Meluahkan rasa risau apabila teman, Shalma Eliana yang kini sedang dirawat di hospital, penyanyi Ismail Izzani ada memuat naik sekeping foto dirinya di samping si dia.
Difahamkan menerusi Instagram gadis terbabit, dia mengalami patah kaki dan bakal disimen hari ini.
“Siapa yang sakit?? gws partner,” tulis penyanyi Bidadari ini.
Pelakon dan penyanyi terkenal, Ayda Jebat menerusi Insta Stories ada membuka ruang buat para peminatnya untuk bertanya apa sahaja berkenaan dengan hubungan cintanya bersama Nabil Mahir.
Dikongsi pada Rabu, bintang yang bakal muncul menerusi drama rantaian, Bukan Gadis Biasa di TV3 itu dilihat ada menjawab beberapa soalan terpilih.
Antaranya ialah;
“Get married please” – “InsyaAllah soon, very soon. Save the date.
“Apa yang Ayda minat dekat syuben (kekasih) Ayda?” – “Sweet, tak tinggal solat dan banyak lagi. Im lucky.”
Ayda turut ditanya mengenai perkenalan di antara mereka dan ini yang dijawab Ayda;
Terdahulu, Nabil menerusi Instagram ada memuat naik sekeping foto yang seolah-olah melamar penyanyi lagu Better Than You itu sempena hari lahir bintang berkenaan yang ke-28 pada 17 Mac lalu.
Malah, foto sama turut dikongsikan Ayda sekaligus disambut dengan ucapan tahniah dari peminat dan rakan selebriti.
Bekas personaliti televisyen terkenal, Datuk Ras Adiba Radzi menzahirkan rasa syukur selepas selamat menjalani pembedahan di bahagian bahunya, Sabtu lalu berjalan lancar.
Menurutnya, prosedur tersebut adalah pembedahan kedua selepas mengalami kecederaan lama ketika menolak kerusi roda jarak jauh dari Johor Bahru ke Putrajaya pada tahun 2003.
Pembedahan pertama telah dilakukan di bahu kanannya kira-kira dua tahun lalu.
“Syukur pembedahan menjahit semula ligamen dan otot bahu serta lengan kiri saya, Sabtu lalu, lancar. Ianya adalah pembedahan kedua selepas yang pertama dua tahun lalu di bahu kanan.
“Ini merupakan kecederaan lama, pabila saya menolak kerusi roda jarak jauh, dari Johor Baru ke Putrajaya, 490km pada 2003.
“Rehat sebentar dari sukan menembak. In Shaa Allah pulih nanti, akan saya kembali berlatih untuk mewakili negara,” tulis Ras Adiba pada ruangan kapsyen di Instagram.
Turut dikongsikan ialah foto hasil pembedahan yang dilakukan.
Susulan babak yang dikatakan keterlaluan di dalam drama Layang-Layang Perkahwinan, pelakon Alya Iman berharap agar orang ramai tidak terlalu cepat menghukum.
Menurut Alya atau nama sebenarnya Nur Alya Iman Azmil, sebagai pelakon, dia tahu menjaga batas dan babak tersebut juga telah dilaksanakan dengan berhati-hati.
“Sebelum memulakan penggambaran, saya ada bertanya kepada pengarah, betul ke nak buat babak ini? Katanya babak ini memang ada di dalam skrip dan sebahagian daripada penceritaan.
“Saya hanya menjalankan tanggungjawab saya untuk mengikup skrip dan arahan pengarah. Sebagai pelakon, kami tahu apa yang terjadi di belakang kamera.
“Ia sama sekali tidak berlaku seperti apa yang netizen sangkakan. Kami memang berjaga-jaga ketika penggambaran,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, Alya teruja wataknya itu menjadi perhatian ramai walaupun teruk dikecam di media sosial.
“Saya akui memang banyak terima kecaman sampai saya takut nak buka aplikasi X. Bila difikirkan semula, saya dikecam disebabkan watak saya.
“Ini bermakna watak yang saya bawakan itu berjaya. Ia satu petanda yang bagus untuk kerjaya saya,” ujarnya.
Anak kepada pelakon lagenda Allahyarham Azmil Mustapha itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media drama Layang-Layang Perkahwinan yang berlangsung di Restoran Rebung, Kuala Lumpur pada Isnin.
Ditanya mengenai perasaannya bila ada piihak yang melabelkan dirinya sebagai ‘penyondol’ gara-gara wataknya di dalam drama, ini reaksi yang diberikan Alya;
“Saya tak risau sebab ramai yang kenal saya macam mana terutamanya keluarga, pengurus dan orang-orang di set penggambaran.
“Saya juga tak kisah sangat apa yang orang nak cakap atau labelkan saya. Tsuraya Lin hanyalah watak dan bukan diri saya sebenar,” ulasnya lagi.
Terdahulu, lakonan Alya bersama aktor, Shukri Yahaya dikritik banyak pihak susulan babak di bilik air yang dikatakan agak keterlaluan dan mengandungi adegan separa lucah.
Bagaimanapun, pengarahnya, Eyra Rahman menyangkal dakwaan tersebut sebaliknya menjelasnya ia hanyalah babak yang melibatkan dua individu sedang berbual.
Sekadar informasi, drama Layang-Layang Perkahwinan kini sudah pun mula ditayangkan di slot, Megat Drama di saluran Astro Ria dan Astro Go.
Selain Alya dan Shukri, drama ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Keith Foo, Ezzanie Jasni dan Arash Mohamad.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!