Sahkan Diri Sudah Bergelar Isteri, Raja Ilya Pohon Doa Peminat

Share

Pelakon cantik, Raja Ilya, 33, mengesahkan dirinya sudah sah bergelar isteri kepada lelaki warga Australia dikenali sebagai TWG atau Trent, 37, pada 23 Disember lalu.

Kongsi Ilya, majlis pernikahan itu diadakan di kediaman saudara suaminya di Perth, Australia dan dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

“Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Majlis ini dilakukan secara tertutup dan dihadiri keluarga serta kenalan terapat sahaja.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan saya berharap kenalan dan peminat doakan jodoh kami kekal selamanya,” katanya.

Ilya turut menambah, beliau masih sibuk dengan jadual penggambaran drama Syurgaku Tak Sempurna 2 yang akan disambung di Perth bulan depan.

Katanya, jika ada rezeki beliau tidak menolak untuk mengatur sebuah majlis resepsi di Malaysia bergantung kepada kelapangan suaminya yang juga seorang ahli perniagaan.

Tahniah dari MH buat Ilya dan suami!

Published by
Rafiq Mazlan