Nama Mimi Lana hangat diperkatakan apabila dirinya mengesahkan hubungan cinta yang terjalin bersama pelakon popular, Syafiq Kyle sudah berakhir sejak sebulan lalu.
Mulai terlibat dalam dunia seni kira-kira lima tahun lalu, jom ikuti beberapa trivia menarik mengenai pemilik nama lengkap, Mimi Rozaiana Zainal Abidin ini.
Selain Sekali Aku Jatuh Cinta, Mimi dan Syafiq Kyle pernah digandingkan bersama menerusi sebuah filem seram, Pusaka mendukung watak sebagai adik-beradik kembar.
Bintang berusia 25 tahun ini dilahirkan pada 21 November 1995 di Taiping Perak.
Ads
Mimi boleh dikategorikan sebagai artis wanita yang tinggi kerana mempunyai ketinggian kira-kira 5 kaki 10 inci.
Mungkin ramai yang tidak tahu, Mimi pernah mencuba nasib dalam Pencarian Dewi Remaja 2014/2015 sezaman Raysha Rizrose, Mawar Rashid, Puteri Aishah dan ramai lagi. Bagaimanapun, penyertaannya kandas di pertengahan jalan.
Ads
Kali pertama muncul di kaca televisyen mendukung watak utama menerusi siri Sein & Luna yang ditayangkan di TV3 pada tahun 2016.
Ads
Antara drama lain yang telah meningkatkan populariti dirinya seperti Halalkan Hati Yang Ku Curi, Mawar Murni, Cinta Koko Coklat, Dian, Cari Aku Di Syurga dan banyak lagi.
Foto: Instagram Mimi Lana, carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Puteri Aishah berkongsi khabar duka selepas memaklumkan bapanya, Sulaiman Hj Ab Rahmah telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 8.35 malam tadi.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh Puteri Aishah menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram stories.
“Assalamualaikum semua. Pada sesiapa yang mengenali ayah saya, Sulaiman Hj Ab Rahman, ayah saya baru sahaja meninggal dunia jam 8.35 malam tadi,” tulisnya
Pada masa sama, pelakon drama Cina Buta ini turut memohon jasa baik semua pihak untuk mendoakan semoga bapanya itu ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
“Mohon sedekahkan Al-Fatihah dan Yassin untuk ayah. Semoga ayah saya ditempatkan dikalangan orang beriman,” kongsinya lagi.
Menerusi hantaran yang sama, Puteri Aishah turut berkongsi fotonya bersama arwah bapa.
Berita sedih itu turut dikongsikan oleh pengurusnya, Iman Tang dan rakan artis, Azira Shafinaz di Instagram stories.
Apapun, kami di MH ingin menitipkan salah takziah dan kami doakan semoga Puteri Aishah serta keluarga diberikan kekuatan bagi menempuh detik sukar ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Puteri Aishah & Iman Tang
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Didie Alias mengakui dirinya kini agak selektif terutamanya dalam hal pemilihan naskah sebelum menerima sebarang tawaran.
Jelas Didie, pada ketika ini, dia lebih selesa untuk memilih watak yang mampu memberikan impak buat penonton dan bukan hanya sekadar bahan tarikan untuk sesebuah drama.
“Saya memang seorang yang memilih sebab kadang-kadang kalau kita terima tawaran untuk watak yang kosong atau tiada impak, rasa macam rugi pula.
“Rugi buat orang menanti-nantikan kemunculan kita. Ia seolah-olah mereka menjual nama kita hanya untuk tarikan padahal watak tersebut sangat tidak berbaloi untuk saya terima.
“Sebagai contoh, ada pihak yang menawarkan saya untuk drama lapan episod dan penggambarannya pula memakan masa selama 15 hari.
“Tapi dalam satu episod saya hanya keluar satu babak sahaja. Ia sesuatu yang sangat merugikan,” katanya kepada MH.
Ibu kepada lima orang anak ini turut menambah, dia juga tidak mahu masa yang telah diluangkan untuk membuat persediaan dibazirkan begitu sahaja dek kerana peranannya yang begitu kecil.
“Sebagai seorang penerbit, bila anda dah dapat Didie Alias kenapa pula nak bagi saya hanya babak yang pendek sahaja?
“Saya berasa agak rugi di situ sebab saya perlu masa untuk buat persediaan. Apa watak yang sempat saya nak kembangkan kalau hanya satu babak sahaja?
“Saya masih mampu untuk melakonkan apa sahaja watak. Kalau boleh, berilah saya watak yang mampu memberi impak kepada drama tersebut,” ujarnya lagi.
Didie berkata sedemikian ketika di set penggambaran program MH Throwback, baru-baru ini.
Ditanya mengenai sikap para pendatang baru, Didie merasakan ada segelintir daripada mereka hanya sekadar ingin menjadikan platfrom tersebut sebagai batu loncatan untuk membina jenama sendiri.
“Kebanyakan daripada mereka ada yang benar-benar nak masuk kedalam dunia industri sebagai mereka punya periuk nasi.
“Malah, ada juga yang datang untuk seketika sahaja. Mereka ambil peluang itu dan bila dah bina nama serta impak, mereka tinggalkan sahaja industri ni dan buat pekerjaan lain. Mereka hanya masuk untuk personal branding sahaja.
“Bagi saya, kepada pendatang baru yang ingin memasuki dunia seni, kalau nak duduk lama dalam industri, buatlah kerja anda dengan jujur dan ikhlas.
“Kalau hanya jadikan peluang ini sebagai batu loncatan, baik tak payah. Jangan busukkan nama industri kami. Kami bertahan ni pun bukan atas sebab perkara-perkara yang tak bagus tapi disebabkan bakat.
“Kalau anda ada bakat, sila kekal lama dalam industri. Kami memang perlukan pelapis-pelapis seperti anda,” akhirinya.
Menjadi hos bersama menerusi program hiburan, MeleTop di samping Nabil Ahmad, penampilan pelakon, Mimi Lana menimbulkan rasa kurang senang di kalangan segelintir penonton.
Ini kerana, persalinan senteng paras lutut yang dikenakan pelakon Cari Aku Syurga itu dikatakan tidak bersesuaian.
Menerusi posting tersebut, ada di kalangan pengguna media sosial yang memberikan pandangan serta nasihat buat Mimi agar mengenakan persalinan yang lebih sopan selepas ini.
Malah, ada di antara reaksi yang diberikan mereka mendapat maklum balas positif daripada Mimi.
Bagaimanapun, ada juga di antara peminat yang memuji keyakinannya di dalam menjadi pengacara dalam program yang bersiaran secara langsung.
Bahkan, ada di antara mereka yang menyifatkan pelakon filem Pusaka ini turut berbakat dalam bidang pengacaraan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon berpengalaman, Nor Khiriah meluahkan rasa sebak dan gementar saat melakonkan babak di dalam liang lahad untuk drama Seribu Tahun, sebelum ini.
Menurut Khiriah, babak...