“Saja Nak Bagitahu Mulut Jangan Celupar Sangat, Kesian Kat Kami,” – Bakal Ajak Jasmin Hamid ‘Live’, Fauzi Nawawi Luah Rasa Sebagai Selebriti

Share

Tidak dinafikan, bukan satu perkara mudah untuk ditempuh oleh mereka yang terlibat aktif dalam seni.

Ini kerana, dalam perkembangan media sosial ketika ini, golongan selebriti dilihat sebagai antara individu yang sering menerima kritikan serta komen melampau sesetengah daripada netizen dan itulah yang diluahkan pelakon Fauzi Nawawi.

Suami kepada pelakon Lisdawati ini mahu berkongsi rasa mengenai situasi sedemikian.

Lalu menerusi perkongsian di akaun Instagram, Fauzi menasihati kepada orang ramai untuk menjaga pertuturan dan komen yang diberikan terhadap pengiat seni.

“Saja nak bagitahu mulut jangan celupar sangat kesian kat kami. Kami pun MANUSIA jugak. Dah macam-macam kami telan semata-mata nak hiburkan korang, bagilah kami sedikit ruang utk bebas bernafas” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon berusia 48 tahun ini memberitahu akan membincangkan perkara tersebut bersama rakan pelakon, Jasmin Hamid dan Hafeez Mikail menerusi ‘IG Live’ akaun Instagram rasmi Finas Malayia.

“Malam ini Saya Ajak rakan Saya @jasminhamidjh dan @thehafeezmikail untuk bersama korang pada 8.45 pm.

“Itu pun Kalau korang sudi la tak sudi takpa ramai lagi yang ada. Gurau guys see yaaa.. tonite @finasmalaysia @kkmm_gov,” tulisnya lagi.

Foto: Instagram Fauzi Nawawi

Published by
Nazar Rafiqhi