Setelah hampir dua hari tidak ke udara bersama stesen radio Suria FM, kekosongan yang ditinggalkan oleh penyampai radio, Feeya Iskandar nyata menimbulkan tanda di hati para pendengar.
Rata-rata pendengar dilihat memberikan pelbagai spekulasi berhubung situasi tersebut.
Bagaimanapun, menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram, Feeya atau lebih mesra disapa Cik Piah menafikan segala spekulasi tersebut dan menjelaskan dirinya hanya bercuti sepanjang dua hari ini.
Katanya lagi, dia sememangnya berasa amat terharu dengan keperihatinan yang telah ditunjukkan oleh para pendengar.
“Sayang juga pendengar-pendengar dekat Cik Piah ye. Baru dua hari tak dengar suara, risau apa jadi dengan Cik Piah.
Ads
“Tak sihat ke? Ke dia tukar radio? Hihi. Cik Piah coti dua hari je. Cik Piah sihat je di sini alhamdulillah. Tukar radio pun idok. Don’t woryy okey,” tulisnya.
Dalam pada itu, Cik Piah turut memaklumkan para pendengar tidak perlu risau kerana akan kembali semula bertugas di konti pada minggu hadapan.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa lega selain turut mendoakan yang baik-baik sahaja buat Cik Piyah.
Ads
“Mesti la. Kalau takda tak boleh dengar dah la potpet potpet.
“Of course la kami sayang Cik Piah. Mak akak antara penggemar celoteh Cik Piah tau.
“Kami semua sayang Cik Piah.
Ads
“Cik Piah cepat masuk kerja tau.
“Cik Piah takda sunyi tau kehidupan kitaorang,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Cik Piah akan ke udara pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 10 pagi hingga 1 tengah hari menerusi segmen Gaya Suria.
Terdahulu, Feeya telah pun mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Nurashid Abd Wahab pada tanggal 6 Mei 2015 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Sumber: Instagram Feeya Iskandar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bimbang memikirkan risiko yang bakal dihadapi, penyanyi terkenal, Zamani mendedahkan dia sebenarnya takut untuk menjalani pembedahan bagi merawat penyakit tulang belakang melengkung atau skoliosis yang dihidapi sejak tiga tahun yang lalu.
Menurut Zamani, dia agak risau sekiranya berlaku sebarang komplikasi pada prosedur tersebut yang boleh mendatangkan risiko tak terduga seperti lumpuh kekal.
Bagaimanapun, dia akur dengan keadaan semasa dirinya lebih-lebih lagi apabila tulang belakangnya itu dikatakan telah mencucuk bahagian rusuk kananya yang menyebabkan kesakitannya itu makin melarat.
“Buat masa sekarang saya kena rujuk pakar neurologi terlebih dahulu. Tetapi ujian ujian Pengimejan Resonans Magnetic (MRI) sudah selesai.
“Saya pun agak takut juga. Saya pernah tontonan pembedahan tersebut di Youtube. Nampak macam seram juga.
“Keadaan sekarang memang agak sakit sebab. Dia dah kacau dan tercucuk di bahagian rusuk kanan. Keadaan tulang bengkok tu dah agak teruk.
“Rasanya memang dah teruk sangat. Kalau tak sakit, saya masih boleh tahan lagi. Bagi saya asalkan boleh buat kerja, kiranya okay la tu. Lagipun, siapa nak tengok artist bongkok sangat ni,” katanya.
Vokalis kumpulan Slam ini berkata sedemikian menerusi video yang dimuat naik oleh pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi ketik pertemuan mereka baru-baru ini.
Pertemuan tersebut diadakan oleh Pak Nil bagi menyerahkan sumbangan yang telah berjaya dikutip hasil bantuan orang ramai yang perihatin dengan nasib Zamani.
Jelas Aznil, wang berjumlah lebih RM120,000 telah pun dipindahkan ke dalam akaun Zamani.
“Dalam masa beberapa jam sahaja, saya dah dapat kutip RM30,000. Kemudian pagi esoknya bangun subuh, tengok-tengok sudah ada RM60,000.
“Ramai orang sayang Zamani dan mereka percaya saya. Saya ada dua juta pengikut Instagram tetapi apa gunanya kalau ada jumlah seramai itu tetapi tak bagi manfaat kepada orang lain,” kata Aznil.
Pada masa sama, penyanyi lagu Gerimis Mengundang ini turut memaklumkan individu yang meyakinkan dirinya untuk menerima sumbangan tersebut adalah isterinya sendiri.
“Saya sebenarnya nak berterima kasih banyak pada Pak Nil. Yang mendorong saya untuk terima bantuan ini adalah isteri saya. Orang rumah saya bagitahu, Pak Nil Nil ni sebenarnya dah banyak tolong orang. Bukan saya sahaja.
“Dia minta saya terima dan saya juga menerimanya dengan hati yang terbuka. Sebenarnya perkara ini tiada tekanan pun bagi saya sebab saya memang nak buat pembedahan ni. Kerana itulah saya nak ikhtiar dulu dengan penuhi jemputan menyanyi.
“Saya akan tetap jalani pembedahan cuma proses ini perlu ambil masa sebab prosedurnya sangat teliti,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, pemilik nama lengkap Zamani Ibrahim turut memberitahu, dia kita sudah tidak mahu lagi bergantung kepada ubat tahan sakit kerana memikirkan mengenai kesan sampingan yang akan ditanggung kelak.
“Kalau ikutkan memang saya tak nak buat pembedahan tetapi tiada cara lain. Sampai bila nak bergantung dengan ubat. Sekarang nak tidur malam pun susah,” ujarnya lagi.
“Doktor kata otot saya langsung tak berfungsi, tak sokong tulang belakang. Cuma saya difahamkan, tulang masih boleh dibaiki guna besi. Tetapi otot sahaja bermasalah.
“Doktor kaitkan sakit saya dengan penyakit yang pernah terjadi kepada bekas pemain bola sepak kebangsaan, Allahyarham Mokhtar Dahari. Kalau otot ada masalah, memang tak boleh buat pembedahan,” katanya.
Sementara itu, Zamani turut mendedahkan, insiden terjatuh daripada bilik air satu ketika dahulu mungkin menjadi punca utama penyakitnya itu.
Penyakit tulang belakang melengkung atau skoliosis dihidapi Zamani semakin serius sejak 2019 sehingga keadaan tubuhnya yang membengkok tidak dapat disembunyikan lagi daripada peminat.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Datuk Aznil Haji Nawawi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
‘Lari’ dari situasi kebiasaan ketika sesi temuduga, cetusan idea pihak Hotel Monopoly Mansion by Sirocco, Bukit Bintang apabila menetapkan tema Gatsby sebagai tema dalam pencarian pekerja mereka nyata mengundang perhatian netizen.
Apa tidaknya, tema yang cukup sinonim dengan penampilan kebanyakan selebriti legenda Hollywood pada era 20-an itu kembali diangkat sebagai syarat utama temuduga hotel yang bakal memulakan operasinya tidak lama lagi itu.
Menariknya juga, majoriti calon yang hadir setakat ini mempamerkan semangat apabila berani sahut cabaran dalam mengenakan gaya klasik yang tak ditelan zaman itu.
Seunik namanya, Hotel Monopoly Mansion by Sirocco secara tidak langsung telah mencetuskan sensasi menerusi keunikannya dalam sisi pemilihan pekerjanya itu.
Tiada penampilan normal, sebaliknya hanya gaya fesyen Gatsby yang ‘sleek’.
Pada masa sama, temuduga yang dibuka sehingga 23 Ogos itu turut menawarkan pelbagai jawatan, seperti pegawai jualan dan pemasaran, makanan dan minuman, kejuruteraan, sumber manusia dan sebagainya.