
Pelakon cantik, Raja Ilya, 33, mengesahkan dirinya sudah sah bergelar isteri kepada lelaki warga Australia dikenali sebagai TWG atau Trent, 37, pada 23 Disember lalu.
Kongsi Ilya, majlis pernikahan itu diadakan di kediaman saudara suaminya di Perth, Australia dan dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
“Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Majlis ini dilakukan secara tertutup dan dihadiri keluarga serta kenalan terapat sahaja.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan saya berharap kenalan dan peminat doakan jodoh kami kekal selamanya,” katanya.
Ilya turut menambah, beliau masih sibuk dengan jadual penggambaran drama Syurgaku Tak Sempurna 2 yang akan disambung di Perth bulan depan.
Katanya, jika ada rezeki beliau tidak menolak untuk mengatur sebuah majlis resepsi di Malaysia bergantung kepada kelapangan suaminya yang juga seorang ahli perniagaan.
Tahniah dari MH buat Ilya dan suami!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Aku Down Bila Dengar Perkataan Ini,” – Ada Yang Kata Kerjaya Seni Tiada Masa Depan, Tuju K-Clique Mahu Kisahnya Jadi Pengajaran

Penyanyi rap, Tuju mengakui dirinya pernah berasa kecewa apabila ada yang menganggap perjalanan kerjaya muziknya seperti tiada masa depan.
Bagaimanapun, Tuju yang juga merupakan anggota kumpulan K-Clique itu mendedahkan kata-kata tersebut tidak pernah melunturkan keazamannya sebaliknya menjadi pembakar semangat untuk dia terus mencipta nama di dalam industri seni tanah air.
“Muzik Tiada Masa Depan” tak boleh jadi kerjaya. Aku down, bila dengar perkataan ini keluar dari mulut orang, kepada yang di luar sana, yang melihat ini teruskan mengejar cita cita kamu ! Tiada yang tidak boleh. Lebihkan usaha doa kita peroleh,” tulisnya.
Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Tuju berharap agar kisahnya itu dapat menjadi ikutan dan teladan buat sesiapa sahaja yang ingin berjaya dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.
“Apa yang aku boleh buat, aku spark semua orang champ di landasan hidup mereka sendiri, jatuh sakit macam mana pun, kita boleh.
“Tiada masalah di dunia ni yang tidak boleh di selesaikan, kecuali? Mati – GNELLO K-CLIQUE @siddekjasni kata semangat dari sahabatku,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis meluahkan rasa bangga selain mendoakan semoga Tuju akan terus sukses pada masa depan.
Dalam perkembangan lain, Tuju ketika muncul dalam program MeleTOP pada 24 November lalu mengumumkan isterinya, Loca B sudah pun selamat melahirkan bayi mereka dan kini sedang menjalani tempoh berpantang.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mustahil Untuk Sempurna, Namun Tak Salah Mencuba Jadi Yang Terbaik! – Ernie Zakri Selar Siapa?

Isi Kandungan
ToggleLaman sosial hari ini dilihat sebagai sebuah platform yang digunakan untuk pelbagai fungsi juga kepentingan setiap individu.
Antara salah satu kelemahan yang wujud apabila menggunakan laman sosial ini apabila ia mudah menyebarkan fitnah, membina minda negatif serta membentuk peribadi seseorang itu menjadi individu yang mudah menilai orang lain, tanpa sebab asbab yang kukuh.
Mengulas lanjut mengenai isu ini, NONA secara eksklusif menemu bual penyanyi bersuara lunak, Ernie Zakri berkaitan isu tampil sempurna di laman sosial.
Sempurna Di Laman Sosial Perspektif Ernie Zakri
Maka, moleklah sekiranya jika kita menggunakan laman sosial seperti Instagram, Facebook, Twitter juga Tiktok untuk kebaikan diri sendiri dan memberi kebaikan kepada orang lain.
Berbicara soal laman sosial, ramai diantara kita yang ingin tampil sempurna sehinggalah memperjudikan diri mereka sendiri.
Oleh disebabkan taksub dengan pujian serta kata-kata positif dari pengguna laman sosial, ada yang sanggup berbelanja beratusan ribu ringgit sehingga berhutang hanya untuk tampil sempurna di laman sosial. Adakah ia berbaloi?
Penyanyi yang juga ibu kepada seorang cahaya mata perempuan, Nur Khawla Soleha menyatakan bahawa menjadi sempurna di laman sosial bukanlah perkara yang mudah.
“Manusia Tak Pernah Lari Lakukan Kesilapan!”- Ernie Zakri
Malah, dia menyifatkan sebagai seorang manusia, definisi kesempurnaan itu amat mustahil untuk dicapai, namun ia bukanlah alasan untuk tidak menjadi yang lebih baik dari semalam.
“Menjadi sempurna di laman sosial ini saya kira begitu am dari sudut pengertiannya. Namun, apa yang pasti, kita sebagai manusia biasa pastinya tidak akan pernah lari dari melakukan kesilapan.
“Oleh itu, kita haruslah berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam semua perkara, di semua tempat termasuklah di laman sosial.”
Tambahnya lagi, sebagai pengguna laman sosial yang bijak, kita disarankan untuk menyebarkan nilai-nilai positif supaya dapat membentuk sebuah komuniti yang harmoni dan bertanggungjawab.
“Berbaiklah dengan yang lain dan berilah komen dan kata-kata yang positif. Usah terlalu mudah untuk menghukum di laman sosial sehingga memberi kesan buruk kepada orang sekeliling.
“Elakkan dari menghujah kata-kata kesat, negatif, memaki-hamun juga mencaci. Kita tidak mungkin bisa menjadi sempurna, namun cubalah jadi yang lebih baik.
“Sesungguhnya, memberi kebaikan kepada orang lain merupakan sebuah amalan yang mulia dan harus dipraktikkan dalam kehidupan harian kita,” tegas Ernie mengenai isu ini.
Oleh itu, ayuh kita jadikan platform laman sosial sebagai sebuah tempat yang bisa menyebarkan nilai-nilai murni dan positif yang bukan menjauhkan kita semua, malah lebih mendekatkan diri kita sebagai hamba-Nya.
Semoga penulisan artikel ini memberi pengajaran kepada diri kita untuk sentiasa bijak menggunakan laman sosial pada hari ini!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber gambar: Instagram Ernie Zakri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Doa Sangat Mustajab 3.00 Pagi…Subuh,” – Datin Seri Umie Aida Berkongsi, Erma Fatima & Betty Rahmad Beri Reaksi

Beberapa hari lalu, pelakon versatil Datin Seri Umie Aida ada membuat luahan perasaan di laman Instagram selepas didakwa dikhianati sahabat baik sendiri.
Bagaimanapun, perkongsian tersebut dipadam selepas beberapa ketika ia dimuat naik.
Lalu, pelbagai spekulasi timbul sehingga nama seorang aktres disebut-sebut netizen, meski walaupun Umie tidak pernah menyatakan nama mana-mana pihak.
Sementara itu awal pagi tadi, bintang Dukun itu ada memuat naik pula entri di Instagram.
“Percaya pada kuasa Allah dan bersabar berdoa.. Allah pasti akan memberi jawapan . Doa sangat mustajab 3pagi – subuh… insha’allah segalanya dgn izinNYA,” tulis Umie di ruangan kapsyen.
Posting tersebut menarik perhatian para peminat. Malah kakak kepada aktres berkenaan, Erma Fatima turut meninggalkan komen berunsur nasihat.
Erma menerusi komen antara lain berpesan andai mahu hidup senang, lebih afdal untuk mencari rezeki hasil dari titik peluh sendiri supaya hidup lebih berkat dan rahmat.
Malah, adiknya Betty Rahmad turut meninggalkan komen.
“Alhamdulillah syukur. Doa orang teranaiya pasti dimakbulkan. Cepat Allah tolongmu. Ku bersyukur,” tulis Betty pula.
Foto: Instagram Umie Aida
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI