Semalam penyanyi senior, Nizam Laksamana, mendedahkan isterinya yang ketika ini sedang mengidap kanser payu dara telah pun memulakan rawatan kimoterapinya buat pertama kali di Hospital Kuala Lumpur.

Dikesempatan itu juga, Nizam turut berharap agar orang ramai dapat menitipkan doa semoga isterinya itu diberikan kekuatan serta sentiasa berfikiran positif demi melawan penyakit tersebut.

“Hari ini hari pertama untuk cycle pertama proses chemoterapy isteri saya untuk perubatan breast cancer(5 cycle to go). Mohon bantuan kawan-kawan semua. Bantuan berupa DOA.

“Sudilah doakan isteri saya diberi ketabahan, kekuatan seperti tabah dan kuatnya Johan Aziz melawan cancernya & berfikiran positif selama proses perubatan ini dijalankan.

“Semoga doa-doa kawan-kawan semua Allah angkat dan makbolkan, inshaAllah,” tulisnya.

Ads

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, Gugurnya Bunga Cinta itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Nizam turut berjanji akan sentiasa ada bersama isterinya itu walau dalam apa jua keadaan sekali pun.

Ads

Malah, Nizam yang juga merupakan bekas peserta program Gegar Vaganza musim ke-2 turut menyifatkan isterinya itu telah banyak berkorban bukan sahaja buat dirinya tetapi untuk anak-anak juga.

“InshaAllah..susah senang saya akan ada untuk awak. Saya akan cuba semampu saya untuk menjaga awak. Awak banyak bekorban untuk saya dan anak-anak.

Ads

“Gantikan sakit awak tu saya tanggung pun saya sanggup,” katanya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menzahirkan rasa simpati selain turut mendoakan semoga segala urusan melibatkan isteri Nizam sewaktu menjalani rawatan akan sentiasa dipermudahkan.

Terhadulu, Nizam dan isterinya, Salwati Zulkifli telah pun mendirikan rumah tangga pada sekitar tahun 1995 dan kini telah pun dikurniakan empat orang cahaya mata.

Sumber: Instagram Nizam Laksamana

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI