“Sakit Hati Dgn Nur Ni,” – Watak Terlalu ‘Lemah-Lembut’, Amyra Rosli Kena Sekolahkan Netizen

Share

Berkongsi sedikit sedutan drama Nur 2, Amyra Rosli meluahkan rasa apabila watak yang dipegang terlalu lembut dan melebihkan kawan baik daripada suami sendiri.

Sakit hati pulak dgn Nur ni.. kenapa nak lebihkan kawan baik dr suami sendiri?”

Dihujani pelbagai reaksi netizen yang turut panas hati apabila watak yang dipegang terlalu ‘bodoh’ sehingga membuatkan penonton tidak senang duduk.

“Alamak nur, bangang tu simpan sikit kat dalam kocek.simpan untuk nur 3.”

Malah, Nur turut dikecam apabila hanya berdiam diri walau mendapat gangguan seksual daripada Hamadi.

“Seumur hidup aku, tak pernah aku nak marah karakter sampai mcm ni.

“Bodoh dan kepercayaan tu melimpah ruah sangat pada suami untuk si aisyah, yg si nur ni pulak bengap tahan je gangguan si hamadi. Aduhai, perempuan jgn bagi diri anda dipijak pelis,” tulis salah seorang netizen.

Aduhai, marah sehingga membawa ke luar. Namun, MH nasihatkan kepada kaum wanita, bertindaklah menggunakan akal fikiran supaya tidak mudah dipergunakan.

Foto – Instagram Amyra Rosli

Published by
Noraini Abd Wahab