Pempengaruh media sosial, Siti Jamumall menepis dakwaan netizen yang tergamak menuduh dirinya sengaja berpura-pura sakit demi secebis konten.
Menurut Siti, dia ditidurkan semasa menjalani pembedahan bagi mengenalpasti penyebab benjolan di leher, pada petang Jumaat.
Tegas Siti, 23, dia tidak tergamak menipu orang ramai hanya untuk mengejar populariti semata-mata.
“Benjolan itu dah beberapa bulan yang lepas. Tapi baru-baru ini, saya pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan sebab makin membesar.
“Saya dah buat segala prosedur tetapi masih belum dapat kesan. Itu yang kena jalani pembedahan untuk mengenal pasti sama ada tibi atau kanser limfoma.
“Nak kata saya buat ‘marketing’, memang tidak. Saya dah masuk hari ketiga di wad. Sakit bukan perkara yang boleh dibuat main.
“Kalau nak kata saya sengaja demi konten, memang tak sanggup. Takut berbalik dekat diri sendiri.
Ads
“Penyakit ini walau kita muda sekalipun kalau dah ditakdirkan jadi, memang jadi terus,” katanya ketika dihubungi.
Malah video dia memasuki dewan pembedahan turut dikongsikan usahawanita itu menerusi TikTok dan sehingga kini sudah menerima lebih 1.3 juta tontonan.
Tambah Siti, dia langsung tidak tersinggung dengan komen-komen kasar di TikTok.
“Saya influencer jadi apa saja berlaku dalam kehidupan akan viral dan ramai orang tahu.
“Saya baca komen-komen netizen. Dari mata saya, mereka ini baru mengenali saya. Kalau individu yang dah lama kenal, mesti tahu karakter saya macam mana.
Ads
“Nak terasa hati rasanya bagi saya tidak perlu. Sebab tak ramai pun yang mengutuk. Biasalah kehidupan, tak semua orang suka kita.
“Jangan pandang yang negatif. Kita ambil positif saja,” katanya lagi.
Meskipun sedang sakit, pemilik nama Siti Suriani Wahiddin tetap memikirkan keadaan abangnya yang juga orang kelainan upaya (OKU) serta anak-anak.
“Saya dari kecil memang jaga abang yang (OKU). Jadi bila saya ditahan di wad, rasa risau itu muncul memikirkan siapa yang akan menjaga mereka di rumah.
Ads
“Walaupun saya mampu saja untuk membayar orang lain untuk mengambil alih tetapi tetap tak sama.
“Dah terbiasa selalu nampak mereka di depan mata. Itu yang boleh timbul perasaan sebak,” kata Siti.
Dalam pada itu, pengasas produk ini memohon jasa baik orang ramai untuk mendoakan agar kesihatannya kembali pulih seperti biasa.
“Yang mana mengenali saya, harapnya mendoakan agar pembedahan berjalan dengan lancar. Insya-Allah. Semoga saya juga kembali sihat seperti sediakala,” katanya sebelum mengakhiri perbualan.
Terdahulu, Siti pernah viral sekitar Jun tahun 2021 apabila menyedari anaknya yang baru dilahirkan tertukar dengan bayi pasangan lain.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri telah mengadakan majlis peyerahan sumbangan zakat kepada asnaf dan fakir miskin di kawasan Kuang, dekat Sungai Buloh, pada Selasa, seawal jam 8.00 pagi.
Difahamkan, kira-kira 200 penerima sumbangan telah hadir bagi mengambil kerperluan harian dan wang tunai yg terdiri dari gologan asnaf dan fakir miskin.
Tidak ketingalan, sumbangan turut diagihkan kepada 22 pertubuhan badan kebajikan serta sekolah terpilih bertempat di Dpinang Laris dalam Sugeh Resort, milik Aliff Dyukri sendiri
Program yang dijalankan setiap tahun sejak lima tahun lalu ini turut dipermudahkan dengan kerjasama Zakat Selangor.
Aliff Syukri turut meluah rasa terharu dengan kehadiran insan memerlukan yang sekali gus memberi ruang buatnya untuk membantu golongan memerlukan agar dapat mengurangkan beban mereka dalam menyambut lebaran yang bakal tiba.
Pada masa sama, usahawan yang bakal melancarkan lagu rayanya tidak lama lagi ini juga turut berdoa agar misinya ini terus dapat direalisasikan pada tahun-tahun seterusnya.
Turut sama dalam program murni ini ialah isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid.
Terdahulu, Aliff menerusi Instagram sebelum ini turut sinonim dengan kerja-kerja amalnya meski ada yang memberi reaksi pesimis terhadap usahanya itu.
Foto: Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI dilaporkan cedera selepas terlibat kemalangan ketika berbasikal petang semalam.
Difahamkan, Azhar terjatuh ketika menjalankan aktiviti berbasikal di Kuala Terengganu sehingga menyebabkan tangan kiri dan hidungnya patah.
Perkara tersebut dikongsikan Azhar menerusi Facebook miliknya.
“Berikutan sedikit kemalangan yang menimpa Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus ketika melakukan kayuhan basikal petang tadi adalah dimaklumkan semua kuliah ditangguhkan sementara waktu sehingga diberitahu kelak.
“Beliau mengalami sedikit kecederaan dan memerlukan rehat untuk sementara waktu,” tulisnya.
Azhar kemudian dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk menerima rawatan lanjut.
Berikutan kemalangan itu, Azhar menangguhkan semua ceramah agama buat sementara waktu sehingga keadaan beliau pulih sepenuhnya.
Persembahan Nikki Palikat pada saingan konsert minggu kelima Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang bersiaran langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) telah berjaya meraih perhatian.
Nikki yang menyanyikan lagu berjudul Gelombang yang pernah dipopular oleh penyanyi Salamiah Hassan turut meletakkannya sebagai bintang yang meraih markah paling tinggi Ahad lalu.
Menurut Nikki, dia akui lagu tersebut disampaikan sebaik mungkin dan penuh penghayatan sambil memikirkan mangsa banjir, baru-baru ini.
Lalu, ibu kepada seorang cahaya mata ini berharap agar semua sama-sama dapat menitipkan doa dan menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir bagi yang berkemampuan.
“Hidupku seperti badai, tak henti gelora, musnahlah segala.”
“Tak sangka lagu Gelombang ni sangat kena dengan isu banjir yang melanda negara kita. Sambil menyanyi memang memikirkan mereka yang ditimpa bencana ini, terutamanya yang terdekat dengan Nikki sendiri.
“Sama-sama kita berdoa dan hulurkan bantuan. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan persembahan Nikki. Nikki sangat hargai,” tulisnya menerusi hantaran di akaun Instagram.
Penyampai radio, Fizie Roslan, meluahkan rasa terharu melihat pengorbanan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang yang bertungkus lumus memadam kebakaran hutan di...