Pelakon Zarina Zainuddin ada berkongsi beberapa potong video bersama salah seorang anak kembarnya yang menghidap autism, Muhammad Razil Azrai atau Azil.
Zarina memuat naik beberapa video menerusi Instagram merakamkan Azil yang mengamuk secara tiba-tiba. Difahamkan, Azil mahu mahu mengikuti kembarnya, Muhammad Raizal Azrai atau Azal ke gimnasium.
“Sakit kena tanggung sendiri. Sakit bahu saya 3 kali kena hentak ..sabar la azil masa ibu ada ni ibu ikutkan jer lah esok oalau ibu dah takde..mudah mudahan azil pandai jaga diri,” tulisnya menerusi salah satu rakaman yang menyaksikan dirinya turut mengalirkan air mata.
“Dia nak ikut azal pegi gym ..dia berlari keluar kereta..saya kejar dia panggil dia masuk keta balik ngamuk nak ikut azal.
“Doktor ada bagi dia ubat tapi saya tak sanggup nak bagi dia ubat pagi2 kesian dia kesan ubat tu dia tak bermaya. Risiko anak autism bila besar tenaga dia kuat ..bila takde aktiviti dia jadi hyperaktif,” kongsi Zarina menerusi video terdahulu.
Zarina sebelum ini ada memuat naik sesi pertemuannya bersama doktor pakar di salah sebuah hospital di Subang Jaya.
Foto: Instagram Zarina Zainuddin