“Sakitkan Hati I Takpe, Tapi Siapa Sakitkan Hati Dia I Gigit…”- Kapsyen Zarina Zainoordin, Alahai Kenapa Tu?

Share

Pelakon dan penyanyi, Zarina Zainoordin telah memuat naik satu keping gambar dia bersama Ibunya menerusi akaun Instagram miliknya.

Kongsinya, dia merindui si ibu yang di luarannya garang, tapi hatinya lembut.

“Rindunya kat buah hati i ni yg comel ni.muka je garang mak i ni, tp lembutnya hati..”

“Of cozla ,ibu yang baik mmg cmtu,takde leh lawan mulianya mak i,sakitkan hati i takpe,tapiiii..sape sakitkan hati dia i gigit dia smp masuk icu,” tulisnya secara seloroh.

Gambar tersebut menarik perhatian netizen melihat kemesraan bintang berusia 34 tahun itu bersama ibunya dan netizen turut memuji kepada Zarina yang bersikap penyayang.

Semoga Zarina dan ibunya diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia.

Published by
Nazar Rafiqhi