
Usahawan sensasi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat mendedahkan dokumen daripada Jabatan Insolvensi Malaysia bagi menjelaskan bahawa dia bukan individu berstatus muflis sebagaimana yang didakwa.
Menurut Sajat, dia tidak akan memaafkan sesiapa yang memfitnahnya muflis.
Perkara tersebut dikongsikan ahli perniagaan ini menerusi satu perkongsian di Instagram, pada Isnin.
“Berlambak orang fitnah kata Sajat dah bankruptcy bagai! Siap kata, Sajat dah bankruptcy uols! Korang hadamlah yang mengata aku bankruptcy tu! Tak kan aku ampun kan!
“Sebab dari mulut korang ke mulut, korang yang mendapat dosa! Giteww.. amin, walaupun I dah duduk negara luar, Nur Sajat all kinky, masih berstatus orang BERADA ADA hokey.
“Walaupun name tu, tak SESUAI dengan wajah i cantik ini, nasib kat sini AUSTRALIA, ID sajat female gitew!,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Sangka Tahun Lalu Jadi Lebaran Terakhir Kita,” – Datuk Prilly Latuconsina Meninggal Dunia

Pelakon popular Indonesia, Prilly Latuconsina berkongsi menerusi Instagramnya bahawa dia telah kehilangan datuk tercinta. Meninggal dalam bulan Ramadan, datuknya yang dikenali sebagai HM Sidik Latuconsina menghembuskan nafas terakhir di hospital setelah kesihatan merosot.
Paling mengharukan, menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram dan juga Instastory, jelas menunjukkan kedekatan pelakon cantik ini bersama datuknya yang dipanggil Opa itu. “Inspirasiku telah pulang ke rumah yang lebih baik. Opa terima kasih kerana mengajar aku banyak kebaikan. Saya akan menyayangimu selamanya dan merinduimu setiap hari,” luahnya.
Dalam beberapa hantaran di ruangan Instastory pula, Prilly ini turut menyatakan kesedihannya. Ujarnya, “Tak sangka tahun lalu jadi lebaran terakhir kita. Tidak aka nada lagi yang menyuruh menyanyi ketika lebaran. Taka da lagi yang akan menyuruh kita semua poco-poco. Tak ada lagi yang akan berguarau denganku soal hidup.”
Dia yang merupakan cucu pertama di dalam keluarga menjadi kebanggaan kepada datuknya dek pencapaian yang dimiliki. Bukan sekadar berjaya dalam dunia lakonan bahkan dia juga merupakan graduan terbaik di universiti.
Aktres yang popular menerusi siri filem Danur dan Ku Kira Kau Rumah ini menceritakan kenangan dia dan datuknya saat mahu menduduki peperiksaan subjek Undang-Undang Indonesia. Dia yang ketika itu merasakan subjek itu sukar telah meminta datuknya mengajar dengan lebih lanjut tentang isu di dalam subjek tersebut.
“Aku ke pejabat Opa dan ganggu waktu dia bekerja. Walaupun begitu, dia tetap mengajar sampai aku faham. Gara-gara belajar dengannya aku mendapai gred A. Opa adalah orang yang selalu bekerja keras. Setiap hari kerja malahan setelah pencen tetap membuat pejabatnya sendiri,” tulisnya panjang lebar.
Dia menambah lagi bahawa datuknya seorang yang sangat mengutamakan cucu. Kalau tidak boleh ke pejabat, datuknya pasti akan menaip panjang apa yang ingin diajarkan supaya cucunya faham akan isu yang dibincangkan.
BACA JUGA: Pelakon Kanak-Kanak Filem Danur Meninggal Dunia Pada Usia 12 Tahun
Tidak menyangka insan tersayang akan pergi, Prilly berkongsi saat sebelum kematian datuknya itu.
“Ini merupakan komunikasi terakhir kami, waktu itu aku berada di lokasi penggambaran dan berasa mahu membuat panggilan video kepada Opa. Dia berkongsi yang dia sudah sehat dan akan pulang sebentar lagi dan aku terus menjawab agar dia cepat pulang dan nanti aku akan ke rumahnya. Ternyata datuk benar-benar pulang,” kongsinya mengimbau saat terakhir mereka berkomunikasi.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Sumber & Kredit foto: Instagram Prilly Latuconsina
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Terpaksa Tinggalkan Rumah Di Klang Demi GV7, Ini Doa Si Isteri, Liza Hanim – #akusayanglakiaku

Penyanyi, Liza Hanim mengakui dirinya rasa agak berat hati untuk berjauhan dengan suami yang juga merupakan anggota kumpulan Indigo, Shahrin Samsudin buat sementara waktu.
Ini kerana menurut Liza, Shahrin terpaksa meninggalkan kediaman mereka di Klang, Selangor bagi memudahkan urusan sepanjang menyertai program Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7) memandangkan kawasan tersebut kini berada di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
View this post on InstagramA post shared by Liza Hanim (@lizahanim79) on
“Dia dah ready. Perjuangan @shahrinsamsudin Indigo di Gegar Vaganza kali ni berbeza dengan perjuangan saya.
“Kami terpaksa berpisah sekejap kerana Klang akan berada di bawah PKPB.
“Kerana komitmen @gegarvaganzaofficial, abang kena keluar kawasan,” tulisnya.
Meski tempoh penguatkuasaan berjalan selama dua minggu, namun ia dirasakan lama buat mereka yang sering bersama.
“Dua minggu memang tak lama, tapi cukup lama untuk saya dan abang yang memang ke hulu ke hilir bersama.
“Semoga abang sentiasa di dalam lindunganNya yang. #hatimenangissiapayangtahu #akusayanglakiaku #teriaksakan,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan Liza yang juga merupakan naib juara Gegar Vaganza musim ke-4 itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan kejayaan Shahrin bersama kumpulan Indigo sepanjang bertanding di GV7.
Terdahulu, program realiti GV7 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Musa bakal mula bersiaran pada Ahad ini jam 9.00 malam eksklusif di saluran Astro Ria 104/123 dan juga Astro On The Go.
Sumber: Instagram Liza Hanim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[VIDEO] “Nak Luruh Jantung Dengar…,” – Nazim Othman Jalani Ujian Saringan COVID-19 Dan Ini Keputusannya!

Pelakon tampan, Nazim Othman ada berkongsi satu potongan rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Bintang berusia 35 tahun ini dirakam telah melakukan ujian saringan Covid-19 secara pandu-lalu di sebuah hospital, baru-baru ini.
“Nak luruh jantung dengar perkataan DEMAM masa buat Ujian Covid-19.
“Klik link kat my bio untuk tengok apa jadi sepanjang proses ujian ni.
“I dah post kat youtube sebab panjang sangat.,” tulisnya.
Dalam pada itu, Nazim turut memaklumkan bahawa status dirinya negatif wabak berbahaya itu selepas mendapatkan keputusan daripada pihak hospital.
Selain itu, Nazim meluahkan rasa khuatir dan bimbang jika dirinya terkena penyakit tersebut yang kini menular seluruh dunia.
Video: Instagram Nazim Othm
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI