Gara-gara minat, usahawan kecantikan yang kini viral, Syarifah Nur Fakhirah Syed Muhsin atau Syarifah Khyra Muhsin menganjurkan majlis bertemakan Bollywood di bawah payung syarikatnya, Fellera Beauty Malaysia Sdn Bhd, pada Sabtu.
Sinonom dengan tagline ‘sekali sedut tak cari lain… suami makin sayang’, acara itu sekaligus mempromosikan suplemen atau makanan tambahan jeli Bellrossa Advances atau lebih dikenali sebagai #jellyajaibviral.
Kongsinya di Instagram, dia teruja kerana majlis yang dianjurkan itu seolah tak ubah seperti berada di Mumbai.
“Masa kecil selalu tengok Hindustan satu family hari Sabtu, selalu berangan nak menari kat dance floor. Semalam dah jadi macam berada di Mumbai, tetamu semua sporting. Alhamdulillah semua dipermudahkan.
“At first nervous giler sebab lama tak buat event besar macam ni. Tapi semua happy and tak puas sampai ke balik pun bahu duk goyang lagi. My team always high energy! Duk Goyang bahu saja bagi release stress kami ni kerja kuat non stop.
“Alhamdulillah semua happy. Happy bila tengok team happy. My team will always be my VVIP guest,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Malah kongsinya lagi, dia memang pasang impian untuk anjurkan majlis seupamanya.
“Khyra cakap kat team… “sy nak dance floor” sebab memang Khyra bayangkan nak buat dalam citer hindustan tu. Memang pengaruh drama. Kita kalau nak buat sesuatu kena bersungguh kan.
“Ni khyra tak practise pon. Just rehearsal nak tau arrangement je petang tu. Alhamdulillah menjadi jugak,” kongsinya lagi.
Turut hadir pada majlis sama ialah aktres Rozita Che Wan, Elfira Loy dan kumpulan Ruffedge yang membuat persembahan.
Sementara itu, ibu kepada tiga anak ini rupanya mula mengeluarkan produk penjagaan kulit sejak 10 tahun lalu dan kemudian beri fokus kepada suplemen Bellrossa Advances (#jellyajaibviral).
“Syukur jeli dikeluarkan menjadi suplemen wajib makan bagi mereka yang bergelar wanita. Ia bukan 100 peratus jamu. Sebaliknya kandungan jamu hanya 30 peratus penggunaannya. Selebihnya berasaskan vitamin dan esktrak buah.
“Malah saya juga menjadi antara pengeluar produk pertama yang mengeluarkan suplemen dalam bentuk jeli yang tidak pahit. Kita sasarkan 100,000 kotak jeli sebulan dan seterusnya 1 juta kotak dalam tempoh enam bulan.
“Produk ini dikeluarkan sejak 2019. Setahun sebelum itu, proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) dilakukan. Namun produk ini meledak tahun ini termasuk selepas menjadi pilihan artis seperti Neelofa, Rozita Che Wan dan Syatilla Melvin dan Elfira Loy,” katanya.
Kongsi Syarifah Khyra lagi, produk suplemen berkenaan mempunyai pelbagai manfaat dan faedah khusus buat wanita dari anak dara hingga usia emas.
Jenama ini turut mengeluarkan produk Jus Brightskin untuk wanita dan lelaki.
“Selain mengajak ramai menjadi pengedar dan berniaga, saya juga menganjurkan kelas mengajar teknik pemasaran mempraktikkan amalan Nabi Muhammad Rasulullah SAW.
“Ia termasuklah berkonsepkan pemasaran kerohanian dengan mengimbangi duniawi serta syurgawi. Selain berniaga, saya galakkan pengedar memperbetulkan diri ke arah kebaikan supaya rezeki lebih murah.
“Begitu juga saya terapkan doa berniaga dan amalan harian amalan bagaimana. Insya-Allah saya mahu terus sebarkan manfaat jeli dan jus ke seluruh dunia,” katanya yang kini mempunyai lebih 3200 pengedar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI