“Sakit Ya Ampun!,”- Beberapa Kali ‘Push’, Ain Afini Syukur Proses Bersalin Mudah

Share

Bintang media sosial, Ain Afini berkongsi pengalaman ketika melahirkan cahaya mata sulung, Muhammad Adam Aysar pada 12 Jun lalu.

Malah, Ain merakam foto saat Adam dilahirkan dengan jarinya lebam akibat pengambilan ubat antibiotik.

“Ni gambar masa hari pertama permata umi lahir, lebam tangan sebab on antibiotic tapi anak umi ni kuat walaupun halus je masa lahir.

“Allah rezekikan masa nak bersalin mudah sangat Alhamdulillah. Masa contraction je rasa apakah perasaan ini hahaha sakit ya ampun tapi beberapa kali push dah selamat lahir.

“Lepas bersalin siap boleh jalan laju sebab tak rasa sakit apa. Rezeki kat situ,” tulisnya.

Memiliki lebih 100,000 pengikut di Instagram, Ain sering berkongsi foto bersama anaknya.

Terdahulu, PU Abu menjatuhnya talak dua kepada Ain pada 16 Mei lalu (ketika itu Ain hamil tujuh bulan).

Hasil perkongsian itu, Ain dan Abu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Adam Aysar yang kini berusia empat bulan.

Abu kemudian berkahwin dengan Hana Azraa yang kini sedang hamil peringkat kedua (second trimester )

Video : Instagram Ain Afini

Published by
MH