Selepas insiden  ditikam di kediamannya di Mumbai, Saif Ali Khan dan isterinya, Kareena Kapoor telah meletakkan beberapa syarat kepada paparazzi yang sentiasa mengekori gerak mereka.

Seperti yang dilaporkan oleh media tempatan India, pasukan perhubungan awam Kareena Kapoor telah mengadakan pertemuan dengan paparazzi pada Selasa lalu untuk menyampaikan hasrat yang dimahukan oleh pasangan Bollywood popular itu.

Menurut laporan itu, Saif dan Kareena mahu paparazzi tidak lagi merakam gambar dan video anak mereka, Taimur Ali Khan dan Jehangir (Jeh) Ali Khan di mana-mana sahaja.

Selain itu, paparazi juga diminta agar tidak lagi berkumpul di luar kediaman mereka.Walaupun begitu, pasangan tersebut tidak menghalang sekiranya paparazi mahu merakam mereka jika mereka menghadiri mana-mana acara rasmi.

Saif Ali Khan Dan Kareena Kapoor  Tidak Mahu Gambar Anak Dirakam, Adakan Pertemuan dengan Paparazi
Saif dan Kareena bersama dua anak mereka.

BACA JUGA: Saif Ali Khan Lalui 5 Jam Pembedahan, Serpihan Pisau Berdekatan Tulang Belakang Berjaya Dikeluarkan

Ads

BACA JUGA: Saif Ali Khan Cedera Ditikam, Kini Dalam Keadaan Stabil

Tindakan ini diambil ekoran kebimbangan terhadap keselamatan mereka sekeluarga.

Imbas kembali, Saif Ali Khan ditikam enam kali oleh penceroboh yang memasuki rumahnya pada 16 Januari untuk cubaan pecah rumah.

Ads

Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital dan menjalani beberapa siri pembedahan. Pelakon berusia 54 tahun itu dibenarkan keluar dari hospital pada 21 Januari lalu, kira-kira lima hari selepas dimasukkan ke hospital.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

Ads

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI