Aktres jelita, Sophia AlBarakbah mahu melupakan isu-isu panas melibatkan dirinya serta pasangan selebriti Aliff Aziz dan Bella Astillah memandangkan mereka sudah pun menamatkan penggambaran bagi drama, Ku Akad Kau Dengan Bismillah.
Menurut Sophia, dia berharap agar isu ini tidak dibangkitkan lagi dan semua pihak harus meneruskan kehidupan.
Katanya lagi, dia juga tidak bimbang soal perjalanan kerjayanya kerana percaya dengan aturan Allah SWT“Cerita ini sudah lama. Rasanya semua orang patut move on. Pihak saya dan pihak di sana pun dah move on. Tak perlu lagilah kita buka cerita lama. Apa yang terjadi, telah pun terjadi. Biar yang terlibat sahaja tahu.
“Dari segi kerjaya, rezeki itu Allah yang tentukan. Walau apapun yang terjadi, kalau rezeki itu memang untuk saya, ia tetap untuk saya,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Sophia turut akui kontroversi yang melanda dirinya itu sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap mentalnya.
“Kita tak boleh nak tutup mulut orang. Mereka berkata-kata tanpa mengetahui perkara sebenar. Mereka hanya berkata daripada apa yang mereka baca.
Ads
“Mulanya memang agak sakit juga untuk terima semuanya kerana pada waktu itu, saya masih lagi shooting. Memang emosi saya terganggu.
“Namun, saya ada sokongan yang baik daripada keluarga dan rakan-rakan. Sakit yang saya rasa itu, saya gunakan untuk menghayati watak ketika berlakon,” ujarnya lagi.
Pelakon berusia 29 tahun itu berkata sedemikian ketika ditemui di acara Tonton Anugerah Drama Sangat 2022 (TADS2022) pada Ahad.
Ditanya mengenai tindakkan rakan-rakan artis yang mengecamnya kerana kontroversinya tersebut, Sophia menyifatkan semua pihak berhak memberikan pendapat.
Ads
“Bila timbul isu seperti ini, memang akan terciptalah pihak yang menyokong saya atau pihak di sebelah sana. Semua orang berhak untuk memberikan pendapat masing-masing.
“Jadi, saya tak boleh marah atau berkecil hati dengan komen-komen mereka. Mungkin yang komen itu pun mereka tak tahu kisah sebenar. Saya respek pilihan mereka. Tak perlulah sampai membenci,” kongsinya lagi.
Malah, Sophia turut menegaskan kontroversi itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus bergelar anak seni.
Ads
“Sebagai anak seni, kita tak boleh lari daripada hal-hal seperti ini. Sama ada kita buat atau tidak, tetap akan ada isunya. Saya memang dah bersedia untuk berhadapan dengan semua ini pada masa hadapan.
“Saya jadikan lakonan ini sebagai kerjaya yang saya sayang. Saya tak kejarkan publisiti. Perkara ini datang sekali dengan kerja kita sebagai figura awam. Saya tak boleh lari,” akhirinya.
Terdahulu, drama lakonan Sophia yang berjudul, Suamiku Lelaki Pendosa telah dinobatkan selaku Drama Terbaik TADS2022.
Drama ini juga turut memenangi beberapa kategori lain iaitu Pelakon Antagonis Terbaik (Gambit Saifullah), Pelakon Lelaki Terbaik (Aaron Aziz) dan Pengarah Terbaik (Eyra Rahman).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Ardell Aryana telah membuat kejutan kepada suaminya, pelakon Nadzmi Adhwa, baru-baru ini.
Bertempat di sebuah hotel di Kuala Lumpur, Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd Amin ini menyifatkan si suami sebagai lelaki sempurna pernah hadir dalam hidupnya.
“Words cannot begin to describe how much you mean to me . Saya tahu saya selalu lambat, saya tahu saya bukan lah yang terbaik untuk awak, tapi saya akan cuba lagi dan lagi untuk menjadi seorang yang baik & buat lebih baik lagi dari hari ke hari inshaallah (nanti kita lawan fifa 20 sama2 ye).
“You are the perfect combination of husband and best friend. Tahun ni rasa lain sambut birthday wawa sebab tahun ni tak ada (aku kau) lagi tapi (AWAK SAYA),” tulisnya sambil disertakan kredit.
Malah, kejutan demi kejutan diberikan Ardel kepada Nadzmi apabika turut membuat kejutan dengan sambutan majlis bertemakan jersi pasukan kelab bola sepak pilihan suaminya, Arsenal.
Pada masa sama, Nadzmi turut meluahkan rasa syukurnya kerana dikurniakan seorang isteri yang sentiasa memberikan kegembiraan buat diri.
“Thank you For Everything My Love. Awak sentiasa buat saya happy, awak sentiasa buat yang terbaik untuk saya walaupun awak tak berapa sihat awak tetap buat semua nya untuk saya.
“Semoga Allah sentiasa memberkati awak, berikan kesihatan yang baik pada awak serta murahkan rezeki awak dan semoga awak sentiasa bahagia.
“Semoga rumahtangga yang kita bina kekal hingga Jannah, Amin,” tulisnya yang sudah mendirikan rumah tangga bersama sejak 1 September lalu.
Pendangdut terkenal Indonesia, Ayu Ting Ting atau nama sebenarnya Ayu Rosmalina telah selamat bertunang dengan anggota tentera yang dikenali sebagai Muhammad Fardhana.
Tampil begitu anggun dalam busana baju kurung berona putih sedondon dengan tunangnya, Ayu sebelum ini berkongsi bahawa perkenalan dengan bakal suaminya itu telah diatur oleh kedua orang tua mereka.
Tidak lama menjalin hubungan, mereka mula saling mengenali sejak Januari lalu sebelum mengambil keputusan untuk terus ke fasa seterusnya.
Dalam satu temu bual bersama rakan sekerjanya di rancangan bual bicara Brownies, Ruben Onsu, pelantun lagu Sambalado ini berkongsi serba sedikit detik hubungan cinta yang terjalin itu.
Dia menjelaskan bahawa panggilannya kepada kekasihnya itu adalah Mas Dhana dan dia merupakan seorang anggota tentera berpangkat Letnan Satu dalam pasukan Tentera Negara Indonesia (TNI).
Tidak menguar-uarkan pertunangannya kepada umum. Ayu mengadakan majlis pertunangan serba sederhana yang hanya dihadiri oleh keluara terdekat.
Sebelum ini, Ayu terlebih dahulu pernah berkahwin pada 2013 sebelum bercerai setahun kemudian. Hasil daripada perhubungan itu dia memiliki seorang cahaya mata perempuan.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Di samping itu, peminat juga memuji wajah anak Mawar yang kelihatan sangat comel.
Untuk rekod, Mawar dan suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob berkahwin pada 9 November 2017 dan dikurniakan satu cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac yang lalu.
Foto: Instagram Mawar Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!