“Sakit Jantung Sejak Beberapa Bulan Lalu,” – Adik Jamal Abdillah Telah Pergi Dijemput Illahi

Share

Adik kepada penyanyi terkenal, Jamal Abdillah dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 48 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur akibat sakit jantung.

Allahyarham Ahmad Tihami atau lebih dikenali dengan panggilan Hamka  meninggal dunia pada pukul 7.20 petang Selasa.

Jamal seperti yang dipetik Astro Awani meberitahu, ia merupakan berita yang amat mendukacitakan beliau sekeluarga, namun  reda menerima ketentuanNya.

“Allahyarham adik saya mendapat sakit jantung sejak beberapa bulan lalu dan dirawat di IJN sehinggalah keadaannya kritikal sebelum meninggal dunia,” katanya seperti yang dipetik.

Sementara itu, Allahyarham Hamka, ujarnya, akan dikebumikan di Kulim, Kedah, pada Rabu.

Jamal memohon semua ahli keluarga atau kenalan adiknya agar dapat sama-sama mendoakan kesejahteraan Allahyarham adiknya yang juga anak keenam daripada tujuh beradik.

Sumber/Foto: Astro AWANI/mStar

Published by
MH