabung Kecemasan ini akan ditutup pada hari Isnin ini. Moga Allah Ampunkan dosa kamu semua, dan DiKurniakan Rizq melimpah ruah, dan DiQabulkan Dilstijabkan hajat hajat tuan/puan.
“Allahumma Aamiin. Allahu Yashfihaa, Allahu Yashfihaa, Allahu Yashfiihaa,” tulisnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rancang Tunai Umrah Lagi 2 Minggu, Bella Astillah Gembira Syukur – “Rezeki Anak-Anak… Aliff Tak Pernah Cakap Perlu Menang.”
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah gembira syukur apabila suaminya, Aliff Aziz diumumkan sebagai juara Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), malam tadi sekaligus membawa pulang hadiah utama iaitu RM100,000 beserta trofi.
Menurut Bella, komitmen selama selama 10 minggu di GV8 akhirnya berbayar dengan rezeki dariNya, malam tadi.
“Sebagai isteri saya bersyukur Alhamdulillah, inilah dikatakan rezeki anak-anak. Terkejut tapi pada masa sama gembira sebab selama 10 minggu ini, kita stress dan semuanya terbayar. Tak terkata-kata.
“Aliff tak pernah cakap dia perlu menang. Saya bangga melihat Aliff seorang individu yang sangat positif. Dia selalu risaukan kawan-kawan dia… dia selalu tanya saya kalau ada kawan-kawan tengah sakit walau dah ready nak perform.
“Kita tak pernah jangka untuk menang, Aliff cuma nak buat yang terbaik sebab orang ramai tahu dia cuma boleh nyanyi lagu Sayang Sayang saja, padahal banyak lagi boleh explore.
“Keluarga Aliff pun sangat menyokong, ibu dan adik-beradiknya selalu berhubung beri semangat dan tak pernah beri tekanan untuk mesti menang. Kata mereka, menang atau kalah tak kisah mereka akan terus sokong dan doakan Aliff, kalau perform mesti ikhlas,” katanya.
Mengulas mengenai kemenangan Aliff juga, Bella berpendapat rezeki yang diraih adalah atas sokongan semua selain usaha dan perubahan ikhlas Aliff sendiri.
“Ini membuka mata saya sebab saya nampak perubahan Aliff yang cukup ketara. Dia buat daripada hati dia. Bila dia pilih untuk belajar agama, saya tak larang tapi sebenarnya saya pula yang segan dengan Aliff.
“Sebab itu saya minta dia doakan saya juga, kadang-kadang kita tak sempurna tapi saya nampak Aliff dia cuba yang terbaik. Dia sedang perbetulkan diri dia. Saya pun pastinya turut sama cuba perlahan-lahan berubah.
“InsyaAllah… Dia buat kebaikan, yang datang pun baik-baik. Rezeki dapat job dan kemenangan besar malam ini, semua datang daripada diri dia juga. Ini usaha Aliff dan doa dari ibu dia,” katanya lagi.
Sementara itu, Bella memaklumkan dia bakal berangkat ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah umrah pada 9 Februari nanti.
“Kita dah ada tiket penerbangan, kalau ada rezeki dijemput mungkin kita akan berangkat ke Tanah Suci pada 9 Februari ini. Tapi sekarang menunggu lagi apa status daripada pihak yang berkenaan.
“Rancang nak sambut birthday Aliff di sana (Makkah) pada 16 Februari nanti. Ini merupakan umrah pertama Aliff, begitu juga saya,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI