Pelakon Zarina Zainuddin berkata dia sebelum ini mengalami masalah sinus dan migrain yang teruk hingga terpaksa menjalani pembedahan atas alasan perubatan.
Ia sekaligus menjelaskan mengenai perkara sebenar yang berlaku kerana difahamkan, menurut Zarina, ada netizen yang membuat komen sesuka hati susulan perkara tersebut.
Menerusi video yang dikongsi di instagram, Zarina akui sudah berjumpa doktor dan menjalani pembedahan bagi membuang bendalir di bahagian hidungnya itu.
“Saya baca komen anda semua yang tak tahu menahu tentang diri saya tapi anda dah tuduh saya macam-macam.
“So hari ini saya rasa saya perlu terangkan keadaan sebenar, saya ada masaalah sinus yang teruk dan juga migrain sampai kadang saya rasa nak bukak tudung jer sebab sakit kepala sampai nak hantuk kat dinding.
Ads
“Kepada mereka yang tak tahu tapi terus judge saya jumpa saya mintak maaf sebelum saya mati atau cari saya di sana. Saya baca komen sampai saya pun asyik nangis, bila nangis saya lagi sakit kepala,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Zarina pada masa sama turut mendedahkan salah seorang anaknya, Azal turut berdepan masalah sama.
Ads
“Anak saya Azal pun alami masaalah yang sama tapi saya tak sanggup nak operate dia sebab keadaan dia begitu. Jadi dia cuma makan ubat sahaja.
“Saya terima keadaan diri saya begini dan jika anda sayangkan saya tolong doakan saya. Sedapnya cakap, hati orang terluka korang boleh ketawa ya,” tulisnya lagi.
Sementara itu di dalam video sama, Zarina tidak menafikan kesakitan yang dialami mengganggu konsentrasinya dalam melakukan aktiviti harian.
Ads
“Ingat saya nak hidung macam ni ke? Hidung saya dah cantik dah dulu. Sebab saya ada masalah ini, yang selalu membuatkan saya sakit kepala dan tidak boleh buat kerja nanti.
“Sampai tak boleh bercakap, nak marah orang je nanti. So saya buat ini atas medical reason. So yang tidak tahu menahu jangan komen sesuka hati,” katanya lagi.
Perkongsian daripada pelakon senior tersebut turut mendapat perhatian dari pengikutnya dan rata-rata mereka simpati selain mendoakan moga segera sembuh.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Siti Sarah Raisuddin menjadi perhatian wargamaya selepas dirinya menjadi mangsa kecaman di media sosial gara-gara sepotong video yang mendakwa dirinya ada menyentuh mengenai rambut masyarakat Orang Asli mencetuskan viral.
Video yang berdurasi kurang seminit itu mulai dikongsi selepas dimuat naik menerusi Twitter.
Thank you kak Siti Sarah sebab hina Orang Asli. Take care, may Allah bless you 🤓 pic.twitter.com/n6Wj6Lv0Of
Menerusi video yang diperkatakan itu, Sarah awalnya dipuji kerana mahir berbisnes dan kemudiannya dilihat cuba mempromosikan produk rambut di sebuah salon yang dikunjunginya.
Bagaimanapun, Sarah antara lain membayangkan andai buka tudung, seolah-olah seperti rambut Orang Asli.
Lalu, ia sekali gus membuatkan sebahagian netizen tidak berpuas hati sebagaimana yang dikongsi pada ruangan komen entri tersebut.
Namun begitu, ada juga yang memberikan pandangan bahawa kenyataan itu bukanlah dikatakan dalam suatu bentuk yang menghina dan isu tersebut tidak patut diperbesarkan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kasih sayang seorang anak kepada Ibu, penyanyi Linda Rafar telah meluahkan rasa rindu terhadap arwah ibunya.
Linda Rafar atau nama sebenar Azlinda Binti Rafar telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Pelakon yang berusia 41 tahun itu telah memaklumkan kepada pengikutnya di laman media sosial tersebut bahawa hari ini merupakan hari jadi arwah ibunya.
“Selamat hari jadi mak ….Semoga mak tenang Di sana Tadi Ada rezeki buat show bersama 1200 polis Dan ketua polis Kuala Lumpur Dato seri mazlan @pdrmsia_official ..”
“Dulu balik je mesti excited nk cter dgn mak dpt buat show depan Ramai org..Tp hari ni mak dah xde..mak pergi selamanyaaa.. Linda syg mak sgt2 n Rindu mak Al-Fatihah mak” tulisnya.
Lantas, perkongsian penyanyi yang itu telah menarik perhatian peminat Linda yang juga turut berasa sedih terhadap Linda atas kehilangan ibu tercinta. Malah, peminat juga turut mendoakan arwah ibu Linda dicucuri rahmat.
MH juga turut mendoakan Linda untuk terus cekal dan tabah menjalani dugaan yang ditempuhinya.
Untuk rekod, ibu Linda telah pulang ke rahmatullah selepas mengalami beberapa komplikasi termasuk jangkitan kuman dalam darah selepas terkena gigitan serangga 11 Januari lalu.
Foto : Instagram Linda Rafar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meluahkan rasa terkilan terhadap industri hiburan tempatan, pelakon dan pengarah, Sheila Rusly berkongsi perasaanya itu kepada suami, Azman Hj Yahya atau mesra disapa Jinggo@Tok Sidang.
Kongsi Jinggo, Sheila sudah lama memendam perasaan terhadap industri hiburan tempatan bagi menjaga sensitiviti rakan artis.
Tambahan pula, Sheila difahamkan juga mahu berehat seketika dari industri selepas ini.
“Assalmualaikum Malaya…Salam subuh Geng Tok Sidang dimane sajer komer berada…
“Pagi ni pasei Sis cakap pada teman, Babe.. since i nak mengundurkan diri sementara waktu ni…I nak cakap sket apa yang terpendam dalam hati pasei orang orang dalam industri i.
“Dulu i simpan sebab nak jaga sensitivities nak jaga hati dorang.. sekarang i dah ready nak cakap… kalau i di blacklisted atau di boikot… i dah ready… sebab tu i nak mengundurkan diri sebelum dorang campak proposal i … proposal Js Pictures atau yang ada kena mengena dengan nama SHEILA RUSLY dalam tong sampah,” tulis Jinggo.
Malah, Sheila turut memberi pesanan kepada Jinggo agar selayaknya setiap anugerah yang diraih harus diberikan kepada mereka yang masih hidup.
“Sis berpesan lagi pada Tok Sidang..“ Babe…esok bila i dah tak de… tetiba ada orang nak bagi Anugerah pada i, you suruh anak anak amek, ucap terima kasih lepas tu Anugerah bagi balik.
“Kata pada dorang, kalau nak kasi Anugerah pada mama saya, kasi masa dia hidup, kalau dah mati, Anugerah tu dah tak der nilai…Adehhh. Hadoiiii mak aiiii .. Kelakor sedih lak hati teman niiiii,”akhirinya.
Jinggo merakam video tersebut apabila Sheila tampil dalam satu babak drama terbaru, Bukan Gadis Biasa yang merakamkan Sheila memegang watak sebagai wanita tua dengan calitan solekan.
Sekali gus, video tersebut dihujani komen terhadap kapsyen yang diluahkan Sheila kepada Jinggo.
Dalam perkembangan lain, Jinggo dan produksi, Js Pictures Sdn Bhd tampil dengan drama terbaru berjudul Bukan Gadis Biasa yang menampilkan aktress Ayda Jebat sebagai Johana, bergandingan bersama Remy Ishak.