“Sakit Tonsil Kronik, Bengkak & Bernanah…,” – 3 Minggu Tahan Sakit, Tyzo Xander Kini Sembuh Selepas Jalani Pembedahan

Share

Baru-baru ini, penyampai radio Suria FM, Tyzo Xander yang dimasukkan ke sebuah pusat perubatan pakar swasta bagi menjalani pembedahan tonsil sudah sembuh dan boleh bekerja seperti biasa.

Tyzo menceritakan pengalaman sepanjang dia mendapatkan rawatan di pusat perubatan terbabit bersama para pengikut di laman media sosial Instagram miliknya.

“Lebih 2 mingu tarung sakit, 3 kali ulang alik klinik panel, 2 kali ke hospital, Alhamdulillah dapat keluar wad.

“Masuk bilik bedah 10 malam, serik dah. Sakit cucuk antibiotic tambah2 bila tak jumpa urat dan ubat tak masuk. Aduhhh Tapi layanan SUPERB,” tulisnya.

Dia pada masa ssma turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah banyak menghulurkan bantuan sepanjang tempoh tiga minggu dia menjalani rawatan.

“Terima kasih Dr Pakar Hospital @avisenaspecialisthospital Shah Alam, Dato Dr Razak, seluruh kakitangan Bilik Bedah, Manager wad Suite, Siti, Nurul Izah serta semua misi, Isolation Ward, Akila dan lain-lain.

“Terutama Hafiz yang banyak bantu, layan saya waktu sakit sampai bilik bedah dan keluar pukul 2 pagi. Siap carikan bantal busuk saya yang tertinggal. Saya sangat terharu HAFIZ #fyp,” tulisnya lagi.

Menurut Tyzo, dia mengalami masalah sakit tonsil kronik dan pembedahan terpaksa dijalankan.

“Saya sudah sakit tonsil ni hampir tiga minggu. Tetapi ketika minggu pertama sakit tu, saya tidak ambil peduli dan hanya pergi dapatkan rawatan di klinik panel.

“Selepas seminggu saya makan ubat antibiotik, masih tidak ada kesan lalu saya terus pergi ke hospital untuk lakukan pemeriksaan lanjut.

“Sebenarnya, saya kena sakit tonsil yang sangat kronik, bengkak dan bernanah di bahagian dalam yang tidak boleh pecah. Akhirnya saya terpaksa jalani pembedahan atas saranan doktor di hospital,” katanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.


Foto: Instagram Tyzo Xander

Published by
Nazar Rafiqhi