“Sahur Itu Tanda Wujud Ketaatan Kita Kepada Yang Maha Kuasa,” – Fedtri Yahya

Share

Pengacara Fedtri Yahya berkongsi kelebihan bangun sahur sewaktu menunaikan ibadah puasa.

Dia turut berkongsi hadis Rasulullah SAW yang bersabda bahawa dalam bersahur itu ada keberkatannya.

Dalam pada itu, dia turut berkongsi beberapa hadis dan kelebihan bersahur seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran dan hadis.

“Sahur Itu Tanda Wujud Ketaatan Kita Kepada Yang Maha Kuasa;

“Menurut Rasulullah SAW, sahur merupakan tanda ketaatan kita kepada Yang Maha Kuasa. Hal ini bahkan tertuang dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 187 yang memiliki erti:

“Makanlah dan minumlah kalian sampai tampak jelas bagi kalian benang putih dari benang hitam, iaitu fajar”

“Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Bersahurlah kamu, sesungguhnya dalam bersahur itu ada keberkatannya”. (Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

“Dalam riwayat yang lain: “Sahur itu ada keberkatan, maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun hanya seteguk air, kerana sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat ke atas orang-orang yang bersahur”. (Hadith Riwayat Ahmad & Ibnu Hibban),” kongsinya.

Terdahulu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehinga 12 Mei dan kerajaan juga tidak menolak kemungkinan ia akan disambung lagi selepas itu bergantung kepada situasi semasa Covid-19 di negara ini.

Muhyiddin turut menasihati agar Ramadan disambut secara sederhana dan solat sunat Terawih dilakukan di rumah bersama keluarga.

Foto : Instagram Fedtri Yahya

Published by
Noraini Abd Wahab