Penyampai radio dan penyanyi, Haiza ada memuat naik sekeping gambar bersama dengan Allahyarhamah Mya Ruslee yang telah genap setahun kembali ke rahmatullah.
Menerusi entri berkenaan, penyanyi lagu Dag Dig Dug ini meluahkan rasa rindu dengan penyanyi yang sinonim dengan lagu Matahari itu.
“Genap setahun pemergian Kak Mya..Banyak sahabat yang keluar dan masuk dalam hidup kita,tetapi hanya sahabat sejati yang meninggalkan jejak dalam hati.
“Miz u kak Alfatihah buat kakak 18 Mac 2020 #myamatahari #meyanalizaruslee,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat turut meluahkan rasa rindu terhadap arwah Mya yang sentiasa diingati selalu oleh peminat.
Imbas kembali, arwah Mya atau nama sebenarnya Myanaliza Rusli telah meninggal dunia selepas menjalani rawatan penyakit kanser di China, pada 18 Mac tahun lalu.
Allahyarham sebelum ini sinonim menerusi nama komersial, Maya Matahari.
Foto: Instagram Haiza