Pelakon, Reen Rahim tampil menjawab pertanyaan netizen di ruangan ‘Ask Me Question’ di Instagram stories yang mempersoalkan mengenai peranannya sebagai seorang isteri apabila tugas memasak diserahkan kepada suami.
Menurut Reen atau nama sebenarnya, Noreen Ashikin Abdul Rahim, orang luar boleh berkata apa sahaja namun, dia dan suami berhak untuk menentukan cara mereka berumah tangga.
“Sakit betul hati dia ye? Biarlah kalau aku function ke tak function ke? kacau bapa kau ke? Tak kan? Okaylah laki saya masak untuk saya daripada masak untuk isteri kau. Macam mana?,” katanya.
Ads
Bagaimanapun, pelakon drama, Keluarga Instafamous ini turut menjelaskan dia dan suami tetap bergilir-gilir menjalankan tugas memasak bergantung kepada mood dan keadaan semasa.
“Ikut mood juga. Kadang-kadang saya memang masak. Saya suka je masak untuk dia. Kalau sampai mood saya tak nak masak, jadi, dia yang masak.
“Kadang-kadang, mood dia yang memberontak nak masak atau nak sepahkan dapur, jadi dia masak sahaja.
Ads
“Kalau saya masak, saya tak akan makan sangat. Suami suka tengok saya makan. Saya ni pula seorang yang pemakan.
“Jadi, kalau saya dah penat memasak, saya jadi malas makan. Makan pun sikit sahaja. Kalau dia yang masak, saya memang akan makan banyak. Sebab itu dia suka masak,” ujarnya lagi.
Ads
Terdahulu, Reen dan suaminya yang juga merupakan ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 24 Disember lalu dalam majlis yang berlansung di Boraombak Marina, Putrajaya.
Mereka berkenalan sejak dua tahun yang lalu sebelum bertunang pada 12 Ogos 2022.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Reen Rahim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Ikmal Amry telah pun selamat bernikah dengan wanita pilihannya, Najla Shamsul, 22, di kediaman pengantin perempuan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, hari ini.
Ikmal, 26, atau nama sebenarnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali menyerahkan mas kahwin RM300, wang hantaran RM15,000 serta tujuh dulang hantaran.
Sementara pihak perempuan membalas dengan sembilang dulang.
Majlis akad nikah disempurnakan bapa pengantin perempuan, Shamsul Kamar yang turut dihadiri kedua belah keluarga dan rakan rapat.
Memetik Harian Metro, wakil pihak pengurusan Ikmal, Ben Ali ketika dihubungi berkata, Ikmal menitiskan air mata selepas sah bergelar suami.
“Alhamdulillah, majlis hari ini berjalan lancar. Majlis pagi ini hanya membabitkan keluarga kedua belah pihak dan rakan terdekat.
“Sebelum majlis bermula Ikmal ada cakap dia gementar. Selepas sah dinikahkan, saya tengok dia menangis.
“Ikmal jenis yang sangat relak dan tidak kelam kabut. Lima bulan sebelum nikah dia sudah siapkan semuanya dari segi keperluan dan apa yang perlu dibeli,” katanya.
Difahamkan, majlis persandingan pasangan itu akan diadakan di sebelah pihak Ikmal di Melaka, malam ini.
Terdahulu, Ikmal dan Najla yang juga personaliti media sosial selamat bertunang pada Mei lalu.
Foto/Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Haneesha Hanee dinobatkan sebagai Dewi Remaja edisi 2018/19, pada episod kemuncak yang disiarkan secara langsung saluran Astro Ria dan Ria HD, malam tadi.
Haneesya, gadis dari Kuala Lumpur ini sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 sumbangan Dewi Remaja serta trofi.
Tia Sara pula dijulang sebagai tempat kedua dan tempat ketiga dimenangi Sherin.
Tempat keempat disandang gadis berusia 18 tahun, Anna Jobling sementara tempat kelima dimiliki Rania.
Mahkota kemenangan disampaikan juara Dewi Remaja 20114/15, Raysha Rizrose.
“Saya tidak sangka, bersyukur kepada para juri profesional atas kepercayaan,” kata Haneesya ringkas sejurus dijulang sebagai Dewi Remaja terbaru.
Sembilan gadis telah dinobatkan sebagai Dewi Remaja sebelum ini, malah kehadiran mereka turut mewarnai dunia hiburan tempatan.
Dihoskan oleh Dewi Remaja 2005/06, Scha Alyahyaprogram akhir melantik Datuk Aznil dan Neelofa (Dewi Remaja 2009/10) sebagai juri yang dijemput khas sementara Datuk Hans Isaac pula sebagai juri tetap.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi laman Instagram TV3 Malaysia telah berkongsi beberapa keping gambar detik manis pernikahan pasangan sejoli Fasha Sandha dan Aidil Aziz.
“Tahniah @fashasandha dan @itsaidilaziz sah bergelar suami isteri. Semoga berbahagia hingga syurga. Amin Moment indah Majlis Pernikahan #aidilfasha diabadikan menggunakan #HuaweiP30Pro #RewriteTheRules”
Fasha telah menerima mas kahwin bernilai RM 300 ringgit daripada Aidil dan majlis pernikahan tersebut telah berlangsung di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Jalan Kangar, Padang Besar, Kangar, Perlis.
Di samping itu, Fasha telah menerima 7 dulang hantaran dan berbalas 5 dulang hantaran kepada Aidil.
“Hantaran untuk Pernikahan #aidilfasha. 5 berbalas 7. Cantiknyaaaaaa.”