“Sakit Hati Betul Bila Tengok,”- Babak Lumur Peanut Butter Dekat Cucu, Ramai Geram Dengan Lakonan Didie Alias

Share

Satu babak dalam drama rantaian berjudul Takdir Yang Tertulis yang dilakonkan oleh Didie Alias telah mendapat perhatian meluas penonton.

Babak tersebut memaparkan adegan Didie yang mendukung watak Che Salmah yang bertindak kejam memarahi cucunya, Mika oleh telah makan mentega kacang di dapur, tanpa meminta kebenaran.

Lalu, babak yang penuh emosi itu mendapat reaksi daripada penonton.

Meski sekadar sebuah lakonan, rata-rata penonton meluahkan rasa geram dan marah apabila melihat babak berkenaan.

“Sakit hati betul bila tengok scene cik salmah, aku tunggu je balasan dia nanti,” tulis salah seorang penonton

Drama Takdir Yang Tertulis dibintangi pelakon hebat seperti Nad Zainal, Nazim Othman, Elvina Mohamad dan ramai lagi, bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di slot Samarinda TV3.

Foto: Instagram Didie Alias

Published by
Nazar Rafiqhi